Quantcast
Channel: Abu Anas Madani
Viewing all 55 articles
Browse latest View live

Status Hadis: Ramadhan; Keampunan, Rahmat & Bebas Neraka.

$
0
0

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, penuh berkat. Perkara ini sangat jelas dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang sahih. Perbincangan di sini ialah mengenai kedudukan hadis di bawah ini;
[ أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار]
Ertinya: "Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka".
Menurut ulama’ hadis, dalil pembahagian Ramadhan menjadi tiga ini dhaif (lemah). Padahal hadis itu popular sekali di tengah bulan Ramadhan, disebut oleh penceramah dan pentazkirah.

Menurut Al-Ustaz Prof. Ali Mustafa Ya'qub, MA :
Hadis itu memang bermasalah dari segi periwayatannya. Sebenarnya hadis ini diriwayatkan tidak hanya melalui satu jalur saja, namun ada dua jalur. Sayangnya, menurut beliau, kedua jalur itu tetap saja bermasalah.Mendhaifkan
Jalur Pertama:
Salah satu jalur periwayatan hadisi ini versinya demikian:
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-'Uqaili dalam kitab khusus tentang hadis dha'if yang berjudul ‘Adh-Dhu'afa'. Juga diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad. Serta diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Adiy, Ad-Dailami, dan Ibnu ‘Asakir. Mereka Yang mendhaifkan

Mestika Hadis J3 (01) Fadhilat Puasa & Ramadhan; 
Penjelasan Hadis Ramadhan 3 Bahagi.
.

Adapun para muhaddis yang mempermasalahkan riwayat ini antara lain:
1. Imam As-Suyuthi.
Beliau mengatakan bahwa hadis ini dhaif (lemah periwayatannya). [Al-Jami’ Al-Saghir]
2. Syeikh Al-Albani.
Beliau mengatakan bahwa riwayat ini statusnya munkar. Jadi sebenarnya antara keduanya tidak terjadi pertentangan. Hadis munkar sebebarnya termasuk ke dalam jajaran hadis dhaif juga. Sebagai hadis munkar, dia menempati urutan ketiga setelah hadis matruk (semi palsu) dan maudhu' (palsu). [Lihat: Dhaif Al-Jami’ Al-Saghir, No. 2135 “Dhaif Jiddan’]

Sementara sanadnya adalah:
1. Sallam bin Sawwar.
2. dari Maslamah bin Shalt.
3. dari Az-Zuhri.
4. dari Abu Salamah.
5. dari Abu Hurairah.
6. dari Nabi SAW.

Dari rangkaian para perawi di atas, perawi yang pertama dan kedua bermasalah. Yaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt.
Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadis, sebagai munkarul hadis. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan hadisnya. Perkataan Ibnu Hibban ini disebut dalam kitab Al-Majruhin.
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadis, hadis matruk adalah hadis yang dalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadis matruk adalah 'adik' dari hadis maudhu' (palsu).
Bezanya, kalau hadis maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadis matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadis matruk itu boleh dikira semi maudhu'.

Kesimpulan:
Kesimpulannnya, hadisi ini punya dua gelaran.
Pertama, gelarannya adalah hadis munkar kerana adanya Sallam bin Sawwar.
Gelaran kedua adalah hadis matruk kerana adanya Maslamah bin Shalt.
Wallahu a'lam bishssowab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Ulasan Dr. Uzar:
Jawapan yang diberi adalah benar, Hadith tersebut adalah tidak kuat dan elok tidak dijadikan bahan ceramah, atau jika ingin pun, diletakkan dihujung-hujung dan disebut jelas ia adalah hadis yang diragui.

Memang benar, terdapat hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaymah dalam kitab sohihnya, tetapi beliau sendiri meraguinya apabila menyebut di awal bab itu,  إن صح الخبر
Ertinya : "Jika sohih khabar ini" ( Rujuk ibn Khuzaymah)

Imam Ibn Hajar al-Hathami memberi komentar setelah membawakan hadis panjang lebar yang mengandungi maksud petikan hadis pendek tadi, berkata:-
وفي سنده من صحّح وحسن له الترمذي، لكن ضعفه غيره، ومن ثم ذكره ابن خزيمة في صحيحه وعقبه بقوله: إن صح.
Ertinya: "Tentang sanadnya, terdapat mereka yang mensohihkannya, dan mengganggapnya hasan seperti Imam Tirmidzi, tetapi ia dianggap lemah orang ulama selain mereka, Ibn khuzaymah menyebutnya dalam kitab sohihnya tetapi diakhiri dengan katanya: Sekiranya Sohih" (Az-Zawajir, Ibn Hajar Al-haithami, 1/384)

Tidaklah hairan mengapa para penceramah dan sebahagian ulama kerap menggunakannya, ini adalah kerana hadis ini memang terdapat dalam agak banyak kitab-kitab arab silam samada Fiqh dan hadis tanpa dijelaskan kedudukan dan taraf kekuatannya, antaranya seperti berikut:-
1) I'anah at-Tolibin, 2/255;
2) Tabyin al-haqaiq, 1/179;
3) Syarah Faidhul Qadir, 1/469;
4) Targhib wa at-tarhib, 2/58.

Apapun, yang lebih penting, banyak lagi ayat al-Quran dan hadith sohih serta hasan berkenaan puasa yang boleh dijadikan modal ceramah para penceramah.

Sebagai akhirnya ini adalah hadis yang panjang riwayat Ibn Khuzaymah yang dikatakan jika sohih olehnya sendiri:

صحيح ابن خزيمة -باب فضائل شهر رمضانإن صح الخبر.
حدثنا علي بن حجر السعدي، ثنا يوسف بن زياد، ثنا همام بن يحيى، عن علي بن زيد بن جدعان، عن سعيد بن المسيب، عن سلمان قال: خطبنا رسول الله rفي آخر يوم من شعبان فقال: « أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء»، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم، فقال: «يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، من خفف عن مملوكه غفر الله له، وأعتقه من النار، واستكثروا فيه من أربع خصال(1): خصلتين(2)ترضون بهما ربكم، وخصلتين لا غنى بكم عنهما، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم: فشهادة أن لا إله إلا الله، وتستغفرونه، وأما اللتان لا غنى بكم عنهما: فتسألون الله الجنة، وتعوذون به من النار، ومن أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة». [(1) الخصال: جمع خصلة وهي خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة. (2) الخصلة: خلق في الإنسان يكون فضيلة أو رزيلة][صحيح ابن خزيمة، 3/161و رقم: 1887. قال محقق الكتاب، الدكتور محمد مصطفى الأعظمي،: "إسناده ضعيف].
Tetapi ianya telah dikomen oleh Imam Al-‘Ayni dalam kitab 'Umdah Al-Qari' sebagai munkar juga. Berikut petikannya :-
ولا يصح إسناده، وفي سنده إياس. قال شيخنا: الظاهر أنه ابن أبي إياس، قال صاحب (الميزان) إياس بن أبي إياس عن سعيد بن المسيب لا يعرف، والخبر منكر.
Sekian, terima kasih. [http://www.zaharuddin.net/ 12 Ramadhan 1427H].

Komentar Pentahqiq Kitab Sahih Ibn Khuzaymah, Dr. Mohd Mustafha Al-A’Zami “Sanadnya Dhaif”.
21 Sya’ban 1430H.


AAM 1435; Penilaian Status Hadis Ramadhan 3 Bahagi; 
Rahmat, Maghfirah, bebas Neraka.


Penjelasan tambahan:
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah (1887), oleh Al Mahamili dalam Amaliyyah (293), Ibnu ‘Adi dalam Al Kamil Fid Dhu’afa (6/512), Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115)

Hadis ini didhaifkan oleh para pakar Hadis seperti Al Mundziri dalam At Targhib Wat Tarhib (2/115), juga didhaifkan oleh Syaikh Ali Hasan Al Halabi di Sifatu Shaumin Nabiy (110), bahkan dikatakan oleh Abu Hatim Ar Razi dalam Al ‘Ilal (2/50) juga Al Albani dalam Silsilah Adh Dhaifah (871) bahwa hadis ini Munkar.

Yang benar, di seluruh waktu di bulan Ramadhan terdapat rahmah, seluruhnya terdapat keampunan Allah dan seluruhnya terdapat kesempatan bagi seorang mukmin untuk terbebas dari api neraka, tidak hanya sepertiganya. Salah satu dalil yang menunjukkan hal ini adalah:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
“Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.38, Muslim, no.760)

Dalam hadis ini, disebutkan bahwa keampunan Allah tidak dibatasi hanya pada pertengahan Ramadhan saja. Lebih jelas lagi pada hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Rasulullah bersabda:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

“Pada awal malam bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian ada penyeru yang menyeru: ‘wahai penggemar kebaikan, ambillah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.
Allah SWT memberikan pembebasan dari neraka bagi hamba-Nya. Dan itu terjadi setiap malam” (HR. At Tirmizi 682, disahihkan oleh Al Albani dalam Sahih At Tirmizi)


Adapun mengenai apa yang diyakini oleh sebagian orang, bahwa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjari pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjar dengan 70 kali lipat pahala ibadah wajib diluar bulan Ramadhan, keyakinan ini tidaklah benar  berdasarkan hadis yang lemah ini.
Walaupun keyakinan ini tidak benar, sesungguhnya Allah ta’ala melipatgandakan pahala amalan kebaikan berlipat ganda banyaknya, terutama ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Wallahu a’lam.

[Lihat: 12 Hadits Lemah dan Palsu Seputar Ramadhan


Disusun oleh:

29 Sya’ban 1435H.




Koleksi Tazkirah Ringkas Abu Anas Madani - Sempena Ramadhan 1435H

$
0
0
Alhamdulillah, Koleksi Siri-siri Kuliah dan Tazkirah Al-Faqir Abu Anas sempena Bulan Ramadhan Tahun 1435H.
Tazkirah Selepas Solat Terawih di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian dan juga di masjid-masjid lain.
Berdasarkan buku “30 Pelajaran Bagi Orang Berpuasa” oleh Dr. A’idh Al-Qarni –hafizahullah-.
Semoga bermanfaat bagi para pembaca – penonton sekelian.
Doakan semoga AAM diberi kesihatan dan sentiasa berada di atas jalan yang diredhai oleh Allah.

AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (01) Selamat Datang Ramadhan


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (02) Rahsia Kenapa di Syariatkan Puasa


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (03) Ramadhan & Al Quran


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (04) Lagu & Irama Orang Berpuasa


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (05) Keluarga Muslim di Bulan Ramadhan




AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (06): Puasa Hati Dari Segala Sifat Yang Keji.


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (07) Bulan Pemurah & Suka Memberi Kepada Orang.



AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (08) Bulan Al Qiyam, Beribadat Pada Waktu Malam


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (09): Puasa Lidah Dari Perkataan Yang Tak Baik.


AAM; Tazkirah Ramadhan 1435 (10): Puasa Mata Dari Melihat Perkara Yang Haram.



Bersambung, Insya' Allah.

Isu Madad, Tawassul dan Takfir- Pencerahan Dari Abu Anas Madani.

$
0
0

بسم الله الرحمن الرحيم،
 الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد،
Alhamdulillah segala puji dan syukur saya rafa’kan kepada Allah, Penguasa alam semesta ini yang telah memberikan kepada kita nikmat hidayah dan taufiq ke jalan yang diredhai-Nya.
Iaitu jalan dan petunjuk yang dibawa oleh Nabi SAW yang digelari “Rahmatan lil ‘aalamin”. Semua jalan tertutup untuk menuju ke Syurga melainkan jalannya. Dialah pemilik Syafaat al-‘Uzma pada hari Kiamat kelak.
Rentetan dari banyak berlaku perkara atau fenomena dalam masyarakat kita yang dibuat secara perhimpunan mega atas nama cinta Nabi SAW yang belum ada seperti itu dibuat oleh para ulama’ atau tuan-tuan guru kita di pondok atau di masjid.
Maka masyarakat tertanya-tanya tentang perkara tersebut seolah-olah ianya suatu perkara yang disepakati (ijma’) oleh para ulama’ tentang kebaikannya.
Ada yang disebut “MADAD” atau“Ya Hana-na” maka masyarakat awam melaungkannya dengan tidak tahu apa maksud, makna dan seterusnya. Mereka ikut rentak lagu yang merdu diiringi dengan paluan dan gemercingan alatan, yang memang menjadi kebiasaan naluri manusia sukakan kemerduan dan bunyian yang mengasyikkan..
Untuk menyatakan kepada masyarakat bahawa perkara ini ada bantahannya dan ada perbincangannya di kalangan para ulama’ Islam Ahlussunnah wal Jamaah, maka ana share di FB satu penjelasan atau pandangan sebahagian ulama seperti di bawah ini (yang sememangnya sudah tersebar di internet di zaman dunia globalisasi ini ilmu dan maklumat sukar untuk disembunyikan).
 
Dr Abu Anas Madani16 August·
Petikan pandangan di bawah ini ada rujukannya.
Sekiranya anda ada pandangan lain boleh bincang secara baik, ilmiah berdasarkan fakta yang sahih.

((Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Telah tersebar qasidah yang berbunyi:
“Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.”

Apa maksud Madad?
[n] help, aid      مَدَد (ج. أَمْدَاد) [اسم] عون
[n/src] help, assistance    .إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة
[n/src] equipping, providing    .[اسم\مص.[تزويد

 Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.

Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:
1)Fatwa Islamweb.net
Fatwa no: 230005
Tajuk:حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة   
Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)

Soalan:
ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟
Apakah hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.

Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!
Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?

وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه، فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957
Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.

ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟
Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?

Jawapan:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع.
Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya untuk menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah, tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepada-Nya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.

روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].
وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.
Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.”

وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،
Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluk-Nya dengan membuatkan mereka hidup di sisi-Nya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: {Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki.} [Ali 'Imran : 169].
Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.

ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه. والله أعلم.
Tetapi hidupnya tidak bermaksud Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.

Ekoran dari itu tersebarlah suatu artikel yang bertajuk “Hukum Mengucapkan Madad Ya Rasulullah: Pencerahan Buat Abu Anas Madani” pada 17/08/2014 oleh team aswj-rg 
Artikel pada kali ini kami merespon terhadap status facebook Abu Anas Madani yang boleh dikira sebagai berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menjerumuskan kepada budaya takfir mentakfir…

Respon awal dari Dr Abu Anas Madani;
Alhamdulillah,
Petikan pandangan ulama' dalam isu MADAD telah diulas oleh para ustaz dengan hujjahnya yang tersendiri. (Boleh dibaca dalam blog / fb mereka).
Terima kasih kepada mereka yang berbincangnya secara ilmiah dan akademik.
Dan disini ana menegaskan bahawa;
Ana tidak mensyirikkan dan mengkafirkan sesiapa. Bukan manhaj dan cara ana berdakwah untuk mengkafirkan orang Islam. Itu pandangan fatwa yang dinukilkan. Kalau ada pencerahan kemukakan, masyarakat boleh menilainya dengan baik, insya' Allah. AAM, 17/8/2014.

Di bawah ini respon AAM kepada artikel tersebut:

Pertama: Ulasan Ana kepada isu TAKFIR (Suka atau berani mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengannya).
Budaya ini telah menular dalam kalangan masyarakat Malaysia ekoran ada beberapa orang pendakwah yang sangat berani dan boros mengeluarkan perkataan kafir bahkan berani menuduh ke atas orang perseorangan “Takfir Mu’ayyan” dan mengatakan secara soreh dengan menyebut namanya “fulan kafir” atau “murtad”. Wal’iyazubillah.
Maka dengan rasa cemas dan bimbang dengan budaya yang dahsyat ini ana telah menulis tazkirah atau peringatan kepada pendakwah dan masyarakat agar berhati-hati dengan golongan ini.
Lihat: “Jangan Mudah Melemparkan Tuduhan Jahat dan Melabel Para Pendakwah”. Sila baca di:  Jangan Mudah Menjatuhkan Hukum Kafir
http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/09/jangan-mudah-melemparkan-tuduhan-jahat.html

Jadi kalau penulis artikel meluahkan rasa kebimbangannya dalam isu TAKFIR ini maka saya berseru untuk kita bersama membanteraskan kelompok tersebut.

Kedua: ISU MADAD atau ISTIGHASAH.
Meminta pertolongan dengan orang yang telah mati.

Penulis artikel telah menyebut:
Dr Abu Anas mengatakan ...”.
Itu bukan kata-kata saya, itu petikan dari sumber yang dikongsikan.

Penulis dalam artikelnya telah menyebut hujjah atau dalil yang banyak yang menunjukkan keharusan yang membolehkan beristighasah dengan orang mati.

Ulasan:
A)    Hujjah yang dikemukan ada yang sahih, namun cara pengambilan dalil (wajh al-Istidlal) darinya masih memerlukan pencerahan lagi;
1-     Peristiwa tersebut terjadi semasa hayat Nabi SAW bukan selepas kewafatan Baginda.
2-     Berbeza antara minta doa dengan Allah tetapi mengguna “JAH” atau pangkat Nabi SAW dengan terus minta dengan Nabi SAW selepas kewafatan Baginda.
3-     Tak boleh nak samakan Taraf Nabi SAW dengan taraf manusia lain samada orang yang diberi taraf wali dan sebagainya.

B)    Dalil yang dibawa oleh para ulama’ yang membenarkannya tidak kuat (dhaif) dan menjadi pertikaian para ulama’ hadis atau memang maudhu’,  atau dari golongan yang tidak boleh dijadikan hujjah dengan perbuatannya.

Maka dalil atau sandaran yang tersebut perlukan kepada pencerahan lagi untuk mencerahkan masyarakat dalam isu ini.

Dibawah ini ana kemukan contoh satu dalil yang menjadi perebutan antara pendokong dan penentang.

Pencerahan kepada cerita Ad-Dharir (Si Buta) yang bertawassul.

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ، أَنَّ رَجُلًا ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَنِي، قَالَ: "إِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ وَإِنْ شِئْتَ صَبَرْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ"، قَالَ: فَادْعُهْ، قَالَ: فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ، مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ، إِنِّي تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى لِيَ، اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ".
Uthman bin Hunaif radiallahu meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang buta datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, aku akan doakan, jika engkau mahu bersabar, itu baik untuk diri mu. Lelaki itu menjawab: Engkau berdoalah. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh lelaki tersebut untuk berwudhu dan mengelokkan wudhunya dan berdoa dengan doa ini:
YaAllah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan nabi-Mu, Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan Engkau (Muhammad) untuk urusan hajatku ini agar ia selesai. Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk diriku”. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat, hadis no: 3531, sahih gharib]

Hadis ini menjadi hujah kepada sebahagian ilmuan Islam yang membenarkan untuk bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam hatta selepas kewafatan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.

Pendapat ini dibantah oleh ulama lain.
Yang membantah berhujah bahawa hadis ini menunjukkan tawassul dengan doa orang soleh. Ini berdasarkan perkataan lelaki itu kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan aku.

Hadis ini menunjukkan lelaki itu dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu kedua-duanya berdoa kepada Allah. Dan ini lah yang dimaksudkan dengan doa lelaki itu:  “Ya Allah, berikanlah syafaat kepadanya untuk diriku”.

Hadis di bawah menjadi hujah penguat bahawa tawassul hanya dengan orang yang masih hidup.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوا اسْتَسْقَى بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، فَقَالَ:
"اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَسْقِينَا،وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا، قَالَ: فَيُسْقَوْنَ" .
Bermaksud: Anas radiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Umar al-Khattab radiallahu apabila berlakunya kemarau, beliau bertawassul dengan ‘Abbas bin ‘Abdul Mutholib. Beliau berkata: Sesungguhnya dulu kami bertawassul kepada Mu dengan Nabi kami sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Engkau berikan hujan kepada kami. Sesungguhnya kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi kami, turunkanlah hujan. Maka hujan pun turun. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3457]

Berdasarkan hadis ini, jika dibenarkan bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Baginda, kenapa Saidina Umar perlu bertawassul dengan ‘Abbas radiallahu ‘anhu?

Petikan Perbincangan 1:
Bank Fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih merumuskan dalam fatwa nombor 1169:

والتوسل بذات النبي صلى الله عليه وسلم، أو بجاهه، أو بحقه، مختلف فيه بين العلماء:
فذهب أكثر الفقهاء من المالكية، والشافعية، والحنابلة إلى جوازه، واحتجوا بأحاديث لا يصلح شيء منها للاحتجاج، إذ هي بين الضعيف والموضوع، كما احتجوا أيضاً بعمومات من القرآن، وبأحاديث صحيحة، لكنها ليست نصاً على ما ذهبوا إليه من جواز التوسل المذكور.

Tawassul dengan zat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan kemuliaannya, atau dengan haknya, merupakan perkara yang diperselisihi oleh ulama.

Pendapat Pertama:
Kebanyakan fuqaha’ mazhab Malik, Syafie, dan Hanbali membenarkannya.

*[Hujjah dan pendapat mereka –rahimahumullah- boleh dirujuk dalam Kitab “Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Jilid 14 149-164” dan sebahagiannya telah disebut dalam pencerahan dengan panjang lebar]

Kata Al-Faqih:

Mereka berhujah dengan hadis-hadis yang tidak dapat dijadikan hujah. Hadis-hadis itu sama ada lemah mahupun palsu. Mereka berhujah juga dengan keumuman ayat-ayat al-Quran, dan hadis-hadis yang sahih, tetapi semuanya tidak menunjukkan secara jelas (nas) membenarkan pendapat mereka yang membolehkan tawassul yang disebutkan.

أما من ذهب إلى المنع من هذا النوع من التوسل فحجته أنه لم يرد نص صحيح صريح يبيحه، وأن جاه النبي صلى عليه وسلم ومنزلته ليست من عمل الإنسان، والله تعالى يقول: ﴿وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى﴾ [النجم:39] ومن أدلتهم أيضاً على منعه أنه وسيلة إلى الاستغاثة بغير الله تعالى، واعتقاد نفعه وضره، وهذا مفض إلى الشرك، ووسيلة إليه، بالإضافة إلى أن هذا لم يكن من هدي النبي صلى الله عليه وسلم، ولا من عمل الصحابة، ولا التابعين بعده. والراجح عندنا هو القول الأخير لقوة أدلة القائلين به، ولكون التوسل من باب الدعاء، والدعاء عبادة، والعبادة توقيفية. والله أعلم.

Pendapat Kedua:
Adapun para ulama yang melarang tawassul sebegini berhujah bahawa tiada satu dalil yang sahih dan jelas menunjukkan ia dibenarkan. Kemuliaan Nabi sallallahu bukanlah daripada hasil amalan insan, sedangkan Allah berfirman: {Tidaklah untuk manusia itu melainkan apa yang mereka pekerjakan}. [An-Najm: 39].
Antara hujah mereka juga adalah kerana ia merupakah satu wasilah kepada meminta selain Allah, beri’tiqad bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang memberi manfaat dan mudharat. Ini akan membawa kepada syirik dan menjadi wasilah kepada syirik. Tambahan pula, ini bukan daripada petunjuk Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bukan juga amalan para sahabat, dan bukan juga amalan para tabiin selepas mereka.
Jadi pendapat yang kuat di sisi kami (Panel web ini) ialah pendapat yang kedua (yang melarang) kerana kekuatan dalil-dalil mereka. Tawassul itu adalah bab doa, dan doa adalah ibadah, dan ibadah adalah sesuatu yang tawqifi (hanya dilakukan apabila ada dalil)). Tamat Petikan.
~~~~~~~~~~
Kesimpulannya:
Perlu difahami, yang menjadi khilaf para ulama’ ialah berdoa kepada Allah dengan lafaz tawassul seperti: “Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi-Mu, aku memohon kepada-Mu”.
Akan tetapi jika seseorang berdoa: Ya Rasulullah, bantulah aku. Ini merupakan satu perkara yang berbeza!
Jadi “Al-Madad Ya Rasulullah”: Tawassul Dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam atau Meminta Tolong Kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?

Sebahagian pihak yang mempertahankan lirik qasidah ‘Al-Madad Ya Rasulullah’ menyatakan bahawa mereka bukan berdoa kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, sebaliknya mereka berdoa kepada Allah sambil bertawassul dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Jika benar ia tawassul dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, kenapa lafaznya Al-Madad Ya Rasulullah? Kenapa bukan Al-Madad Ya Allah?
Maka perbincangan ini perlukan pencerahan yang terperinci lagi.

Petikan Perbincangan 2:
Pandangan di atas mungkin agak keras cara rumusannya, di bawah ini pula petikan pandangan Sheikh Dr. Yusuf Bin Abdullah Al-QaradhawiKetua Ittihad ulama’ Sedunia, yang juga merupakan seorang tokoh ulama’ semasa yang membawa pendekatan wasathi atau sederhana:
                           Tawassul yang menimbulkan perselisihan ulama
Berhubung dengan tawassul yang menimbulkan perselisihan di kalangan ulama dan berlaku perbahasan hebat di antara golongan yang mengharuskannya dengan golongan yang melarangnya ialah bertawassul kepada Allah SWT dengan menggunakan zat Nabi s.a.w atau dengan salah seorang daripada nabi, malaikat atau orang-orang soleh. Ia dilakukan dengan cara bertawassul dengan “jah nabi” (pangkat dan kedudukan Nabi s.a.w di sisi Allah swt), hak atau kedudukannya di sisi Allah s.w.t agar diperkenankan doa dan permintaan orang yang bertawassul.
Terdapat di kalangan tokoh generasi salaf dan khalaf yang mengharuskannya jika berkaitan dengan hak Nabi s.a.w sahaja tetapi tidak mengharuskan jika melibatkan hak yang lain daripada hak Baginda s.a.w, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad dan lain-lain.
Antara mereka ada juga yang mengharuskan bertawassul dengan seluruh para nabi dan orang-orang soleh.
Hujah mereka adalah hadis Uthman bin Hunaif berkaitan kisah seorang lelaki buta yang bertawassul dengan Nabi s.a.w, lalu Allah swt mengembalikan semula penglihatannya.
Mereka juga berhujah dengan logik akal iaitu syafaat orang-orang yang dekat dengan raja, sultan atau umarak diterima dan diperkenankan, kerana mereka menjadi orang tengah yang membawa pengaduan rakyat jelata kepada raja. Ada yang mengatakan: Kalau tidaklah kerana orang tengah, sudah tentu perkara yang dipohon tidak tercapai.
 Kemungkinan orang yang membezakan di antara bertawassul dengan nabi dengan orang-orang soleh yang bukan nabi, melihat Nabi s.a.w berbeza dengan orang yang lain, kerana Baginda s.a.w wafat dalam keadaan diredhai Allah s.w.t dan merupakan ahli syurga.
Manakala tidak ada seorangpun yang lain dapat memastikan dia benar-benar meninggal dunia di atas landasan iman dan menjadi ahli syurga secara pasti kecuali orang-orang yang disampaikan berita gembira oleh Rasulullah s.a.w sebagai akan memasuki syurga Allah swt s.w.t di akhirat nanti.
 Al-Qaradhawi berpendapat melakukan qiyas sesuatu yang hadir dengan sesuatu yang ghaib atau mengqiyaskan Allah Azza wa Jalla dengan makhluk, raja-raja atau sultan merupakan qiyas yang tidak dapat diterima, kerana sebagaimana yang diyakini umat Islam, terdapat perbezaan besar dan ketara diantara dua perkara yang dijadikan perbandingan itu. Pada pintu perkenan Allah swt tidak terdapat sebarang penjaga dan tidak terdapat orang tengah di antara-Nya dengan makhluk-Nya.
Firman Allah swt yang bermaksud:
{ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ } [البقرة: 186]
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” [Al-Baqarah 186].

Dalam kesimpulannya, Sheikh menegaskan bahawa khilaf dalam masalah ini jelas.Beliau juga menyimpulkan pandangan Sheikh Ibnu Taimiah rahimahullah Bahawa Perkara ini adalah masalah khilafiah dan menjatuhkan hukuman kafir “Takfir” padanya adalah haram dan berdosa. [Sila rujuk Bab At-Tawassul dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Jilid 14].

Namun Sheikh secara peribadi lebih cenderung kepada tidak bertawassul dengan Zat Nabi SAW dan orang soleh yang lain kerana beberapa sebab;
1-    Dalil-dalil yang menegah dan melarang bertawassul dengan zat Nabi dan zat orang-orang soleh lebih kuat menurut neraca ilmu, lebih-lebih lagi pintu Allah sentiasa terbuka kepada setiap makhluk-Nya.
2-    Keharusan bertawassul kadang-kadang membuka jalan pintas ke arah berdoa kepada selain daripada Allah s.w.t, memohon pertolongan daripadanya dan ramai orang yang mencampuradukkan kedua perkara tersebut. Menutup pintu tersebut kepada orang awam lebih utama dilakukan, terutamanya yang melibatkan tauhid dan syirik.
3-      Manhaj, pendekatan atau jalan dakwah yang saya pilih dalam pengajaran, dakwah dan fatwa ialah jika masih boleh mengajak masyarakat beribadah kepada Allah dengan melakukan perkara yang disepakati oleh ulama’, tidak wajar sama sekali memberi penekanan kepada perkara-perkara yang masih diperselisihkan oleh mereka, kerana tidak ada keperluan untuk berbuat demikian”. [Lihat: Fusul Fi Al-Aqidah 261-266, Maktabah Wahbah 2005]

    Penjelasan SYAFAAT RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.
Ana telah jelaskan dalam Syarah Kitab “Anak Kunci Syurga” (09) SYAFAAT NABI SAW kepada Umat & Kenali Golongan yang layak menerima SYAFAAT.

Semoga Allah jadikan kita semua termasuk dalam golongan orang layak menerima SYAFAAT.

 Ketiga: Sad Az-Zara’ik (membendung perkara yang asalnya harus tetapi boleh membawa kepada yang tidak baik.
Contohnya fenomena yang baru dibawa ke dalam masyarakat kita dengan niat yang baik, tapi dengan kefahaman yang tidak mantap, tanpa kawalan ilmu maka  dibimbangi lama kelamaan akan jadi fenomena yang merosakkan.

Ringkasnya lihat video di bawah ini:

مدد مدد يا رسول الله


Keempat:  Kata Ulama’: “Keluar dari perkara khilaf itu lebih baik”. 
[Lihat:http://abuanasmadani.blogspot.com/2014/03/tidak-boleh-ingkar-masalah-khilaf.html ]

Kalau dalam amalan kita ada yang sahih, sabit dari Rasulullah SAW dan para sahabat yang tidak dipertikaikan oleh sesiapa, mengapa kita hendak mencari amalan atau perbuatan yang begitu berat pertikaian dan khilafnya.
Alhamdulillah Syariat Islam sangat agung, Rasulullah SAW wafat setelah menyempurnakan tugas menyampaikan risalah Islam.

Akhir kata, semoga kita semua para pendakwah dan mereka yang berilmu dapat menyampaikan dan membimbing masyarakat dengan ilmu dan amalan yang sahih dan betul daripada Syariah Islam berteraskan ajaran al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Bukan mengajarkan mereka dengan pelbagai ajaran dan pendapat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya atau dipertikaikan oleh sebahagian ulama’ dengan begitu keras lalu menjadikan mereka semakin jauh dari landasan Syariah yang suci dan berada dalam kecelaruan tanpa kawalan dan bimbingan.

Jauhkan diri dari suka menjatuhkan hukum kafir atau murtad atau meletakkan label yang buruk terhadap orang berbeza dengan pandangan kita.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita ke jalan yang diredhai-Nya. Wallahu a’lam.

وصلى الله على نبينا وقدوتنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Akhukum,
Abu Anas Madani,
24 Syawal 1435H/20 Ogos 2014.

Hadiah untuk Bakal Haji dan Hajjah - Siri Motivasi & Fiqh Haji & Umrah.

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam siri ini ana kemukakan kepada para pengunjung beberapa siri kuliah, ceramah dan motivasi yang telah disampaikan berkaitan dengan haji dan Umrah juga Ziarah Madinah. 
Semoga dapat dijadikan panduan dan bekalan bagi mereka yang akan atau berada di Tanah Suci, Dua Tanah Haram Yang Mulia.

Haji; Fadhilat dan Hukum & Rehlah (Perjalanan) Haji Nabi SAW.


AAM; 4-5-14: Siri Motivasi Haji (1) "Kembara Menggapai Haji Mabrur"

   


24-5-14: Siri Motivasi Haji (2): Langkah-langkah Untuk Mengapai Kesempurnaan Haji Memahami "Objektif, Adab & Matlamat Haji"


Siri Motivasi Haji (3) :“Menggapai Haji Mabrur dengan Penyempurnaan Rukun & Amalan Haji”.
    

AAM; 7-6-14: Siri Motivasi Haji (4) "Kursus Ibadat Haji Menurut Al-Quran & Sunnah".   



     AAM; Motivasi Haji Siri (5): "Ibadat Haji Menurut Sunnah; Perkara2 Wajib Dalam Haji".    


Doa pada Hari Arafah Untuk Jemaah Haji Atau Semua? 


AAM HAJI (01) Rehlah Perjalanan Haji Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam dari Madinah ke Makkah.        

AAM HAJI (02) Rehlah Perjalanan Haji Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam dari Makkah sampai 
balik Madinah. 



Sila baca siri-siri catatan Rehlah Haji Abu Anas pada tahun-tahun yang lepas.

Catatan Rehlah Haj 1432H [1].



Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 1)


Catatan Rehlah Haj (1) 1434H.


AAM, Bahtera Penyelamat 09; Hikmah & Rahsia Disebalik 9 Amalan Ibadah Haji Yang Dilakukan. 







Semoga Bermanfaat.

Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD.
07 ZulQa’dah 1435H/ 02 September 2014.

www.pondoksgdurian.com

Sepuluh Fadhilat Wuquf di Arafah Pada Hari Jumaat & Makna Haji Akbar

$
0
0

Keistimewaan Wuquf di Arafah
pada Hari Jumaat & Haji Akbar.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن والاه، وبعد.


        Hari Jumaat ialah hari yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sebagaimana yang disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:
“Hari paling baik yang matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallamdiciptakan,  pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan, kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”  [HR. Muslim].

            Catatan ringkas ini membincangkan tajuk fadhilat Wuquf pada hari Jumaat.

      Wuquf pada hari Jumaat mempunyai sepuluh keistimewaan berbanding dengan Wuquf pada hari-hari lain, kerana beberapa sebab/perkara;
Pertama:Kerana berkumpul pada ketika itu dua hari yang merupakan hari yang paling afdhal. Hari Jumaat yang paling afdhal dalam seminggu dan Hari Arafah yang paling afdhal dalam setahun.
Kedua: Ianya merupakan hari yang terdapat padanya waktu yang mustajab doa. Kebanyakan ulama’ mengatakan pada akhir hari selepas asar. Kebanyakan jemaah haji yang berada di Arafah berdiri berdoa dengan penuh tadarru’, merendah diri kepada Allah SWT.
Ketiga: Ianya bersamaan dengan hari Rasulullah SAW Wuquf semasa mengerjakan Haji Wada’.
Keempat: Berkumpulnya semua umat Islam di seluruh dunia mendengar khutbah dan solat Jumaat. Berbetulan juga dengan jemaah haji sedang berkumpul di Arafah. Maka terjadilah ijtima’ umat Islam di masjid-masjid mereka dalam keadaan mereka berdoa dan bertadarru’ yang tidak terjadi pada hari lain.
Kelima: Hari Jumaat merupakan hari raya (mingguan) dan hari Arafah adalah hari raya bagi jemaah haji yang berada di Arafah, kerana itu mereka tidak disunatkan berpuasa di Arafah.
Hikmahnya, agar mereka kuat untuk berdoa dan beribadat di Arafah. Ada juga pendapat yang mengatakan kerana ianya hari raya bagi ahli Arafah.
Keenam: Bertepatan dengan hari yang Allah SWT sempurnakan Agamanya bagi hamba-Nya yang beriman dan menyempurnakan nikmat-Nya ke atas mereka.
Ketujuh: Ianya bertepatan dengan hari perhimpunan agung, hari Kiamat yang akan berlaku pada hari Jumaat kelak.
Kelapan: Umat Islam biasanya akan melakukan ketaatan yang banyak pada malam dan hari Jumaat berbanding pada hari-hari lain. Bahkan ramai kaki maksiat pun yang menghormati hari Jumaat, mereka mengira sesiapa yang berani membuat maksiat pada hari itu, Allah SWT akan menyegerakan siksaannya. Ini telah menjadi kefahaman mereka melalui pengalaman, tidak lain melainkan kerana kebesaran hari Jumaat dan kemuliaannya di sisi Allah SWT. Maka Allah SWT memilihnya daripada hari yang lain, maka tidak diragukan lagi Wuquf padanya mempunyai kelebihan daripada hari-hari lain.
Kesembilan: Bertepatan dengan hari tambahan nikmat bagi ahli Syurga, iaitu hari yang Allah SWT kumpulkan ahli syurga di Wadi Afyah, diletaknya mimbar dari lu’lu’ (mutiara), emas, zabarjad dan yaqut di atas pasir kasturi, maka mereka memandang kepada Tuhan mereka Tabaraka wa Ta’ala. Allah SWT mentajalli (menzahirkan) kepada mereka dan mereka melihat-Nya. Peristiwa itu juga berlaku pada hari Jumaat.
Apabila hari Arafah terkena pada hari Jumaat maka bertambahlah kemuliaannya berbanding dengan hari lain.
Kesepuluh: Allah SWT menghampiri orang yang sedang berWuquf di Arafah pada petang Arafah, kemudian berbangga dengan hamba-Nya yang berWuquf kepada malaikat dengan firman-Nya:
{Apa yang mereka mahu? (datang ke Arafah ini)}. [HR: Muslim]
Aku saksikan kamu (wahai malaikat) bahawa aku telah mengampuni bagi mereka.} [Lihat Sahih At-Targhib 1154].
Pada petang Arafah merupakan waktu mustajab doa, tidak ditolak permintaan orang meminta segala kebaikan, maka ahli Arafah menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan berdoa dan bertadharru’ merendah diri pada waktu itu.
Allah SWT dekat dengan hamba-Nya mengandungi dua maksud;
1-    Hampir dengan menerima doa dan permintaan mereka pada waktu itu.
2-    Hampir dengan makna khas istimewa untuk mereka yang berwuquf di Arafah, Allah SWT berbangga dengan mereka kepada Malaikat, maka hati para mukmin yang berwuquf, bertambah kekuatan dan keyakinan, bertambah iman dan gembira, serta mengharapkan kelebihan dan limpah kurnia Tuhannya.

Maka sepuluh perkara ini dan selainnya menjadikan Wuquf pada Hari Jumaat lebih baik daripada Wuquf pada hari-hari lain. 

Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah:
“Adapun apa yang tersebar di atas lidah orang awam bahawa, ‘Wuquf pada hari Jumaat menyamai tujuh puluh dua kali haji’ adalah maklumat yang batil, tidak ada sandaran asal baginya dari Rasulullah SAW, tidak juga dari salah seorang sahabat Nabi SAW dan juga tabi’in, Wallahu a’lam”. [Diringkaskan dari Kitab: Zad al-Ma’aad 1/60-65].
Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:
“Adapun apa yang disebut oleh Ruzain dalam kitab Jami’ dan dimarfu’kan (kepada Nabi SAW) hadis:
(Sebaik-baik hari yang naik matahari padanya ialah hari Arafah, jika bertepatan dengan hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berwuquf pada hari lain.)
Hadis ini aku tidak tahu kedudukannya, kerana tidak disebut siapakah sahabat yang meriwayatkannya, tidak disebut pula kitab yang mengeluarkannya, bahkan dimasukkannya pada hadis al-Muwatta’ yang disebut secara mursal dari Talhah bin Abdullah bin Kuraiz, dan tambahan tersebut tidak ada sedikit pun dalam kitab-kitab Muwatta’.
Sekiranya hadis ini ada asalnya, maka kemungkinan maksudnya 70 itu ialah bilangan atau mubalaghahiaitu menunjukkan kelebihan, kedua-duanya menunjukkan kepada keistimewaannya, wallahu a’lam”. [Fath al-Bari 8/271]
Berkata Sheikh Al-Mubarakfuri:
“Perhatian, telah masyhur di kalangan orang awam bahawa apabila Wuquf pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Ini tidak ada asal (sandarannya). 
Betul Ruzain meriwayatkan dari Talhah:
(….Apabila Wuquf pada hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berWuquf pada hari lain.) Demikian dalam kitab Majma’ Al-Fawaid, hadis ini mursal, dan saya tidak menemui sanadnya.” [Tuhfah Al-Ahwazi 4/27]



Salah Faham Tentang Haji Akbar
Ramai lagi umat Islam yang masih belum faham dan keliru tentang maksud Haji Akbar (besar).
Bagi setengah mereka ia adalah apabila hari Wuquf jatuh pada hari Jumaat. Di sini kita cuba lihat penjelasan tentang maknanya yang sebenar berdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih.
Allah SWT berfirman,
}وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَرِيءٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولُهُ{
{Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang musyrik…}  [At-Taubah: 3]
*Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksudkan dengan Haji Akbar, ada yang mengatakan hari Nahar (hari Idul Adha), ada yang mengatakannya hari Arafah. Tetapi yang dimaksudkan dengan Haji Akbar di sini adalah Haji yang berlaku pada tahun ke-9 Hijrah.
Kemudian dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:
Bahawa Abu Bakr As-Siddiq radhiallahu ‘anhu ketika musim haji yang diperintahkan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam sebelum musim haji Wada’, telah mengutuskan aku bersama sekumpulan kaum muslim untuk  mengumumkan kepada masyarakat pada hari Nahar (Idul Adha), bahawa:
لا يحج بعد العام مشرك ولا يطوف بالبيت عريان
Selepas tahun ini, orang musyrik tidak boleh datang haji lagi dan orang yang telanjang tidak boleh lagi tawaf di Ka’bah.” [HR. Muslim].
Berdasarkan ayat dan hadis di atas, maka makna hari Haji Akbar adalah hari dimana Abu Bakar RA bersama kaum muslim yang lain, mengumumkan kepada masyarakat Makkah bahawa orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji di Ka’bah. Ini menunjukkan bahawa hari Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha), kerana pengumuman tersebut dilakukan pada hari Idul Adha.
Imam An-Nawawi menjelaskan dalam Syarah Sahih Muslim, bahawa Ibnu Syihab mengatakan, “Humaid bin Abdurrahman mengatakan, Hari Nahar (Idul Adha) adalah hari Haji Akbar, berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu di atas.”
Kemudian Imam An-Nawawi menjelaskan lagi,
“Makna perkataan Humaid bin Abdirrahman, firman Allah ‘Pengumuman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar,…’ kemudian penyampaian pengumuman ini dilakukan oleh Abu Bakar, Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah, dan para sahabat RA yang lainnya pada ketika hari Idul Adha, dengan izin dari Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam.” [Syarah Sahih Muslim, Imam An-Nawawi, 9:116].







Imam An-Nawawi juga mengatakan, “Ulama’ berselisih pendapat mengenai apa yang dimaksudkan hari Haji Akbar. Ada yang mengatakan, hari Arafah. Sementara Imam Malik, Imam as-Syafi’i, dan majoriti ulama’ berpendapat bahawa Haji Akbar adalah hari Nahar (Idul Adha).  Sebahagian ulama’ menjelaskan lagi: Dinamakan hari Haji Akbar, untuk membezakannya dengan haji Asghar (kecil), iaitu umrah.” [Syarah Sahih Muslim,  An-Nawawi, 9:116].
Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “Ulama’ juga berbeza pendapat tentang makna haji asghar. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa haji asghar adalah umrah. Ada juga yang mengatakan, Haji asghar adalah hari Arafah (9 Zulhijah) dan Haji Akbar adalah Idul Adha’. Kerana pada hari Idul Adha, dilakukan penyempurnaan amalan manasik haji yang belum dilakukan.” [Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari, 8:321].
Dari keterangan di atas, dapat kita buat kesimpulan bahawa dinamakan Haji Akbar pada asasnya adalah untuk membezakannya dengan umrah atau dengan kegiatan haji yang lain. Bahkan lansung tiada tersebut dan tiada hubungannya dengan Wuquf yang jatuh pada hari Jumaat.
Disebutkan dalam Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’ At-Tirmizi:
قد اشتهر بين العوام أن يوم عرفة إذا وافق يوم الجمعة كان الحج حجا أكبر ولا أصل له
“Telah masyhur di kalangan masyarakat awam, bahawa hari Arafah, apabila bertepatan dengan hari Jumaat maka hajinya adalah Haji Akbar. Dan ini adalah pendapat yang tidak ada asasnya.”  [Tuhfatul Ahwazi Syarh Turmuzi, 4:27]. Wallahu a’lam.

            Demikianlah sedikit penjelasan tentang Fadhilat Wuquf pada hari Jumaat dan istilah yang masyhur “HAJI AKBAR” menurut huraian para ulama’.
            Kita berdoa kepada Allah ‘Azza wa Jalla agar menganugerahkan kepada jemaah haji semua “Haji Mabrur, Usaha Yang Diberkati dan Amalan Yang Diterima”.

وصلى الله على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم.

Akhukum,
AAM.
Makkah 4 Zulhijjah 1435H – 28 Sept 2014
Wuquf pada tahun ini Hari Jumaat, Alhamdulillah

Kepercayaan Khurafat Dalam Bulan Safar.

$
0
0

Kepercayaan Khurafat Dalam Bulan Safar
Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)
Monday, February 11, 2008

MUHARAM baharu sahaja berlalu meninggalkan seribu satu azam dan cita-cita di kalangan umat Islam dalam usaha melakukan `penghijrahan' ke arah yang lebih baik serta diredhai Allah s.w.t.

Sambutan tahun baru hijrah yang lalu mengingatkan umat Islam betapa perlunya melakukan perubahan dalam diri masing-masing demi memperoleh kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Namun, sesuatu yang agak menyedihkan ialah semangat hijrah yang diharapkan berkekalan, tidak dapat bertahan lama dalam diri sesetengah umat Islam. Umpama kata pepatah: `Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'.
Ini kerana, apabila tibanya bulan Safar terdapat segelintir umat Islam yang masih terbelenggu dengan amalan-amalan dan kepercayaan karut serta bidaah yang diamalkan dalam bulan Safar.
Walaupun sekarang amalan tersebut tidak begitu ketara, namun masih ramai yang percaya bahawa bulan Safar membawa celaka dan sial.
Justeru, terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu yang menggunakan kertas atau papan yang ditulis dengan ayat-ayat tertentu dan mandi dengan air yang direndam ayat-ayat berkenaan untuk menolak bala.
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah. Safar bermaksud kosong. Ia juga memberi erti, meninggalkan sesuatu tempat apabila merujuk kepada perkataan `safir'. Telah dinyatakan juga bahawa dinamakan bulan Safar ekoran kebiasaan orang Arab yang selalu meninggalkan kampung halaman untuk berperang dan mengembara pada bulan tersebut.
Pada zaman Jahiliah, orang yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa petanda baik, tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, mereka akan menangguhkan perjalanan kerana mereka beranggapan bahawa bala akan menimpa sekiranya perjalanan diteruskan.

Seterusnya, amalan khurafat dan bidaah yang bertentangan dengan syariat Islam diamalkan di dalam bulan Safar sebagai kesinambungan kepada warisan zaman Jahiliah. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka, khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut dan bidaah sebagai cara untuk menolak bala.
Sama ada sedar atau tidak, masyarakat Melayu Islam di Malaysia masih lagi dibelenggu dengan amalan khurafat dan tahyul seumpama ini pada bulan Safar. Di antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular pada suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan bahawa perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada kebiasaannya, amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain itu, dalam kalangan masyarakat Melayu juga, khususnya dalam kalangan orang tua, mereka tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar. Ini kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin tidak akan mendapat zuriat sekiranya majlis perkahwinan dilangsungkan dalam bulan ini. Amalan dan kepercayaan seperti ini jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah seseorang.
Sebenarnya sial dan bala bencana tidak berlaku hanya pada bulan Safar. Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 51 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal".
Rasulullah s.a.w. menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak ada penentuan nasib dengan burung, tiada kemudaratan burung hantu, dan tiada bala bencana bulan Safar". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tambahan daripada itu, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal". (Riwayat Ibnu Majah).
Sesuatu yang tambah menyedihkan lagi ialah apabila terdapatnya umat Islam yang melakukan pelbagai upacara menolak bala pada bulan Safar dengan tidak menganggapnya sebagai suatu perkara khurafat. Mereka seolah-olah tidak memahami apa itu khurafat, lalu melakukan amalan khurafat dengan sewenang-wenangnya.
Khurafat ialah mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Kesan paling besar yang akan dihadapi oleh umat Islam apabila mempercayai perkara khurafat ini ialah ia akan menjerumuskan umat Islam ke lembah kekufuran dan kesyirikan. Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut nyata ditegah oleh syarak.
Di samping itu, amalan khurafat tidak mendatangkan sebarang faedah, sebaliknya hanya boleh merosakkan akidah seseorang. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah menjauhkan diri daripada sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya terselamat daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
Amalan khurafat juga boleh menjejaskan kegiatan sosial dan ekonomi umat Islam. Ia akan melahirkan budaya malas berusaha, minda menjadi jumud, kegiatan ekonomi terbantut, mudah berputus asa, tidak bertawakal kepada Allah serta menjejaskan martabat Islam yang syumul.
Apabila seseorang itu percaya kepada makhluk selain Allah, maka ia akan membawa kepada lenyapnya keimanan kepada rukun Islam keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar Allah s.w.t. Kepercayaan dan amalan khurafat yang masih membelenggu umat Islam hari ini berpunca daripada akidah yang tidak mantap dan tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang hukum-hakam yang terdapat di dalam Islam. Perlu diingatkan bahawa sebagai seorang Islam, sewajarnya hanya memohon dan meminta sesuatu kepada Allah.
Kepercayaan dan amalan khurafat hanya boleh dibanteras jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan dalam segala tindakan. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. menjelaskan kepada kita melalui sabda baginda yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya berpegang dengan kedua-dua perkara tersebut, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku".
Kepercayaan dan amalan khurafat memang tidak memberikan manfaat langsung, malah lebih menjurus kepada perkara-perkara negatif. Oleh itu, bagi menangani masalah khurafat ini termasuk kepercayaan khurafat dalam bulan Safar, akidah umat Islam hendaklah diperteguhkan agar tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan. Apabila akidah sudah mantap, maka minda umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan unsur khurafat, sebaliknya akan lebih terbuka serta `berpijak di bumi nyata'.
Firman Allah dalam Surah al-A'raf ayat 33 bermaksud: Katakanlah: Yang diharamkan Tuhanku hanyalah segala yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran dan kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tiada diberi keterangan kepadanya, dan kamu katakan kepada Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui.
Sumber:


[AAM, 11 Muharram H – 04 November 2014]

Catatan Banjir AAM (01) Banjir di Pondok Sungai Durian K. Krai 24 Dis. 2014.

$
0
0
بسم الله الرحمن الرحيم - الحمد لله الذي قدَّر الأقدار، ومجري السحاب، ومنزل الأمطار، والصلاة والسلام على رسول الهدى رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه ومن تبعه إلى يوم الدين، وبعد.

Semua yang berlaku adalah dengan ketetapan Allah, tidak mungkin untuk melarikan diri dari apa
yang Allah telah taqdirkan.
Di bawah ini secebis catatan pengalaman menghadapi saat banjir melanda Pondok Sungai Durian (PSD) pada 24hb Disember 2014.
PSD terletak berdekatan dengan Sungai Durian, sungai ini melingkungi sebahagian dari kawasan pondok ini dan pada suatu masa yang tidaklah lama sangat - sekitar tahun 70an- ianya menjadi sumber air dan tempat kami mandi manda, akhir-akhir ini sungai kami telah dikotori oleh tangan manusia. Sungai ini kecil sahaja dan bersambung dengan Sungai Kelantan.


Walaupun PSD berdekatan dengan sungai dan pada musim bah air akan naik ke kawasan pondok di bawah lembah, tapi tidak sampai kepada Bangunan Madrasah dan Masjid Ar-Rahman. Ada juga air melintasi kawasan ini setakat betis, tidak sampai masuk ke dalam masjid.
Mengikut cerita arwah ayahanda - Tuan Guru Hj Abdul Rahman - pada tahun 1967 sekali air naik sampai setakat dada di bawah Madrasah, atau enam anak tangga.

Pertengan Disember 2014 sudah berlaku bah di kawasan sekitar PSD seperti kampung Chenulang, Kuala Pertang dan sekitarnya telah menenggelamkan kampung dan menghanyut atau meruntuhkan lapan buah rumah. Ini di namakan gelombang pertama banjir 2014.  Pada waktu ini PSD masih beroperasi seperti biasa dengan aktiviti kuliah dan pengajiannya, para pelajar pun semuanya berada di pondok.

Isnin 22 Dis 2014 - Ana menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Bandar Kuala Krai, sedang berkuliah, kelihatan beberapa orang jemaah menjengok ke luar tingkap masjid. Selepas isya' rupanya jalan utama masjid sudah dinaiki air, nasib baik masjid ada jalan satu lagi sebelah atas bukit, dapatlah kami balik dengan selamatnya ke PSD.
Pada malam ini ana khatam Syarah Kitab KEINDAHAN ISLAM 43 siri, alhamdulillah.

Selasa 23 Mac 2014- Pagi ini kami sekeluarga mahu pergi ke PUTIK KB sempena Majlis Graduasi Tahfiz  Amir -anak kedua-. Hati sudah berbelah bagi nak pergi ke tidak memandangkan air bah sudah memenuhi dalam kawasan bandar Kuala Krai.
Sahabat di KB kata cuaca baik, panas dan tak ada hujan, kami pun pergi ke PUTIK. Selesai majlis graduasi dengan baik, kami pulang ke PSD tanpa halangan.
Selepas isya',  singgah di kedai Rahman Frozen, berbual-bual tentang cerita banjir, Hj. Mat Ghani bagitahu "Air Mudik dah".  Maksudnya air Sungai Kelantan dah masuk ke Sungai Durian.
Balik ke rumah tak berapa lena tidur, rasa tak sedap perasaan memikirkan air mudik, sempat juga siapkan makalah untuk majalah i dan Solusi.

24 Dis 2014 hari Rabu yang bersejarah.
Sedar tidur jam 4 pagi hujan sangat lebat, keluar suluh dengan lampu di belakang rumah air sudah sampai ke anak tangga pintu dapur...
Kejutkan Ummu Anas minta siapkan pakaian anak-anak untuk sehari dua, ana bawa kereta naik ke atas bukit kedai Sg Durian.
Kemudian ke pejabat PSD angkat barang-barang pejabat letak atas meja, dok kira mungkin air naik setakat lutut je, dalam masjid tak  mungkin masuk perkiraannya.
Balik rumah ambil keluarga bawa ke rumah mama ana di depan masjid dalam jam 5 pagi.. Kami bertawakkal kepada Allah.. tinggalkan rumah pergi ke masjid dan rumah mama..

Ke Masjid Solat Subuh berjemaah..
Selepas solat arahkan semua warga pondok keluar meninggalkan pondok masing dan naik berlindung ke tingkat atas masjid..
Belum sempat habis perbincangan air dah masuk ke dalam masjid..
الله المستعان.

Balik ke rumah angkat kitab dan apa-apa barang yang sempat  dari rak paling bawah ke atas....
Jam 7 pagi air dah masuk dalam rumah...
Jam 8 pagi bekalan letrik terputus seluruhnya, air paip juga sudah tiada.
Jam 10 pagi separuh bangunan telah tenggelam.
Zuhur air masih naik, sudah banyak bangunan yang tenggelam.
Asar, air masih naik perlahan-lahan semakin tinggi, tingkat bawah rumah mama sudah tenggelam, anak tangga satu demi satu hilang, tingkat bawah masjid juga semakin hilang..
Warga emas dan yang berkeluarga serta pelajar lelaki pondok berlindung di tingkat dua masjid, manakala pelajar perempuan kami tempatkan di tingkat dua bangunan sekolah mereka.  

Dalam jam 4 petang, bermulalah perpindahan.. warga pondok dari masjid dibawa dengan dua trip bot askar ke Sekolah Sungai Embak.. Selepas itu terhenti seketika, bot dan perahu amat tidak mencukupi dengan keperluan perpindahan, kerana seluruh daerah Kuala Krai telah tenggelam, balai polis, balai bomba hatta kem askar juga telah lumpuh ditenggelami air....

6:30 Petang Ustaz Ab Latif  - YB Mengkebang- datang dengan bot bomba minta kami pindah.. Selesai solat maghrib, dalam keadaan yang gelap gelita, hujan lebat angin menderu, kami empat keluarga bersama mama (lebih kurang 25 orang termasuk anak-anak kecil), memanjat pagar beranda tingkat dua terjun ke dalam bot bomba yang dirapatkan, boleh bayangkan air sudah mencecah beranda tingkat dua.
Kami semua hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Pengasih, bersesak dalam bot kecil tanpa apa-apa perlindungan, mengharungi air separas kabel letrik, melewati rumah-rumah kami yang hanya nampak bumbung.... menuju ke pusat perpindahan yang lebih tinggi dan selamat insya'Allah.

Kemudian keputusan baru dibuat, warga PSD di bawa ke bangunan kedai yang atas bukit, kawasan perumahan Sungai Durian yang baru, di belakang Klinik 1 Malaysia. Malam itu Klinik pun tenggelam sehingga setegah...
Bot kami selamat mendarat dengan hentakan yang mendebarkan. Pengemudi bot memberitahu, mereka tidak dapat pergi banyak kali lagi kerana bot sudah hampir kehabisan minyak... Allahu Musta'an.

Setelah berunding Alhamdulillah mereka sanggup pergi lagi, kami meminta jasa baik mereka untuk memindahkan malam itu juga, pelajar perempuan yang berada di bangunan sekolah sesama mereka saja itu. Alhamdulillah semua pelajar itu berjaya dipindahkan juga.

Manakala warga pondok dan pelajar lelaki terpaksa menunggu hari cerah keesokan harinya. Mereka ini kurang sedikit risiko bahanya kerana ada kaum lelaki dan mereka yang berkeluarga serta ramai. Cuma masalah bilik air, terpaksalah mereka hadapinya dengan sabar....
Manakala bekalan makanan dan minuman alhamdulillah sejak siangnya lagi ada roti, biskut dan air botol yang diagihkan oleh Pejabat Dun Mengkebang.
Jam 11 Malam, Ustaz Fakhru dan beberapa orang lagi pergi ke masjid meninjau keadaan jemaah dan paras air. Jangkaannya -insya' Allah- keadaan air tenang, sempat sampai pagi esok untuk menyambung kerja memindah warga PSD yang masih ada.
 [Gambar Banjir di PSD Hari Rabu]
 












Khamis 25/12/2014.
Selepas solat subuh cari but penambang dan but bomba menyambung kerja pemindahan. Kami berunding dan mencari minyak dari tuan-tuan kereta yang sudi menderma minyak, disedut dari kereta mereka untuk kegunaan but pindah orang dan menghantar makanan kepada mereka dan juga kawasan sekitar.
Alhamdulillah jam 10 pagi lebih kurang selesai membawa semua warga PSD ke pusat pemindahan.


Dari Ummu Salamah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia berdoa:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un [QS 2:156]
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha
(Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)

Melainkan Allah SWT akan menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya". (HR. Muslim)
Itulah ucapan yang mampu kami katakan, mengikut Sunnah dan bertawakkal kepada Allah.
 [Gambar Banjir di PSD Hari Khamis]





















Bersambung: Cerita di tempat perpindahan, insya' Allah.





AAM; Keadaan Pondok Sungai Durian Selepas Banjir 2014 & Kesannya




AAM; Pengelaman AAM Semasa Banjir 2014 Di Pondok Sungai Durian




Kesan Banjir Di Pondok Sungai Durian 2014 

 

CATATAN PETIKAN TAZKIRAH AAM RAMADHAN 1436H

$
0
0
TAZKIRAH MALAM 1 RAMADHAN 1436H
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
           
            Alhamdulillah malam ini selepas Isya', sebelum menunaikan solat sunat tarawih yang pertama untuk Ramadhan tahun ini, di Masjid ar-Rahman PSD,  al-Fadhil Dr Abdul Basit telah menyampaikan sedikit tazkirah tentang adab, rukun, sunat dan beberapa perkara yang berkaitan dengan Ramadhan dan solat tarawaih secara umumnya.
            Antara yang paling menarik dan menyentap hati ialah tentang membaca al-Quran dalam bulan yang penuh keberkatan, keampunan, pahala berganda  dan rahmah ini.
         
   Kata beliau hfzahullah:
           "Menjelang Ramadhan ini sekurang-kurangnya kita meletakkan target (sasaran cita-cita)  untuk menghabiskan bacaan al-Quran yakni khatam seluruh al-Quran itu sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan Ramadhan ini. JIka mampu lebih daripada itu tentula lebih baik.
            Jika kita berjaya khatam sebanyak tiga kali, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak dua kali, alhamdulillah, alhamdulillah!
            Jika kita berjaya khatam sebanyak sekali sahaja pun, juga alhamdulillah.
            Tetapi jika  kita tidak berjaya khatam walaupun hanya sekali,  innalillahi wa inna ilaihi raji'un!!!!
            Itu sudah mencapa taraf mayat hidup, jika pada bulan Ramadhan yang hanya sekali sahaja setahun pun kita tidak mampu habiskan bacaan al-Quran, tiada  guna lagi hidup, makan dan minum cuma buat menghabiskan beras..."

            Alangkah benar sekali, terasa betapa kita mensia-siakan segala peluang dan tawaran yang diberi oleh Allah SWT, itu baru bab membaca al-Quran, belum lagi masuk persoalan tentang solat sunat tarawih, malam lailatul-Qadr, bersedekah pada bulan Ramadhan dan jamuan  iftar, memberi makan orang yang berpuasa dan lain-lain ibadat.

 

            Sebaliknya jika mendengar ada tawaran, offer diskaun di mana-mana pusat mebeli-belah, manusia berduyun-duyun datang bahkan ada hatta yang  berebut-rebut, sedangkan harga yang kita bayar itu belum tentu murah atau pasti kita untung.
            Tetapi tawaran dan janji yang pasti dari Allah ini, kita manusia kurang mengendahkan dan dan tidak cuba mengautnya semaksimum mungkin.
            Tentang cara membaca al-Quran pada bulan Ramadhan, berbagai formula dan cara dibuat dan disebarkan, tetapi malangnya kebanyakan teori ini hanya tinggal teori, bahkan yang menyebarnya juga mungkin kecundang.
            Yang paling baik kita lakukan adalah mengikut kemampuan, keselesaan dan masa kita sendiri. Aturlah jadual yang bertepatan dengan gaya hidup kita seharian untuk memanfaatkan masa sebijak mungkin.
            Bagi yang bekerja, waktu yang biasanya diperuntukkan  untuk sarapan, rehat, makan tengahari, minum petang dan seumpamanya boleh digunakan untuk membaca al-Quran. 
            Bagi mereka yang tidak keluar bekerja, para homemaker, baik wanita atau lelaki,  waktu yang biasanya digunakan untuk menyediakan sarapan, makan tengahari dan petang boleh dimanfaatkan untuk membaca al-Quran. Subhanallah sesungguh Allah tidak menghilangkan sesuatu perkara itu kecuali ianya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

            Berapa muka, berapa helai, berapa juzuk sekali baca, kita tentukan dan atur sendiri jadualnya. Bagi para wanita pula, (bagi yang masih mempunyai kitaran haidhnya) terpaksalah berusaha lebih sikit, ini kerana kita akan ketinggalan pada beberapa hari tertentu. Ini tidak menjadi masalah, maka janganlah bersedih dan terasa kerugian kerana ini sudah fitrah kejadian kita sebagai kaum Hawa ciptaan Allah SWT.
            (Insya'Allah nanti kita membincangkan isu khusus tentang  ibadat wanita semasa haidh pada bulan Ramadhan dan beberapa isu tentangnya. Sudah ada penjelasan  dari beberapa kuliah dan tazkirah Dr Abu Anas).

Wallahu a'lam.

UAM, nzny2015
1 Ramdahan 1436H. 
PSD.

Koleksi 31 Siri Tazkirah Ramadhan 1436H "Kehidupan Hati"& Poster Dakwah.

$
0
0
Alhamdulillah, Ramadhan Tahun 1436H Allah Subhanahu Wa Ta'ala Anugerahkan kesempatan masa kepada Al-Faqir Abu Anas Madani (AAM) -'Afallahu 'anhu- untuk menyampaikan Tazkirah Ringkas Kepada Jemaah Yang Bersolat Tarawih Di Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian.

Ana telah memilih sebuah kitab kecil sebagai teks Tazkirah ini;
"Kehidupan Hati - Hati Orang Berpuasa Sebagai Contoh"
Karya: Dr. Sheikh Sa'ad Bin Nasir As-Syihtri.

Semoga siri tazkirah ini memberi manfaat kepada para Penonton & Pendengar Sekelian.
AAM, PSD. 6 Syawal 1436H.


Lihat 31 Siri Tazkirah Ramadhan 1436H di Playlist Youtube ini; https://www.youtube.com/playlist?list=PLfD-3zsWo7rjnU83KEUz2l1Ugj7VyGhfA

Atau: https://www.youtube.com/playlist?list=PLfD-3zsWo7rjnU83KEUz2l1Ugj7VyGhfA

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (00) Ahlan Ramadhan - Ulangkaji Rukun Puasa.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (01); Rahsia Puasa Dalam Mendidik Hati.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (02); Ikhlas Hati Orang Berpuasa - 7 Tips Mendapat Ikhlas.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (03); Puasa Dan Taqwa - Beberapa Tips Meraih Taqwa.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (04); Muraqabah Pengawasan Allah untuk orang berpuasa.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (05); Tadabbur Al-Quran - 6 Tips Bertadabbur.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (06); Hati Yang Bertawakkal - 8 Tips Tawakkal.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (07); Hati Yang Takut Kepada Allah- 10 Faedah Sifat Khauf.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (08); 10 Faedah Ar-Raja' -Mengharapkan Rahmat & Keampunan 
Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (09) Hati Yang Tawadhu' tunduk keapad Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (10); Menerima Nas Syarak - Quran & Hadis - tanpa bantahan.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (11); Khusyu' Hati & Anggota Kepada Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (12); Iktiraf mengakui Nikmat Kurniaan Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (13); Tafaul Mendengar Perkara Baik dan Menolak Sial Majal.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (14); Inabah Kembali Kepada Allah dengan Taubat Nasuha.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (15);  Zuhud, Tidak Mencintai Dunia Dengan Hati & 5 Tips Mendapat Zuhud.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (16); Kashyah Takut dan Gerun Kepada Allah & 4 Sebab Mendapatnya.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (17); Redha Dengan Qadha'& Qadar Ketentuan Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (18); As-Sakinah - Ketenangan & 7 Tips Mendapat Ketenangan.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (19); Iktibar Dan Tafakkur & 9 Tips Tafakkur Kebesaran Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (20); Menyesal di atas kesalahan dan dosa-dosa yang lalu.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (21); Tadhurru' merendah diri dan tunduk kepada Allah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (22); Kelebihan Sabar, 8 Tips untuk bersabar & 7 Faedah Sabar.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (23); Tidak Berdukacita - La Tahzan- Jenis sedih yang dibenar & dilarang.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (24); Sifat Rahmat Kasihan Belas Sesama Makhluk dan Kelebihannya.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (25); Yaqin suatu ketenangan, 8 Tips Mendapat Keyakinan & 10 Penghilang Yakin.

Perhatian:
Siri 26 - 30 Tazkirah Selepas Raya:

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (26); Malu Sifat Terpuji, 6 Kelebihan Sifat Malu.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (27); Mahabbah Mencintai Orang Mukmin, 3 Tips Mahabbah.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (28); Bercita-cita Untuk Memberi Kebaikan Kepada Orang Mukmin dan Semua Makhluk.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (29); Al-Qana'ah, Berpada Dengan Rezki Yang Diberi dan Tidak Tamak.

AAM Tazkirah Ramadhan 1436H (30); Sifat Ghairah -Cemburu- & Khusyu' Ketika Berdoa dan Solat.

Beberapa Siri Tazkirah Ramadhan & Puasa 1436H;
Lihat di;

Atau: https://www.youtube.com/playlist?list=PLfD-3zsWo7rjl_xkbN1v-gVA321gg6w5h


Poster Ramadhan 1436H

























Iklan Projek Saham Akhirat PSD











Seminar Sosiobudaya Antara Kaum - Kenali Sebahagian Adat Orang Cina.

$
0
0

Pada 17 Ogos 2013, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan telah mengadakan Seminar Sosiobudaya Antara Kaum peringkat Negeri di Dewan Balai Islam, Lundang yang dibentangkan oleh dua ahli panel dari kaum Cina iaitu Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong dan juga Dr. Hj. Ann Wan Seng.  
Untuk menyebarluaskan manfaat dari perbincangan ini, ana minta Akhi Ahmad Iqram Mohd Noor membuat catatan dan ulasan kepada seminar ini, jazahullahu khaira.

Seminar ini sangat bertepatan dibincangkan dalam kerangka masyarakat yang berbilang kaum supaya dapat mewujudkan nilai toleransi yang tinggi dan menghapuskan sifat rasis perkauman dalam masyarakat. Sudut pandang Islam juga tidak berhenti setakat itu, Islam juga menganjurkan kepada umatnya untuk keluar berdakwah. Tugas utama yang perlu difahami adalah peranan kita untuk menyampaikan Islam kepada mereka bukan Islam. Maka dengan ini dapatlah kita fahami bahawa tanggunjawab kita sebagai seorang muslim adalah menjadi suatu kewajipan untuk menyampaikan dakwah dan seruan Islam kepada seluruh masyarakat di luar sana mengikut kemampuannya. Dari Abdullah Ibnu Amru Al-Ash,  Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikan daripadaku walau satu ayat!” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Dengan kata lain seruan ini dinamakan sebagai dakwah. Pada asasnya pengertian umum dakwah bermaksud panggilan, seruan atau ajakan. Maksud ajakan di sini ialah menyeru manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Walaupun kewajipan dakwah sangat jelas untuk kita, namun terdapat segelintir dari umat Islam yang langsung tidak berdakwah. Kejahilan telah membelenggu di dalam pemikiran mereka sehingga menyebabkan mereka menganggap bahawa solat dan puasa itu wajib, tetapi dakwah pula tidak wajib ke atas mereka. Sebahagian yang lain pula benar-benar menjaga solat mereka, tetapi tidak pernah menjaga dakwah mereka. Mereka solat secara tawadhu’ dan konsisten, tetapi tidak pernah berdakwah secara konsisten.

Mereka menganggap bahawa dakwah hanyalah aktiviti ‘part time’ yang hanya akan dilakukan bila perlu dan jika ada ruang kelapangan. Bila sibuk dengan urusan dunia, maka dakwah akan ditinggalkan, walaupun mereka ini mungkin tidak pernah meninggalkan solat di dalam kesibukan mereka. Ada sebahagian yang lain memberikan alasan ‘tidak cukup ilmu’ untuk berdakwah. Anehnya, mereka ini dalam masa yang sama tidak pula berusaha untuk menuntut ilmu, walaupun menuntut ilmu itu jelas-jelas diwajibkan oleh agama Islam. Apabila diajak untuk mempelajari ilmu Islam ataupun berdakwah, pelbagai alasan diberikan, walhal dalam masa yang sama mereka boleh menghabiskan masa di gelanggang futsal setiap minggu, menonton TV berjam-jam sehari, bermain golf sepanjang hari, melancong dan sebagainya. Mereka boleh pula menuntut pelbagai ilmu lain dengan amat mendalam, tetapi tidak ilmu Islam. Malah sebahagian mereka sanggup menghabiskan umur bermati-matian untuk cemerlang mendalami ilmu ekonomi dan usahawan, berusaha untuk mencapai kegemilangan dalam mempelajari dan melaksanakan undang-undang kufur serta ingin menjadi terkenal dan terbilang di dalam menerapkan sistem pemerintahan yang diwarisi dari penjajah. Bagi mereka, dakwah merupakan satu ‘bebanan’, bukannya kewajipan! Hal ini yang perlu ditajdidkan kembali dalam kalangan masyarakat hari ini.
Di Negara Malaysia gerakkan dakwah perlu diutamakan kepada kaum Cina kerana mereka adalah golongan bukan Islam yang dominan di sini. Untuk melaksanakan urusan dakwah khusus kepada orang Cina hendaklah memiliki beberapa maklumat asas yang perlu diketahui.
Kaum Cina memiliki pelbagai kepercayaan dan pegangan, akan tetapi perlu dinilai kepercayaan mereka dalam rangka dasar yang paling authentic dan berautoriti yang diamalkan di Malaysia.
[Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong]
Mengenai kepercayaan dan juga pegangan Cina ini boleh dibahagikan kepada dua ketegori, yang pertama adalah kepercayaan dalam agama dan yang kedua pula kepercayaan dalam adat dan budaya. Antaranya dinyatakan dibawah:
a)      Kepercayaan dalam agama: Kepercayaan kepada dewa-dewi, roh nenek moyang (spiritisme), dan lain-lain spirituil.Antara kepercayaan ritual yang terkenal di Kelantan ialah Datuk Kong atau dikenali sebagai Tok Kong. Menurut sebutan orang Cina adalah merupakan ‘Local Deity’ atau ‘Dewa Kawasan’ bagi sesuatu tempat. Paling terkenal dengan panggilan ‘Earth Deity’ atau ‘Dewa Bumi’. Apa yang nyata, ia merujuk kepada personaliti yang sama, iaitu Datuk Kong atau dikenali juga Datuk Keramat. Datuk Kong merupakan dewa pangkat rendah di dalam hirierki dewa-dewi Cina. Kebanyakkan Datuk Kong yang disembah adalah orang Melayu yang telah meninggal malah patung di dalam rumah Datuk Kong juga merupakan patung berciri-cirikan orang Melayu dengan memakai songkok, berkain samping, berbaju Melayu dan memegang rantai tasbih. Ini kerana mereka mempercayai bahawa roh orang baik-baik dan alim ini bila disembah dan disajikan dapat memberikan pelindungan kepada penduduk kampung. Datuk Kong ini juga dikatakan dapat memberi kekayaan kepada sesiapa yang rajin membaca zikir atau mantranya berulang kali (seperti bertasbih) dan sesiapa yang rajin memuji-muji Datuk Kong akan diluaskan rezekinya, dilepaskan dari segala bentuk kesulitan dan lain-lainnya. Datuk Kong juga akan menunaikan hajat kepada sesiapa sahaja yang berdoa kepadanya. Dalam sesetengah upacara Datuk Kong akan dipanggil oleh bomoh Cina dengan cara menurun untuk berkomunikasi dengan penganut-penganutnya.           

b)      Kepercayaan adat: Kepercayaan kepada angka. Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi mereka angka memiliki eleman positif dan negatif. Hal ini tergolong dalam ketegori membawa tuah dan nasib. Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dalam banyak-banyak angka, angka yang dianggap negatif satu-satunya angka 4. Mereka mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yang membawa sial dan memiliki eleman yang negatif. Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (sì)=4 ia mempunyai bunyi yang sama dengan  (  ) yang membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam. Berlainan pula dengan angka (bā)= 8Mempunyai bunyi yang sama dengan (fā) yang membawa maksud kemewahan. Dalam dialek cantonese pulak, bunyi bā disebut sebagai ‘baat’ dan sama bunyinya dengan faat’yang bermakna masa depan yang cerah.Tidak hairanlah sekiranya mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki angka ini. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga ada sesetengah kaum Cina juga telah menolak kepercayaan ini dan mereka menganggapnya sebagai kepercayaan yang karut.  
[Dr. Hj. Ann Wan Seng]

 Menjelaskan Pantang Larang Kaum Cina:
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal, kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. 
a)      Sewaktu mengandung 
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung.  Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.
Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. 
Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
b)     Kelahiran:
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin.Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata-kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

c)      Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, lelaki Cina akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak-kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin. Pada masa dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak-anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oleh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu:
·         Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang- undang.
·         Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
·         Jamuan makan. Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan-kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu-tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya-baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna-warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

d)     Kematian
Upacara kematian yang melibatkan penziarahan dan penjagaan mayat biasanya berlangsung dari tiga hingga tujuh hari. Ini untuk membolehkan sanak saudara dan rakan taulan memberi penghormatan terakhir, selain menghadiri upaca pengebumian. Sumbangan wang dalam sampul putihbiasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam bentuk angka yang ganjil.

Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.

Dalam kebudayaan Cina, kematian selain melibatkan perbelanjaan wang yang besar jumlahnya, dianggap sebagai sesuatu yang “kotor/mencemarkan”, malah amat kotor dan mencemarkan sekali. Justeru itu, terdapat dua pihak yang terpaksa ‘bergelumang’ dengan kekotoran/ pencemaran yang membawa sial ini. Pertama ialah keluarga si mati, kedua ialah rakan taulan yang menziarah.

Sehubungan dengan kekotoran ini, mayat Cina diuruskan dengan penuh berhemat dan penuh teliti. Oleh itu, (orang Cina) mengambil langkah berhati-hati semasa berhadapan dengan hal kematian dan lebih-lebih lagi dengan mayat si mati. Untuk ini, ramai (orang Cina) yang berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat dalam keranda dari jarak yang dekat semasa memberi penghormatan terakhir takut-takut terlekat sial. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh mereka (orang Cina) yang mengziarahi. Ini kerana penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya, apatah lagi untuk diusung pada hari pengkebumian.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang diberi itu boleh dimakan.

e)      Perayaan
Majlis riang ria yang paling dinantikan oleh kaum Cina adalah tahun bharu. ia boleh dikatakan festival Cina yang paling penting dan yang paling meriah untuk diraikan selama 15 hari pada bulan pertama takwim Cina.

Perayaan tahun baru diadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan ahli keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru. Perayaan ini diserikan dengan adat orang tua memberi angpau kepada kanak-kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan rumah tangga. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik sepanjang tahun.

Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini, adalah untuk menghalau kuasa jahat seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara yang baik-baik. Kadang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang tahun dipenuhi rahmat dan hujan.

Mercun ikut dipasang untuk menghalau kuasa jahat selain menandakan kemeriahan perayaan tahun baru. Dan pada tahun baru juga terdapat buah yang sinonim dengan orang Cina iaitu limau. Juga menjadi amalan baik untuk membawa dua atau empat biji limau Mandarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa menziarahi pada perayaan tahun baru. Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Ini kerasa dalam bahasa sukuan Cina kantonis, nama/sebutan untuk limau menyerupai nama/sebutan untuk emas.   

f)       Pantang larang makan
Orang Cina amat mementingkan kesihatan dan makanan yang berkhasiat. Orang tua dilarang memakan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi. Mereka yang mempunyai luka pada badan tidak dibenarkan memakan udang dan ketam kerana mengakibatkan luka susah sembuh.
Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh putus kerana membawa petunjuk yang tidak baik. Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan. Orang Cina tidak digalakkan bercakap semasa makan. Mereka dilarang mengetuk mangkuk dan pinggan dengan penyepit.

Terdapat banyak kepercayaan Cina jika ingin disenaraikan. Ini kerana orang Cina akan mewarisi setiap kepercayaan daripada nenek moyang mereka. Jadi, tidak menjadi masalah untuk memahami kondisi mereka memandangkan ia adalah kepercayaan yang menyeluruh di dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini boleh dirujuk mana-mana buku yang disenaraikan di akhir perbincangan masalah ini juga boleh dirujuk kepada orang Cina sendiri.  
Setelah mengenal pasti kepercayaan dan pegangan orang Cina maka bolehlah dikritiskan dengan memahami kepincangan dalam agama mereka. Sebelum itu hendaklah mengetahui bagaimana kronologi agama Cina terbentuk.
Mengenal Pasti Masalah Dalam Agama Yang Dianut Oleh Cina:[1]

a)      Majoriti Cina non-muslim di Malaysia adalah penganut agama Buddha (Mahayana). Dalam falsafah Buddha ini terdapat beberapa kepincangan dasar dan salah satunya falsafah Buddha tidak memiliki penjelasan mengenai konsep ketuhanan dan juga penciptaan. Sebelum itu perlulah mengenali konsep agama yang dianut oleh orang Cina. Hal ini boleh dilihat dalam sejarah China dimana kronologi pencantuman tiga agama Cina berlaku iaitu agama Confusios, Taoisme dan Buddha. Hal ini dinamakan sebagai sinkretisme (ia adalah hasil daripada gnosticisme dibawah pecahan pluralisme) atau dikenali penyatuan aliran yang berbeza-beza. Orang Cina menggangap ketiga agama itu saling isi mengisi antara satu sama lain, yang satu menyempurnakan kekurangan yang lain. Bagi mereka yang hendak mengatur alam realiti akan merujuk kepada Confusios. Mereka yang mencarikan kehidupan yang romantik dan perhubungan alam ghaib akan merujuk kepada Taoisme. Manakala bagi mereka yang menempuh jalan ke akhirat akan merujuk Buddha. Pada hakikatnya memang tidak ada pertentangan atau percanggahan benterokan ketiga agama ini, kerana masing-masingnya seolah-olah berjalan mengikut lajurnya sendiri dan tidak memasuki lajur yang lain. Bagi mereka tiga agama itu mempunyai satu tujuan juga, iaitu hendak memberi kebahagian kepada manusia.

b)      Kaum Cina sangat fleksibel dan juga memiliki pegangan yang kukuh terhadap falsafah mereka. Sekira diteliti kembali sejarah perkembangan agama Buddha yang mana kronologi awal pengasasnya adalah Siddhartha Guatama Buddha yang lahir dari Kapilavastu terletak di sebelah utara India Tengah berhampiran dengan Nepal. Guatama Buddha pada awalnya adalah seorang penganut agama Hindu yang membawa pembaharuan di dalam agamanya. Setelah itu dia dipulaukan oleh golongan Brahma kerana dia didakwa sebagai seorang ahli bid’ah. Jelas disini bahawa Guatama Buddha adalah orang India dan membawa ideologi Hinduisme. Persoalan mula timbul, bagaimanakah orang Cina menerima agama Buddha sedangkan sejarah awal Buddha tidak ada kaitan dengan Cina? Sejarah menyatakan bahawa falsafah Buddha mula memasuki ke Cina pada 399 SM oleh seorang sami yang bernama Fa Hsien. Ini jelas bahawa kaum Cina sangat fleksibel sehingga dapat mengaplikasikan Buddha pada awalnya adalah India kepada budaya Cina.    

c)      Dalam agama Buddha memiliki kitab sucinya yang dinamakan Tri-Pitaka yang bermakna “tiga bakul”. Kitab ini ditulis dalam bahasa Pali, suatu bahasa yang mempunyai perkaitan rapat dengan bahasa Sanskrit. “Tripitaka” yang dalam bahasa Pali disebut Tipitaka adalah tiga gabungan tulisan penting yang terdiri daripada: Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka, dan Abhi-dhamma Pitaka yang ditulis dalam bentuk persajakan, memuatkan ajaran-ajaran mengenai kepelbagaian cawangan doktrin Buddha. Kitab agama Buddha ini sukar untuk diperolehi, jadi tidak hairanlah sekiranya ramai dari penganut agama Buddha tidak memilikinya. Ada juga segelintir dikalangan penganut agama Buddha tidak mengenali langsung kitab-kitab ini. Penafsiran kandungan kitab ini juga tidak banyak dinyatakan di dalam buku-buku terbitan kuil. Ini jelas menunjukkan bahawa pengamalan kaum Cina Buddha tidak bergantung terus kepada kitab agama mereka. Mereka lebih terikat dengan budaya orang dulu-dulu.

d)     Mengenai agama anutan kaum Cina ini masih lagi diperdebatkan oleh ilmuan perbandingan agama dan juga ahli falsafah. Terdapat dua kes, pertama ramai ilmuan menyatakan bahawa Buddha itu bukanlah suatu agama tetapi ia sekadar falsafah. Manakala ada juga dakwaan menyatakan Confusios dan Taoisme tidak lebih daripada kepercayaan orang Cina dan ia bukan agama. Kedua, terdapat penafsiran menyatakan bahawa gabungan ketiga-ketiga agama Cina ini (sinkritisme Confusios, Taoisme dan Buddha) tidak sepatutnya dinamakan sebagai agama Buddha seperti dilabelkan oleh kebanyakkan ilmuan. Ini seolah-olah mengetepikan sistem agama Confusios dan Taoisme dalam kepercayaan Cina yang mana tidak kurang hebatnya pengaruh mereka di dalam masyarakat Cina. Ada usul cadangan supaya menamakan kembali fahaman sinkritis ketiga-tiga agama ini.

Kesimpulan
Pada bahagian akhir bab dinyatakan perbincangan ‘kepincangan’ itu bukanlah bermaksud untuk mengkritik agama Buddha tetapi untuk memberi ruang perbincangan secara akedemik kepada mereka yang mengkaji agama Buddha dan budaya Cina. Sesungguhnya dapat disimpulkan bahawa orang Cina lebih mementingkan budaya daripada agama. Sebab itulah kaedah untuk berdakwah kepada orang Cina adalah penting untuk mendalami budaya dan adat mereka lebih-lebih lagi boleh berbahasa mandarin. Mereka (orang Cina) bersifat fleksibel dan mudah untuk didekati dan antara kaedah yang paling mesra yang sering diamalkan oleh para pendakwah adalah menjemput mereka ke restoran untuk menikmati hidangan beserta mengadakan dialog dan beramah mesra.
Pengetahuan dan pemahan yang dijelaskan secara ringkas diatas ini sudah tentu banyak membantu kita melakukan penyesuaian budaya dengan lebih baik lagi, khusunya dalam bentuk empati budaya (yakni pemahaman sesuatu kaum) serta relativity budaya (iaitu sesuatu budaya itu tidak sama dengan yang lain).
:: Intipati perbincangan ini diambil dari dua kertas kerja, pertama Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong (Felo Utama Institut Tamaddun Melayu) UKM bertajuk Sosiobudaya Masyarakat Cina Satu Analisis. Kedua kertas kerja Dr. Ann Wan Seng (Setiausaha Agung Kehormat MACMA Malaysia/ Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM) yang bertajuk Pantang Larang Masyarakat Cina.
Catatan, Ahmad Iqram Mohd Noor.
Penulis adalah seorang Pendakwah, Pengkaji Perbandinagn Agama, juga merupakan Siswa di KIAS). Boleh dihubungi melalui FB: https://www.facebook.com/ahmad.i.mohdnoor

Catatan Akhi Zulkifli (orang KB bertugas di Sandakan) yang menyertai seminar:

Kebudayaan cina,
Setia pada negara, taat pada ibubapa-lindungi keluarga.
Kerajinan dan kesungguhan.
Pemujaan dewa dan nenek moyang.
Aspek di atas -humanisme - persoalan manusia dan masyarakat.
Aspek kelahiran.
Pantang larang sebulan untuk ibu bersalin berehat.
Anak lahir umur sebulan, jamuan makan + ang pau sampul merah atau hadiah-balut kertas merah, merah jambu atau kuning.
Sambut hari lahir genap 60 tahun. Kejayaan. Jamu mee yang panjang usia panjang. Angpau jumlah wang genap.
Merah warna berkat-darah kehidupan, tangkis kuasa jahat.
Perayaan.
Festival tahun baru cina selama 15 hari. Jamuan, bersosial. Jamuan kumpul semula ahli keluarga mlm ambang tahun baru.

Catatan Ustaz Abdul Qadir Alnali;
Antara yang menarik dalam pembentangan Prof Teo tengahari tadi (kalau saya tak salah dengar...) ialah mengenai masa BALIGH masyarakat cina ialah setelah berkahwin. Sebelum kahwin dianggap kanak-kanak dan layak menerima angpau walaupun sudah berusia 80 tahun....???

YB Dato' Nik Mohd Ammar (TMB) dalam ucapan perasmian menyebut bahawa Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong. (Pembentang kertas: Budaya Cina Satu Analisis). Adalah Pejuang Bahasa Kebangsaan.
Prof. Pernah tegur pengurus The Red Warrior kerana dok guna bahasa orang putih..

*Kata AAM: Ambo sokong teguran tu. Mace la org Kelate ni tak dak bahasa.


Dibaca Oleh;
Abu Anas Madani.
PSD, 11 Syawal 1434H – 18 Ogos 2013.

Catatan Lawatan Abu Anas ke China boleh dibaca di sini;
Siri 1: http://www.abuanasmadani.com/?p=856
Siri 2: http://www.abuanasmadani.com/?p=870
Siri 3: http://www.abuanasmadani.com/?p=884


[1] Dalam perbincangan mengenai kepercayaan Cina termasuk dalam hal-hal spiritual ini sangat luas. Antara rujukan yang boleh disemak lihat Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin (1993) Dakwah Al-Quran Kepada Orang Bukan Islam: Suatu Kajian Khusus Terhadap Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina Wilayah Persekutuan, Tesis Ph.D, UMKL, hlm 174-216/ lihat Frena Bloomfield (1989). Book of Chinese Beliefs, Ballatine Book, US / lihat Victor Purcell penterjemah Nik Hasnaa Nik Mahmood (1997). Orang-Orang Cina di Tanah Melayu, Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia, Johor / Lihat Ann Wan Seng (1996). Kepercayaan Orang Cina, Fajar Bakti, Shah Alam. Selangor / lihat Lillian Too penterjemah Clara Herlina Kardjo (1995). Feng Shui, PT Elex Media Komputindo, Jakarta. Indonesia / lihat E.T.C Werner diterjemah Johan Japardi (2008). Mitos dan Lagenda China, PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta. Indonesia.

Catatan Rehlah Ke Istanbul & Umrah 2013 (siri 1)

$
0
0
Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ala Rasulillah...
1)      Alhamdulillah, pada hari Ahad, 26 Mei 2013, Abu Anas bermusafir ke Qastantin (Istanbul) melalui Abu Dhabi, kemudian ke Al-Madinah dan mengerjakan umrah di Tanah Haram Makkah.  Perjalanan bermula dengan bertolak dari Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu ke KLIA dengan MH 1397 pada jam 4.05pm.
Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jm5 pm. Seramai 40 orang yang  kebanyakkannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA. Sambil menunggu perjalanan seterusnya ke Abu Dhabi pada jam 2035, kami menikmati jamuan yang dibawa oleh anak ayah Uji, salah seorang jemaah Ash-har, jazahumullahu khaira.
[Siri 2 Catatan di10 Faedah Rehlah & Catatan Islah.]
Bismillah, pada  jam 8:45 malam, flight  EY411 bergerak. Rupanya KT ni bukan Etihad punya sepenuhnya, tapi Virgin Australia. Kira macam dua syarikat ni share, patutla tiada kedengaran bunyi bahasa Arab, hatta doa' as-Safar pun tiada..  Hmm hidangan arak diedarkan meriah benar, kita mohon perlindungan Allah dari kemurkaan-Nya..
Setelah terbang seketika AAM mula membelek nota yang ada.. sambil menunggu makanan... maklumlah kami duduk seat belakang, jam 10 lebih baru dapat nasi goreng, alhamdulillah.. selepas tu baru boleh tidur.
Selepas berada dalam flight selama 6 jam, alhamdulillah selamat tiba di Abu Dhabi International Airport pada jam 11.05 malam (waktu Dubai) untuk transit semalaman.
Jarak perjalanan yang telah dilalui hari ini ialah dari KL ke Abu Dhabi 5047km  +  KL – KB 542km = 5589 km. Kami ditempatkan di Hotel Radisson,  sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang yang  mewah. Di sini kami tidak berkesempatan dan tiada masa untuk keluar melawat hanya dari airport ke hotel kemudian kembali ke airport semula keesokan paginya.

27 Mei bertolak ke Istanbul dengan EY 0097 pada jam 0930.. Tiba di Istanbul jam 1315 (**).
Pagi ini jam 9.30 pg (waktu Dubai), 1.30 petang (waktu Malaysia) bertolak ke Istanbul, Turki dengan  EY 0097,  Etihad Airlines, syarikat semalam juga. Jarak masa perjalanan antara Dubai ke Istanbul  selama 4 jam 10 minit.  Alhamdulillah selamat iba di Istanbul Ataturk Airport,Turki pada jam 1.15 petang (waktu Turki). Subhanallah, cuaca nampak panas tapi udaranya sangat nyaman. Suhu di Istanbul ketika ini 21 degree celcius.
Fakta: Istanbul bukanlah ibu negeri Turki tapi Istanbul adalah bandar yang paling membangun & maju berbanding ibu negerinya, Ankara.
Turki merupakan negara yang sangat special kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang terdiri daripada 2 benua, Benua Eropah & Benua Asia. Bahagian benua Eropah lebih membangun dengan perniagaan manakala bahagian benua Asia lebih kepada penempatan penduduk Turki. Bosphorus merupakan tempat yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara serta yang memisahkan 2 benua ini.
Semasa pemerintahan Rom dahulu kala, ia dikenali sebagai Kota Constatinople. Namun apabila ia ditawan oleh al-Fateh, namanya di tukar menjadi Islambul yang bermaksud bandar Islam dan lama-kelamaan namanya bertukar menjadi Istanbul.
Istanbul merupakan salah satu bandar yang paling besar & paling sibuk di benua Eropah. Penduduk yang tinggal di bandar ini sahaja sudah seramai 16 juta penduduk dan seramai lebih kurang 2 juta pelancong yang datang ke bandar ini pada setiap tahun. Bandar yang penuh dengan sejarah & sangat cantik. Penuh dengan bukit bukau & lautan yg indah.

Tiba di Istanbul, rombongan kami di sambut oleh seorang tour guide, Mr. Burak.  Kami terus dibawa menaiki bas pelancong untuk makan tengahari. Dalam bas, Burak terus memperkenalkan Istanbul kepada kami.
Bas berhenti di pinggir jalan dan kami perlu berjalan kaki menaiki bukit untuk ke restoran. Agak memenatkan, tetapi memang persekitaran bandar di Istanbul ini kawasannya berbukit, mengingatkan ana kepada kawasan Ajyad yang berbukit di Makkah. Sekelilingnya penuh dengan bangunan-bangunan lama yang kini dijadikan deretan kedai menjual pelbagai cenderamata & makanan.
Setibanya kami di Restoran Tamara, kami dihidangkan dengan makanan Turki yg berkhasiat. Di Turki, mereka akan menghidangkan kepada kami 3 kali hidangan. Hidangan pertama ala-ala pembuka selera seperti roti @ salad @ sup, hidangan ke-2 makanan berat seperti nasi & ikan @ daging dan hidangan ke-3 pencuci mulut seperti buah-buahan @ aiskrim.

Hari pertama di Istanbul, Isnin 27 Mei:   
Selepas itu kami terus dibawa melawat ke tempat bersejarah yang pertama, iaitu Masjid

Sultan Ahmed  atau terkenal juga dengan panggilan Masjid Biru.
1)        Masjid Biru/Masjid Sutan Ahmed (Blue Mosque), Masjid yang ramai pelawat tapi tidak ramai yang solat, Allahul musta'aan..
Ia adalah Masjid yang paling besar & indah di Istanbul. Juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet. Dibina pd tahun 1609-1616. Masjid yang mempunyai 6 menara. Betapa hebatnya masjid ini pada zaman Sultan Ahmet, di dalamnya ada sekolah, hospital, Arasta Bazaar, madrasah, makam & air pancut awam. Namun sayang kerana hospital telah musnah pada abad ke-19. Bayangkan betapa besarnya masjid ini :)
Walaupun sudah banyak masjid dibina di Turki namun tetap x dapat menandingi kehebatan & keindahan dekorasi masjid ini. Betapa cantik masjid ini. Terdapat 5 pintu masuk yg dibuka di halaman luar masjid ini. Di setiap pintu tersebut, terdapat rantai yang tergantung. Dikatakan pada zaman dulu, Sultan datang ke masjid ini dengan menunggang kuda & akan mengikat kudanya di sini & masuk ke msjd bersama-sama dengan orang awam. Betapa tawadu'nya seorang khalifah.
Air pancut untuk wuduk berada di trngah-tengah halaman masjid ini. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini. 
Mengapa nama masjid ini Masjid Biru? Disebabkan oleh tile dan dekorasi dlm masjid ini yang kebanyakkannya berwarna biru. Tapi sekarang tile dah tukar warna merah. Guna karpet dah sekarang.   
2)        Muzium Topkapi, yang menjadi sebutuan sejak tahun mula belajar diperingkat MA di UIM, nama ini di sebut kerana terdapat khazanah 3500 makhtutat (manuskrip kitab lama) yang sangat berharga tersimpan di sini, Maktabah Ahmad ath-Thalith.. malangnya maktabah ini tidak dibenarkan untuk dilawati..

Istana Topkapi (Topkapi Palace).  Sebuah istana yang di bina sekitar tahun 1400 oleh Sultan Mehmed II dan didiami oleh sultan sehinggalah ianya di jadikan muzium atas arahan Mustafa Kamal Altartuk pada tahun 1924..istana ni banyak membantu dalam ketamadunan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ketika itu.  di istana ini tersimpan tapak kaki Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,pedang baginda,janggut baginda,cop mohor baginda..juga pedang milik Nabi Daud a.s,tongkat kayu milik Nabi Musa a.s,pedang perang khalifah Ar Rasyidin (semuanya dilarang ambil gambar)

Pelawat dibenarkan tengok pakaian, janggut dan senjata Nabi SAW...dan peninggalan Sultan Al-Uthmani...😴
Tempat ini merupakan pusat pemerintahan hampir 400 thn semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah & merupakan salah satu empayar terbesar di dunia. Namun apabila Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan pemerintahan khilafah, tempat ini dijadikan muzium. Hampir 2.5 juta pelancong datang ke sini setiap tahun.
Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet al-Fateh pd tahun 1453, tempat ini mula dibina sbg pusat pemerintahan. Tempat ini diberi nama Topkapi disebabkan oleh meriam-meriam besar yg berada di luar pintu utama istana ini. Istana ini dikelilingi dinding seluas 5 kilometer. Luas kan? Terdapat 28 menara di dalam istana ini. Pada zaman pemerintahan dahulu kala, 5,000 orang akan mengunjungi istana ini dari seluruh negara.
Namun, kebanyakkan bangunan istana ini telah musnah dalam kebakaran besar & gempa bumi pada abad 16 & 17.
3 pintu utama perlu dimasuki sebelum sampai ke dalam istana. Pintu Utama 1 juga dikenali sebagai Bab Humayun Door. Apabila kita memasuki pintu ini, kita dapat melihat kecantikan & keluasan halaman istana yg sgt indah. Rumput yg menghijau & bunga2 yg cantik menghiasi laman istana. 
Kemudian, kita akan masuk ke pintu utama yg ke-2, BabusSalam. Pintu ini telah dibina oleh Sultan Mehmet II (al-Fateh). Pintu ini juga dikenali sbg Central Door. Bermulalah pengembaraan kita di dalam muzium istana ini.
Menara pertama di sebelah kiri pintu utama merupakan penjara bg hamba high-level yg melakukan jenayah semasa zaman Uthmaniyyah. Dikatakan pemancung akan membasuh pedangnya selepas hukuman pancung dijalankan di air pancut depan pintu masuk. Selepas kita memasuki pintu BabusSalam, kita akan melihat taman seluas 130 meter.
Apabila Sultan berada di dalam istana, adalah dilarang utk bercakap di dalam halaman kedua istana ini walaupun halaman ini dibuka kepada org luar yg mengunjungi dapur istana.
Di sebelah kanan halaman istana, terdapat Palace Kitchen. Hampir 1,200 org yg bekerja di dapur ini. Pada setiap hari, dapur ini akan menyediakan 20,000 hidangan utk kerabat diraja.
Pintu yg ketiga dikenali sbg BabusSaded @ Akaghalar Door. Pintu ketiga terbesar di dalam istana ini. Maka, kita memasuki halaman ketiga istana. Di sebelah kiri terdapat reception hall di mana keputusan Mesyuarat oleh Sultan & duta2 dari seluruh negara Islam. Di sebelah kanan halaman pula terdapat sekolah istana. Namun sekarang digunakan sebagai pejabat pengurusan muzium.
Di dalam istana ini juga terdapat Imperial Treasury yg menempatkan pelbagai khazanah seluruh dunia Islam. Terdapat 4 bilik di tempat ini. Bilik pertama menempatkan takhta milik Sultan Murat IV, lilin & paip air emas, gold dinner sets, senjata dihiasi permata, tongkat dihiasi permata berharga pemberian German Emperor Wilhelm II & jubah Sultan Mehmed al-Fateh.
Bilik kedua menempatkan takhta Sultan Ahmet I abad ke-17 & the famous Topkapi Dagger (Pisau Topkapi) yg telah dihantar kepada Sultan Parsi, Sultan Nadir oleh Sultan Mahmud I. Namun apabila dalam perjalanan mereka mendapat berita Sultan mangkat, jd hadiah ini dipulangkan ke istana ini.
Bilik ketiga pula menempatkan Sudu yg diperbuat daripada emas @ dikenali sebagai Spoon Makers Diamond, lilin emas untuk makam Rasulullah & takhta emas pemerintah Mesir, Ibrahim Pasha yg dihantar ke Sultan Murat III pada abad ke-16.
Bilik keempat menempatkan takhta emas dihiasi 25,000 mutiara yg dihantar ke Sultan Mahmud I oleh Nadir Shah & beberapa khazanah daripada seluruh dunia.
Selain daripada itu, terdapat Holy Relics yg bermaksud Peninggalan Suci di dalam istana ini. Selepas Sultan Salim menguasai Mesir, beliau mendapat gelaran khalifah yg bermaksud ketua utk semua negara Islam di dunia dan membawa semua peninggalan suci Rasulullah ke Istanbul. Jadi, kami dapat melihat pedang baginda s.a.w & para sahabat seperti pedang Khulafah Ar-Rasyidin, Zubair al-Awwam, Khalid al-Walid & beberapa org lagi sahabat, tapak kaki Rasulullah s.a.w, janggut baginda s.a.w, jubah anak baginda, Saidatina Fatimah & cucu baginda s.a.w, Saidina Husin. Selain itu ada juga tongkat Nabi Musa a.s & serban Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah, sgt2 teruja. Satu lagi ada seorang hafiz sedang mengalunkan bacaan al-Quran. Subhanallah, bacaannya sgt merdu. Pada mula kami ingatkan sekadar rekod namun rupanya real.
Selain itu, di dalam istana ini ada satu library yg menempatkan 4000 manuskrip. Sedihnya kami tidak berpeluang memasuki library sebab tgh construction.

Hari ke 2 – Selasa 28 Mei
Hari ke 2 di Istanbul, selepas bersarapan pagi, majlis taaruf sesama ahli rombongan diadakan
1)        Selepas itu kami dibawa menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara tapi memisahkan dua benua.  Dari atas bot menelusuri Selat Bosphorus hampir 2 jam, melihat dari air keindahanalam serta kesan peninggalan Rom - Al Fatih,
Selat Bosphorus, sungai yang ketika dulu pernah menjadi kubu pertahanan Sultan Muhammad Al-Fateh menjaga Constantinople daripada serangan musuh juga digunakan Al-fateh sebagai satu taktik untuk menawan kota Constantinople. Jambatan Bophorus merupakan jambatan tercantik di Turki, antara yang terpanjang di Eropah dan di dunia. Menghubungkan antara Eropah dan Asia, jika dilihat dari jauh bentuknya nampak sangat nipis dan unik sekali.


2)        Selepas itu ke Spice Market yang dikenali juga Suq Misir atau Egyptian Bazaar, iaitu tempat menjual kuih-muih (Turkish Delight)dan rempah-ratus. Spice Market ini pada zaman Byzantine, merupakan pusat dagangan. Banyak rempah-ratus dari Mesir dijual di sini. Mula dibuka pada tahun 1660. Hampir 80 kedai ada di sini. Berbentuk L dan ada 6 pintu masuk. Antara yg menarik di sini, ada pelbagai jenis teh, teh diabetes, darah tinggi, sakit perut, bahkan teh cinta pun ada.

3)         Kami kemudiannya dibawa ghada’(lunch) di Restoran Neptune Balik,  makan ikan bakar di bawah jambatan.Balik dalam bahasa Turki bermaksud ikan.
4)        Selepas solat Zuhur & Asar di Jami' Ayasofia,  ana sempat memberi tazkirah ringkas. Tempat kuliah di masjid di Istanbul ini agak unik, ia dibina tinggi, pengkuliah kena naik tangga.

5)        Akhirnya kami ke Muzium Aya Sofya yg menjadi rebutan antara dua agama iaitu Islam & Kristian.. Dari sebuah gereja yang dibina pada zaman Byzantine, sejarahnya cukup unik, ketika Al-Fateh berjaya menawan Constantinople,baginda telah menukarkan Hagia Sophia daripada sebuah gereja kepada sebuah masjid yang cukup agung ketika itu. Namun hari ni setelah hampir 4 abad, kini ia menjadi tempat pelancongan, dijadikan sebagai sebuah muzium lambang kejayaan empayar Islam, untuk masuk ke dalamnya kita perlu membeli tiket.
Sejarah ringkas tentangHagia Sophia @ Ayasofya:
Sejarahnya sangat menarik. Ayasofya yang bermaksud Holy Wisdom, merupakan gereja & tempat yang paling suci pada zaman Byzantine. Ayasofya telah dijadikan gereja selama 916 tahun sejak pembinaannya pada tahun 537 sehinggalah Istanbul ditawan. Pada tahun 1934, orang Islam diketuai oleh al-Fateh berjaya menjadikan Ayasofya sebagai masjid selama 481 tahun. Namun sejak pemerintahan at-Attaturk, pada Februari 1935 dia mengumumkan Ayasofya sebagai muzium. Moga suatu hari nanti, Ayasofya dapat dijadikan sebagai masjid semula, amin.
Kali pertama dibina namun telah musnah dalam kebakaran akibat huru-hara yg berlaku. Kemudian dibina semula namun perkara sama berlaku apabila bangunan asal musnah dalam huru-hara Nike Riot berlaku. Dibina sekali lagi dan gereja tersebut kekal sehingga zaman al-Fateh. Beliau berjaya menukar gereja ini menjadi masjid pada hari selasa & pada hari jumaat yang pertama (3/6/1453) terus Solat Jumaat pertama di lakukan secara rasmi di masjid ini. Betapa hebat & beraninya beliau, subhanallah. Masih adakah pemimpin & pemuda sebegini? Mantap Ibadah, Mantap Iman, Mantap Kepimpinan. Berjaya menawan Kota Constantinople pada usia 19 tahun. Sangat layak digelar sebagai sebaik-sebaik pemimpin.
Apabila Ayasofya berjaya dijadikan masjid, semua berhala dikeluarkan namun al-Fateh meninggalkan satu lukisan yang paling besar dan paling utama. 
Bayangkan masjid yang ada nama ALLAH & Rasulullah & masa yang sama juga ada lukisan al-Masih. Antara yang menarik juga dlm Ayasofya, ada suatu tempat di mana tempat Sultan beribadat. Nak buktikan betapa kuatnya hubungan pemerintah seperti Sultan Mehmed al-Fatih dengan ALLAH. Sebab itu beliau tak rasa hebat sebab beliau sedar ada yang lagi hebat yang menguasainya. Subhanallah.

6)        Selepas itu kami ke Grand Bazaar di mana tempat membeli-belah yang terbesar di Istanbul. Grand Bazaar (Kapalicarsi)  Grand Bazaar Istanbul merupakan bazaar tertutup yang tertua dan terbesar di Dunia. Ianya merangkumi hampir 3000 kedai dan dikunjungi hampir 250000 hingga 400000 orang pengunjung setiap hari..cukup mengagumkan.
Ribuan gerai yang ada di sini menjual pelbagai hiasan, cenderahati, Turkish Delight, pakaian, pashmina, makanan & pelbagai barangan lagi.

7)        Lepas ni kami akan ke Restoran Golden Hornuntuk dinner.Golden Horn merupakan kawasan di mana tentera al-Fateh mengangkut kapal-kapal mereka menaiki bukit dalam satu malam. Suatu kerja di luar akal logik kita. Kekuatan dalaman (iman) mereka mempengaruhi kekuatan luaran mereka. Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH.

Hari ke 3 – Selasa 29 Mei.
Hari ini hari ke 3 kami berada di Istanbul, kebetulan dengan sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Kota Kostantinopal, 29 Mei 1453M.

1)      Kebetulan juga pagi ni kami akan menziarahi Masjid al-Fateh, iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota Constantinople. Sementara menunggu bas datang ana memberi pengisian untuk para jemaah, tentang sejarah pemerintahan Islam da al-Fateh.

Ktbh AAM; Sejarah Pembukaan Kota Qastantin Oleh Sultan Muhammad al Fatih Pada 29-05-1453M
Lihat di: Khutbah di sini

Masjid al-Fateh, iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota Constantinople. Tapak masjid ini adalah bekas tapak gereja St. Apostoli. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul selepas Masjid Sulaiman. Masjid ini pernah musnah dalam gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1766 & dibina semula sehingga tahun 1771. Di dalam halaman masjid ini terdapat air pancut sebagai minuman. 
Di sebelah masjid ini terdapat University al-Fateh iaitu universiti pertama yang dibina selepas penaklukan Kota Constantinople. Di dalamnya terdapat banyak madrasah, pepustakaan, sekolah rendah, penubuhan kebajikan, rumah memasak & hospital. Namun, kami tidak dapat masuk ke dalam kerana sedang dibaik pulih. Jadi, tengok dari luar je.
Next, kami gerak ke belakang masjid. Rupa-rupanya maqam al-Fateh di sini. Kebetulan hari ni merupakan ulang tahun pembebasan Kota Constantinople daripada Kerajaan Rom yang ke 560 tahun. Ramai betul orang di sini. Subhanallah. Berasak-asak berebut nak masuk dalam bangunan yg kecil ini sebab maqam ni diletakkan dalam bangunan. Disebabkan terlalu ramai & terlalu sesak di dalam bangunan, semasa saya baru nak masuk, tetiba polis yang jadi penjaga bangunan ni tak bagi dah kami masuk. Jadi, kami tak dapat masuk:( Sedihnya. Dah la datang dari jauh. Tengok dari luar juga maqam al-Fateh. 

2)      Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Masjid Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.
Siapakah gerangan Abu Ayyub ni? Haaa, ingat tak semasa hijrah Nabi s.a.w ke Madinah, rumah beliau la yg Rasulullah tinggal semasa mula-mula Rasulullah sampai di Madinah. Ketika ramai orang Islam berebut mengajak Rasulullah menginap di rumah mereka semasa p'hijrahan Nabi s.a.w, Abu Ayyub mengheret unta Rasulullah sehingga di depan rumahnya. Lalu Rasulullah bersabda, org yg bermusafir mengikut barangannya. Maksudnya di mana unta & barang Rasulullah berhenti, di situlah Rasulullah akan menginap. Jadi, rumah beliaulah pilihan Nabi s.a.w.
Abu Ayyub al-Ansari @ nama sebenarnya Khalid bin Zaid. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menawan Kota Constantinople. Sanggup berhijrah dari Madinah ke Constantinople & akhirnya tiba di sini pada usia 80 tahun. Betapa bersemangatnya pejuang Islam ini. Wasiatnya sebelum meninggal dunia, jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan Kota Constantinople. [Lihat: http://islamstory.com/ar/أبو_أيوب_الأنصاري ]
Semasa peperangan berlaku antara tentera Islam & tentera Rom merebut kota ini, 2 hari sebelum pelancaran serangan terhadap tentera Rom, semua tentera Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan rohani sangat kuat dalam diri mereka. Subhanallah. Dalam tempoh ini juga, para khatib di semua masjid dikehendaki menyuntik semangat para mujahideen dari kisah Abu Ayyub al-Ansari yg mempunyai semangat yang kental bermusafir dari jauh semata-mata untuk membebaskan kota ini & ingin menjadi pemimpin & tentera yang terbaik. 
Kami solat zohor & asar di sini, namun sebelum itu kami sempat singgah menziarahi maqam beliau (kalau benar) di belakang masjid.
 [Kanak-kanak yng nak berkhitan]

3)      Kemudian kami terus bertolak ke tempat seterusnya iaitu Muzium Tentera. Muzium ini telah dibina sejak tahun 1959. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis senjata, helmet, uniform & peralatan yg digunakan tentera Turki sejak abad ke-12 sehingga perang Korea. Terdapat juga banyak lukisan yg menggambarkan & menceritakan keadaan peperangan yang berlaku suatu ketika dahulu di Turki & pelbagai jenis bendera, medal & senjata yang dirampas daripada pihak musuh mereka.
Sebenarnya niat kami pergi ke Muzium ini untuk melihat sejarah sebenar Kota Constantinople tapi muzium ini lebih menceritakan mengenai pemerintah mereka iaitu Mustapha Kamal Attaturk. Sehinggakan disediakan satu bilik yg menceritakan sejarah hidupnya sedangkan utk al-Fateh sekadar ruangan biasa. Kami melihat kesan-kesan sejarah Turki daripada muzium ini.

4)      Tempat lawatan kami yang terakhir di Istanbul ini ialah Taksim Square. Tempat ni terletak di penghujung Istiklal Street iaitu salah satu pusat membeli-belah yang paling sibuk di Istanbul. Dinamakan Taksim sempena nama sebuah bangunan yang menyalurkan air ke beberapa daerah suatu masa dahulu.
Di tengah-tengah Taksim Square, anda akan melihat Monumen Republik setinggi 12 meter yang telah di bina pada 1928 oleh seorang arkitek Itali. Monumen ini sebagai simbol Independence War & asas Republik ini. Terdapat sebuah bangunan yang besar di sekitar tempat ini yg telah dibina pada 1950 iaitu Pusat Kebudayaan Atatturk. Bangunan ini telah dibina semula selepas kebakaran yg berlaku pada tahun 1970. Terdapat konsert, dewan pameran & panggung wayang di dalam bangunan ini. Selain itu, terdapat juga sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Marmara Hotel di sekitar tempat ini. Ada sebuah taman yang cantik di sebelah square ini yg dinamakan Taksim Trip. Di bahagian sebelah kiri Istiklal Street terdapat St. Trias Church yang telah dibina sejak tahhun 1880 dan masih kekal sehingga sekarang. Jika anda melalui Istiqlal Street anda akan melihat jalan utk Taksin Tunnel yang menjadi pengangkutan utk rakyat di sini bergerak ke tempat lain

Perhatian: Pada masa kami berada di tempat ini kelihatan banyak truk FRU Turki yang berkawal, rupanya itulah permulaan demonstrasi golongan secular yang ingin menentang pentadbiran Erdogan. Kami dapat tahu cerita ini setelah berada di Madinah, Alhamdulillah kami semua selamat.

Hari ke 4 - 30 Mei
Pagi ini kami bersiap awal & bergerak ke Attaturk Airport pada jam 8.00 pagi menuju ke Jeddah dan seterusnya ke Bumi Berkat Al-Madinah Al-Munawwarah.
Selamat tinggal Turki, bumi yang kaya dengan sejarahnya tersendiri. Wallahualam.
Moga ALLAH berkati musafir kami ini. Jumpa lagi.

Catatan Rehlah Ke Istanbul (siri 2) 10 Pengajaran Hasil Daripada Ziarah Kami Di Bumi Istanbul.

$
0
0
Catatan Nurul Islah Hj Ismail, yang menyertai rombongan Abu Anas ke Istanbul & Umarah 2013 dan beliau ditugaskan sebagai pencatat perjalanan rehlah.
Di bawah ini ialah 10 Faedah & Pengajaran Hasil Daripda Ziarah Kami Di Bumi Istanbul.
1. Kepentingan didikan yang  betul.
Didikan yang diberikan guru kepada anak murid membawa impak yang besar dalam  hidup murid tersebut. Seperti yang dilakukan oleh guru Al-Fateh yang merotannya tanpa sebab menyebabkan al-Fateh berfikir & menyimpan hasrat membuktikan dia bukan seorang yang boleh dizalimi. Dia bangkit untuk merealisasikan hasrat ayahnya untuk menjadi sebaik-baik pemimpin seperti yg telah disebut oleh Rasulullah s.a.w & menawan Kota Constantinople.
[Siri 1 Catatan diRehlah ke Istanbul. ]


2. Mohon pertolongan ALLAH adalah sesuatu yang paling utama.
Suatu hari, Al-Fateh ingin bertemu dengan gurunya namun dihalang oleh pengawal gurunya kerana waktu itu waktu yang tak dibenarkan sesiapa pun bertemu gurunya. Gurunya ingin bersendirian. Namun, Al-Fateh tak puas hati & menghunuskan pedangnya membelah kain khemah gurunya itu. Alangkah terkejut Al-Fateh apabila melihat gurunya sedang sujud menangis merayu kepada ALLAH. Apabila kita menjaga hubungan dengan ALLAH, pasti pertolongan ALLAH untuk kita peroleh. Hari tersebut merupakan sehari sebelum al-Fateh ingin melancarkan peperangan ke atas tentera Rom untuk menakluk kota tersebut.

3. Ibu bapa mesti menanam azam yang baik ke dalam diri anak-anak & melihat potensi mereka
Sebagai ibu bapa, tanamlah semangat roh Islam ke dalam diri anak-anak supaya mereka bersemangat untuk berjuang mempertahankan Islam. Dalam masa yang sama lihat potensi & kelebihan yang ada dalam diri anak-anak. Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya. Seperti ayah al-Fateh, walaupun anaknya ini seorang kanak-kanak yang agak nakal namun dari kecil lagi al-Fateh sudah di tanam dengan semangat untuk menawan kota Constantinople & menjadi seperti yang  Rasulullah katakan. Selain itu, ayahnya juga dapat melihat jiwa kepahlawanan dalam diri al-Fateh.

4. Strategi yang tersusun sangat penting dalam hidup
Memetik kata-kata Saidina Ali, 'Perancangan yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun'. Betapa hebat & tersusnnya perancangan Al-Fateh ketika serangan menawan kota ini menyebabkan mereka memperoleh kemenangan. Di samping kebergantungan & hubungan yang kuat mereka dengan ALLAH s.w.t.

5. Melihat & memerhati & memahami bagaimana kehebatan seorang anak muda berusia 19 tahun menawan sebuah kota yang dikuasai oleh satu kuasa besar. Subhanallah.
Anak muda zaman kini, pada usia 20 tahun, apa jasamu pada agama? Fikir-fikirkan & ayuh bangkit!!

6. Melihat impak besar yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat.
Kini, sejarah al-Fateh tinggal kenangan. Turki moden sudah jauh dipengaruhi oleh kuasa Barat apabila seorang pelaknat agama, Mustapha Kamal Ataturk menguasai negara ini. Negara yang dahulunya menjadi rujukan negara-negara Islam seluruh dunia kini tinggal sejarah. Namun alhamdulillah kehadiran seorang pejuang agama, Ali Adnan Ertekin Menderes telah banyak mengubah semula Turki menjadi sebuah negara Islam semula. Sedikit kisah mengenai beliau:
·Dilahirkan di Aydin pada tahun 1899
·Meninggal di Imrali pada 17 September 1961  (semasa usia 62 tahun)
·Seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960.
·Pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.
Pada suatu hari, beliau menaiki sebuah pesawat. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika ALLAH selamatkan dirinya, beliau berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.
Jadi, beliau melunaskan nazarnya itu. Beliaulah orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.
Pada tahun 1950 beliau menjadi calon untuk pilihanraya Turki mewakili Parti Demokrat. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:
- Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
- Ibadah haji diizinkan.
- Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
- Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Dan hasilnya sangat mengejutkan! Parti Attaruk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki.
Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.
Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyeru agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Selain itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel sama ada kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.
Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk yg banyak menikmati huluran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.
Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah kebijakkan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki."
Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung
Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan dan sehingga penghujung tahun 2006. Benih-benih dakwah Menderes muncul seperti Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.
Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tiada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi. [Rujukan: FB Sadiqah Desa]

7. Dapat melihat bagaimana kesan kejatuhan Islam kepada pemuda
Semasa ziarah kami di Turki, kebetulan ada sekumpulan remaja melakukan demostrasi menentang kerajaan kerana kerajaan akan mengehadkan penjualan arak di dalam negara ini. Golongan yang menentang ini merupakan pemuda Islam. Lihat! Betapa rosaknya akhlak & aqidah para pemuda ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh pengharaman arak di dalam al-Quran. Ini semua berpunca daripada idea Atatturk yang menghalalkan segala yang haram di Bumi Turki ini. Sampai kini kesannya kita dapat lihat. Belum bercakap isu pakaian remaja mereka. Lebih kurang sahaja seperti para remaja di Malaysia. Bangkitlah wahai pemuda Islam! Klau bukan SEKARANG, bila lagi & kalau bukan KITA siapa lagi?

8. Dapat menikmati makanan mereka yang sangat berkhasiat & langsung tidak berminyak.
Lihatlah apa yang kami makan di sana. Boleh kurus sebulan kami di sana.

9. Menambah ilmu pengetahuan & pengalaman
Terdapat ayat Quran yang minta kita bermusafir.
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ (137) هَذَا بَيَانٌ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ (138)
Maksudnya: “Sesungguhnya Telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah[yang dimaksud dengan sunnah Allah di sini ialah hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan rasul]; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
 (Al Quran) Ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. [Aali ‘Imran: 137-138]

10. Lihat kehebatan ALLAH mencipta makhluknya yg sangat cantik
أَوَلَمْ يَرَوْا كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (19)قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآَخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20)
Maksudnya: “Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi [Allah membangkitkan manusia sesudah mati kelak di akhirat] Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”[Al-Ankabut 19-20].
Wallahualam. Segala yang baik datang daripada ALLAH & segala yang kurang dari diri yg banyak kelemahan ini. Moga bermanfaat & diredhaiNYA, Ameen.

Catatan Penuh rehlah;
 Kembara Ilmu M'cari RedhaNya @ Istanbul, Turki.
Bismillah, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga ALLAH redha. Alhamdulillah atas segala ni'matMu.
Bermula hari ini 26 Mei 2013 sehingga 30 Mei 2013 (4 hari 3 mlm), kembaraku b'sama keluarga ke Bumi al-Fateh, Kota Constantinople.
Sabda Rasulullah s.a.w: 'Kota Constantinople pasti akan ditawan oleh seorang pemimpin, dialah sebaik-baik pemimpin & tenteranya sebaik-sebaik tentera'.
26/5/2013, (Ahad)
Semua ahli rombongan seramai 40 orang yang kebanyakkannya dari Kelantan dan Selangor mengikuti rombongan ini di bawah kelolaan Syarikat Ash-Har Travel Sdn. Bhd mula berkumpul di KLIA ditemani dengan keluarga masing-masing seawal jam 4 petang (waktu Malaysia).
Rombongan ini diketuai oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, seorang yang kaya dengan ilmu Sirah Islam & dibantu oleh abg Saiful yang banyak pengalaman dalam dunia travelling. Check-in jam 7 malam & flight akan bertolak jam 8.30 mlm.
Berada dalam flight selama 6 jam dan alhamdulillah selamat tiba di Abu Dhabi International Airport jam 11.05 malam (waktu Dubai) untuk transit semalaman. Kami bermalam di Hotel Radisson, Dubai. Alhamdulillah hotel bertaraf 5 bintang & sangat mewah, 2 orang sebilik. Namun, sedikit sedih sebab tak berkelapangan berkunjung ke bandar yang penuh dengan cahaya ini. Hanya ni je kenangan kami di Dubai. Cantik pemandangannya dari dalam bilik hotel kami. Subhanallah!
27/5/2013, (Isnin)
Pagi ini jam 9.30 pg (waktu Dubai), 1.30 petang (waktu Malaysia) bertolak ke Istanbul, Turki menaiki Etihad Airlines. Jarak masa perjalanan antara Dubai ke Turki selama 4 jam 10 minit. Setibanya di Istanbul Ataturk Airport, Turki tepat jam 1.40 petang (waktu Turki) di sambut oleh tour guide kami, Mr. Burak. Subhanallah, cuaca nampak panas tapi udaranya sangat nyaman. Rupa-rupanya suhu sekarang 21 degree celcius.
Kami dibawa menaiki bas pelancong untuk lunch. Dalam bas, Burak petah memperkenalkan Istanbul kepada kami.
Istanbul bukanlah ibu negeri Turki tapi Istanbul adalah bandar yang paling membangun & maju berbanding ibu negerinya, Ankara. Turki merupakan negara yang sangat special kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang terdiri daripada 2 benua, Benua Eropah & Benua Asia. Bahagian benua Eropah lebih membangun dengan perniagaan manakala bahagian benua Asia lebih kepada penempatan penduduk Turki. Bosphorus merupakan tempat yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara serta yg memisahkan 2 benua ini.
Semasa pemerintahan Rom dahulu kala, ia dikenali sbg Kota Constatinople. Namun apabila  ia ditawan oleh al-Fateh, namanya di tukar menjadi Islambul yang bermaksud bandar Islam dan lama-kelamaan namanya bertukar menjadi Istanbul.
Istanbul merupakan salah satu bandar yang paling besar & paling sibuk di benua Eropah. Penduduk yang tinggal di bandar ini sahaja sudah seramai 16 juta penduduk dan seramai lebih kurang 2 juta pelancong yg datang ke bandar ini pada setiap tahun termasuklah kami hari ini :) Bandar yang penuh dengan sejarah & sangat cantik. Penuh dengan bukit bukau & lautan yg indah.
Bas memberhentikan kami di suatu tempat. Kata Burak, kami perlu menaiki bukit untuk ke restoran. Penat juga menaiki bukit tapi disebabkan rasa excited, kami x kisah. Sekeliling kami penuh dengan bangunan-bangunan lama yang kini dijadikan deretan kedai menjual pelbagai cenderahati & makanan.
Setibanya kami di Restoran Tamara, kami dihidangkan dengan makanan Turki yg berkhasiat. Di Turki, mereka akan menghidangkan kepada kami 3 kali hidangan. Hidangan pertama ala-ala pembuka selera seperti roti @ salad @ sup, hidangan ke-2 makanan berat seperti nasi & ikan @ daging dan hidangan ke-3 pencuci mulut seperti buah-buahan @ aiskrim.
Next journey to the first historical place, Blue Mosque.
Masjid yang paling besar & indah di Istanbul. Juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet. Dibina pd tahun 1609-1616. Masjid yang mempunyai 6 menara. Betapa hebatnya masjid ini pada zaman Sultan Ahmet, di dalamnya ada sekolah, hospital, Arasta Bazaar, madrasah, makam & air pancut awam. Namun sayang kerana hospital telah musnah pada abad ke-19. Bayangkan betapa besarnya masjid ini :)
Walaupun sudah banyak masjid dibina di Turki namun tetap x dapat menandingi kehebatan & keindahan dekorasi masjid ini. Betapa cantik masjid ini. Terdapat 5 pintu masuk yg dibuka di halaman luar masjid ini. Di setiap pintu tersebut, terdapat rantai yang tergantung. Dikatakan pada zaman dulu, Sultan datang ke masjid ini dengan menunggang kuda & akan mengikat kudanya di sini & masuk ke msjd bersama-sama dengan orang awam. Betapa tawadu'nya seorang khalifah.
Air pancut untuk wuduk berada di trngah-tengah halaman masjid ini. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini. 
Mengapa nama masjid ini Masjid Biru? Disebabkan oleh tile dan dekorasi dalam masjid ini yang kebanyakkannya berwarna biru. Tapi sekarang tile dah tukar warna merah. Guna karpet dah sekarang.   
Selepas selesai solat zohor di Masjid Biru, kami meneruskan perjalanan ke tempat bersejarah yang ke-2, Topkapi Palace, tempat bersejarah yang paling terkenal di Turki. Ia berada di hadapan Masjid Biru, belakang Aya Sophia. Hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja.
Tempat ini merupakan pusat pemerintahan hampir 400 tahun semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah & merupakan salah satu empayar terbesar di dunia. Namun apabila Mustafa Kamal Ataturk menjatuhkan pemerintahan khilafah, tempat ini dijadikan muzium. Hampir 2.5 juta pelancong datang ke sini setiap tahun.
Selepas penaklukan Kota Constantinople oleh Sultan Mehmet al-Fateh pada tahun 1453, tempat ini mula dibina sebagai pusat pemerintahan. Tempat ini diberi nama Topkapi disebabkan oleh meriam-meriam besar yang berada di luar pintu utama istana ini. Istana ini dikelilingi dinding seluas 5 kilometer. Luas kan? Terdapat 28 menara di dalam istana ini. Pada zaman pemerintahan dahulu kala, 5,000 orang akan mengunjungi istana ini dari seluruh negara.
Namun, kebanyakkan bangunan istana ini telah musnah dalam kebakaran besar & gempa bumi pada abad 16 & 17.
3 pintu utama perlu dimasuki sebelum sampai ke dalam istana. Pintu Utama 1 juga dikenali sebagai Bab Humayun Door. Apabila kita memasuki pintu ini, kita dapat melihat kecantikan & keluasan halaman istana yang sangat indah. Rumput yang menghijau & bunga-bunga yang cantik menghiasi laman istana. 
Kemudian, kita akan masuk ke pintu utama yang ke-2, BabusSalam. Pintu ini telah dibina oleh Sultan Mehmet II (al-Fateh). Pintu ini juga dikenali sebagai Central Door. Bermulalah pengembaraan kita di dalam muzium istana ini.
Menara pertama di sebelah kiri pintu utama merupakan penjara bagi hamba high-level yang melakukan jenayah semasa zaman Uthmaniyyah. Dikatakan pemancung akan membasuh pedangnya selepas hukuman pancung dijalankan di air pancut depan pintu masuk. Selepas kita memasuki pintu BabusSalam, kita akan melihat taman seluas 130 meter.
Apabila Sultan berada di dalam istana, adalah dilarang utk bercakap di dalam halaman kedua istana ini walaupun halaman ini dibuka kepada org luar yang mengunjungi dapur istana.
Di sebelah kanan halaman istana, terdapat Palace Kitchen. Hampir 1,200 orang yang bekerja di dapur ini. Pada setiap hari, dapur ini akan menyediakan 20,000 hidangan untuk kerabat diraja.
Pintu yang ketiga dikenali sebagai BabusSaded @ Akaghalar Door. Pintu ketiga terbesar di dalam istana ini. Maka, kita memasuki halaman ketiga istana. Di sebelah kiri terdapat reception hall di mana keputusan Mesyuarat oleh Sultan & duta-duta dari seluruh negara Islam. Di sebelah kanan halaman pula terdapat sekolah istana. Namun sekarang digunakan sebagai pejabat pengurusan muzium.
Di dalam istana ini juga terdapat Imperial Treasuryyang menempatkan pelbagai khazanah seluruh dunia Islam. Terdapat 4 bilik di tempat ini. Bilik pertama menempatkan takhta milik Sultan Murat IV, lilin & paip air emas, gold dinner sets, senjata dihiasi permata, tongkat dihiasi permata berharga pemberian German Emperor Wilhelm II & jubah Sultan Mehmed al-Fateh.
Bilik kedua menempatkan takhta Sultan Ahmet I abad ke-17 & the famous Topkapi Dagger (Pisau Topkapi) yang telah dihantar kepada Sultan Parsi, Sultan Nadir oleh Sultan Mahmud I. Namun apabila dalam perjalanan mereka mendapat berita Sultan mangkat, jadi hadiah ini dipulangkan ke istana ini semula.
Bilik ketiga pula menempatkan Sudu yang diperbuat daripada emas @ dikenali sebagai Spoon Makers Diamond, lilin emas untuk makam Rasulullah & takhta emas pemerintah Mesir, Ibrahim Pasha yang dihantar ke Sultan Murat III pada abad ke-16.
Bilik keempat menempatkan takhta emas dihiasi 25,000 mutiara yang dihantar ke Sultan Mahmud I oleh Nadir Shah & beberapa khazanah daripada seluruh dunia.
Selain daripada itu, terdapat Holy Relics yang bermaksud Peninggalan Suci di dalam istana ini. Selepas Sultan Salim menguasai Mesir, beliau mendapat gelaran khalifah yang bermaksud ketua untuk semua negara Islam di dunia dan membawa semua peninggalan suci Rasulullah ke Istanbul. Jadi, kami dapat melihat pedang baginda s.a.w & para sahabat seperti pedang Khulafah Ar-Rasyidin, Zubair al-Awwam, Khalid al-Walid & beberapa orang lagi sahabat, tapak kaki Rasulullah s.a.w, janggut baginda s.a.w, jubah anak baginda, Saidatina Fatimah & cucu baginda s.a.w, Saidina Husin. Selain itu ada juga tongkat Nabi Musa a.s & serban Nabi Ibrahim a.s. Subhanallah, sangat-sangat teruja. Satu lagi ada seorang hafiz sedang mengalunkan bacaan al-Quran. Subhanallah, bacaannya sangat merdu. Pada mula kami ingatkan sekadar rekod namun rupanya real.
Selain itu, di dalam istana ini ada satu libraryyang menempatkan 4000 manuskrip. Sedihnya kami tidak berpeluang memasuki library sebab tengah construction.
Jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Istana ini akan di tutup jam 6.30 petang, jadi kami antara pengunjung paling akhir. Waktu dah petang tapi hari masih cerah. Rupa-rupanya maghrib di sini jam 8.30 malam & Isya' jam 10 malam tapi subuhnya awal jam 3.00 pagi. Lepas ni kami akan pergi dinner & balik ke Hotel Abel untuk berehat selepas sehari suntuk berjalan.
28/5/2013, (Selasa)
Pagi ini selepas breakfast cereal & buah-buahan tadi, ada majlis taaruf. Kami la ahli famili paling ramai. 7 orang. Gembira dapat kenal dengan semua walaupun masih x ingat lagi nama semua. Xde yang sama umur dengan saya. Xpe yang penting jauh perjalanan, luas pandangan.
Hari ni kami menaiki feri menyeberangi Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam & Laut Marmara tapi memisahkan 2 benua. Hebat kan? Betapa cantik ciptaan ALLAH. Sebab itu ALLAH minta kita bermusafir supaya dapat melihat kebesaran ALLAH & meningkatkan lagi keimanan kita. Istanbul ni memang betul-betuk sibuk tak kira di laut dengan kapal-kapalnya, di udara dengan helikopter & kapal terbang juga di daratan yang tak habis-habis dengan jammed.
Next, kami ke Spice Market. Jom kita beli Turkish Delight. Best ke? Kita cuba dulu. Tak sangka rakyat di Turki ni sangat kenal Malaysia, Kuala Lumpur. Wah! Bagus2. Boleh cakap Melayu sikit-sikit.Spice Market ni sebenarnya dulu masa zaman Byzantine, merupakan pusat dagangan. Banyak rempah-ratus dari Mesir dijual di sini. Juga dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Mula dibuka pada tahun 1660. Hampir 80 kedai ada di sini. Berbentuk L dan ada 6 pintu masuk. Antara yg menarik di sini, ada pelbagai jenis teh. Teh diabetes, darah tinggi, sakit perut, teh cinta pun ada. 1001 teh la ada kat sini. Subhanallah, hebat kan? :) Cheese kat sini pn besar-besar. 
Next kami lunch di Restoran Neptune Balik. Balik dalam bahasa Turki bermaksud ikan.
Kemudian kami zohor di Masjid Little Aya Sophia.Bentuk masjid kat sini lebih kurang je. Tak banyak beza.
Tiba masa ke tempat yang dinanti-nantikan, Hagia Sophia @ Ayasofya. Satu bangunan yang menjadi perebutan antara 2 agama iaitu Islam & Kristian. Sejarahnya yang sangat menarik. Ayasofya yang bermaksud Holy Wisdom yang merupakan gereja & tempat yang paling suci pada zaman Byzantine. Ayasofya telah dijadikan gereja selama 916 tahun sejak pembinaannya pada tahun 537 sehinggalah Istanbul ditawan. Pada tahun 1934, orang Islam diketuai al-Fateh berjaya menjadikan Ayasofya sebagai masjid selama 481 tahun. Namun sejak pemerintahan at-Attaturk, pada Februari 1935 dia mengumumkan Ayasofya sebagai muzium. Moga suatu hari nanti, Ayasofya dapat dijadikan sebagai masjid semula, ameen.
Kali pertama dibina namun telah musnah dalam kebakaran akibat huru-hara yg berlaku. Kemudian dibina semula namun perkara sama berlaku apabila bangunan asal musnah dalam huru-hara Nike Riot berlaku. Dibina sekali lagi & gereja tersebut kekal sehingga zaman al-Fateh. Beliau berjaya menukar gereja ini menjadi masjid pada hari selasa & hari jumaat yg pertama (3/6/1453) terus Solat Jumaat pertama di lakukan secara rasmi di masjid ini. Betapa hebat & beraninya beliau, subhanallah. Masih adakah pemimpin & pemuda sebegini? Mantap Ibadah, Mantap Iman, Mantap Kepimpinan. Berjaya menawan Kota Constantinople pada usia 19 tahun. Sangat layak digelar sebagai sebaik-sebaik pemimpin.
Apabila Ayasofya berjaya dijadikan masjid, semua berhala dikeluarkan namun al-Fateh meninggalkan satu lukisan yang paling besar dan paling utama. 
Bayangkan masjid yang ada nama ALLAH & Rasulullah & masa yang sama juga ada lukisan al-Masih. Antara yang menarik juga dlm Ayasofya, ada suatu tempat di mana tempat Sultan beribadat. Nak buktikan betapa kuatnya hubungan pemerintah seperti Sultan Mehmed al-Fatih dengan ALLAH. Sebab itu beliau tak rasa hebat sebab beliau sedar ada yang lagi hebat yang menguasainya. Subhanallah.
Untuk masuk ke tempat bersejarah macam ni kena ada tiket. Selepas keluar daripa Ayasofya, sempat kami singgah di kedai aiskrim main-main kat depan Ayasofya. Main-main betul orang yang jual aiskrim tu masa nak letak aiskrim dalam kon. Adoiii!!
Next, kami ke Grand Bazaar di mana tempat membeli-belah yang terbesar di Istanbul. Kira-kira 4000 gerai ada di sini yang menjual pelbagai hiasan, cenderahati, Turkish Delight, pakaian, pashmina, makanan & banyak lagi.
Lepas ni kami akan ke Restoran Golden Hornuntuk dinner.Golden Horn merupakan kawasan di mana tentera al-Fateh mengangkut kapal-kapal mereka menaiki bukit dalam satu malam. Suatu kerja di luar akal logik kita. Kekuatan dalaman (iman) mereka mempengaruhi kekuatan luaran mereka. Tiada yang mustahil dengan izin ALLAH.
29/6/2013, (Rabu)
Pengisian dari Ust. Dr. Abdul Basit:
Selepas zaman Khulafah ar-Rasyidin, pemerintahan Islam diteruskan oleh pemerintahan zaman Umayyah berpusat di Damsyik, Syria. Kemudian bertukar ke pemerintahan zaman Abbasiyyah berpusat di Baghdad, Iraq & kemudian bertukar kepada zaman Turki Uthmaniyyah berpusat di Turki, Topkapi Palace (tempat yg kami ziarah smlm). Sebagaimana yang kita tahu, sistem khilafah telah dijatuhkan oleh seorang pelaknat agama iaitu Mustapha Kamal At-Attaturk pada tahun 1924 yang merasakan dirinya hebat namun kuasa ALLAH jauh lebih hebat & Maha Hebat. Sehingga kini mayatnya tidak diterima bumi.
Kisah al-Fateh
Sebenarnya sudah terlalu ramai pemimpin @ khalifah yang cuba untuk mengejar gelaran sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut oleh Rasulullah. Termasuklah Sultan Murad II iaitu ayah kepada Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai al-Fateh. Al-Fateh merupakan seorang kanak-kanak yang nakal seperti kanak-kanak lain. Ayahnya berharap agar anaknya ini dapat membuka Kota Constantinople. Jadi, sejak kecil lagi ayahnya menanam semangat tersebut ke dalam diri anaknya ini.
Sultan Murad II melantik seorang guru untuk mendidik anaknya ini. Pada suatu hari, gurunya merotan al-Fateh tanpa sebab. Beliau tidak puas hati & berasa marah. Al-Fateh berdendam dengan gurunya ini & cuba utk membuktikan bahawa dia seorang yg tidak patut dirotan tanpa sebab. Beliau mula membulat tekad untuk merealisasikan hasrat ayahnya iaitu untuk menawan Kota Constantinople daripada Rom, satu kuasa besar semasa zaman itu. Mengapa Islam terlalu inginkan Kota Constantinople ini? Seperti yang kita tahu bahawa Kota Constantinople ini merupakan penghubung antara 2 benua. Andai berjaya menakluk kota ini, maka kita mampu untuk menguasai 2/3 dunia & menjadi sebuah kuasa besar.
Kota Constantinople telah membina pertahanan yang kuat iaitu parit sedalam 10 meter & 2 tembok besar yang menghalang drpd mana-mana kapal menembusi pertahanan tersebut. Al-Fateh mengarahkan semua tenteranya bersama-sama berpuasa untuk memohon pertolongan ALLAH memecahkan tembok tersebut namun gagal. Dalam tempoh sebulan kota ini dikepung namun masih tidak dapat menempuh halangan pertahanan yang dibina oleh pihak Rom. Betapa kuatnya pertahanan mereka. Setiap malam, wajib semua tentera al-Fateh bermunajat & bertahajjud kepada ALLAH mohon pertolongan. Bukan mudah untuk menang.
Suatu hari, Al-Fateh bertemu dengan engineer yang hebat & dapat membina sebuah meriam untuk pecahkan tembok pihak Rom.
Disebabkan al-Fateh seorang yang sangat bijak & berstrategi, beliau mengeluarkan satu idea yang luar biasa. Walaupun idea beliau agak keterlaluan & sukar untuk di terima akal, namun itulah idea yang terbaik. Beliau mengarahkan semua tenteranya mengangkut kapal-kapal mereka menaiki bukit untuk menyerang dari arah belakang kota. Di sana, pihak Rom tidak meletakkan pertahanan yang kuat kerana bagi mereka mustahil tentera Islam akan menyerang mereka dari sana. Namun, kuasa ALLAH mengatasi segalanya. Mereka berjaya menawan Kota Constantinople sehingga tewas Tentera Rom. Dalam peperangan ini, seramai 200000 tentera Islam syahid & disalib oleh Tentera Rom. Mereka menyalib tentera Islam untuk melemahkan semangat & menakut-nakutkan tentera Islam namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tentera Islam menjadi lebih bersemangat untuk menuntut bela ke atas sahabat-sahabat mereka yang telah syahid. Tentera Islam tidak takut dengan kematian berbeza dgn tentera kuffar.
Selepas kemenangan, ramai paderi yang lari bersembunyi ke dalam gereja. Mereka takut & bimbang mereka akan dikerjakan oleh tentera Islam seperti yang dilakukan oleh mereka kepada tentera Islam sebelum ini. Namun, hati pemimpin terbaik ini bukanlah yang jenis membalas dendam. Jadi, Sultan Mehmet II (Al-Fateh) mengumumkan perdamaian dengan Kristian. Maka ramailah paderi yang keluar & mengisytiharkan keislaman mereka. Alhamdulillah. Betapa berhikmahnya al-Fateh, subhanallah :)
Al-Fateh bertemu semula dengan gurunya & bertanya mengapa dia pernah dirotan tanpa sebab. Lalu gurunya menjelaskan alasan yang sebenar. Gurunya ingin beliau merasa penderitaan orang yang dizalimi. Betapa sakit & pedihnya seorang yang dizalimi. Disebabkan rotan itulah al-Fateh bersemangat untuk menegakkan pendirian yang dia tidak bersalah & tiada alasan yang membolehkan gurunya merotannya. Baru al-Fateh faham mengapa gurunya melakukan tindakan tersebut ke atasnya. Jadilah dia seorang pemimpin yang tidak pernah zalim pada rakyatnya & sentiasa menegakkan yang hak & adil.
Panjang lebar pengisian ustaz pagi ni sementara menunggu bas kami tiba di Hotel untuk menjemput kami. Alhamdulillah dapat merasai kehebatan seorang pemimpin, sebaik-baik pemimpin seperti yang disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w.
Kebetulan pagi ni kami akan berziarah ke Masjid al-Fateh, iaitu masjid pertama yang dibina oleh beliau selepas kemenangan penaklukan Kota Constantinople. Tapak masjid ini adalah bekas tapak gereja St. Apostoli. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di Istanbul selepas Masjid Sulaiman. Masjid ini pernah musnah dalam gempa bumi besar yang berlaku pada tahun 1766 & dibina semula sehingga tahun 1771. Di dalam halaman masjid ini terdapat air pancut sebagai minuman. 
Di sebelah masjid ini terdapat University al-Fateh iaitu universiti pertama yang dibina selepas penaklukan Kota Constantinople. Di dalamnya terdapat banyak madrasah, pepustakaan, sekolah rendah, penubuhan kebajikan, rumah memasak & hospital. Namun, kami tidak dapat masuk ke dalam kerana sedang dibaik pulih. Jadi, tengok dari luar je.
Next, kami gerak ke belakang masjid. Rupa-rupanya maqam al-Fateh di sini. Kebetulan hari ni merupakan ulang tahun pembebasan Kota Constantinople daripada Kerajaan Rom yang ke 560 tahun. Ramai betul orang di sini. Subhanallah. Berasak-asak berebut nak masuk dalam bangunan yang kecil ini sebab maqam ni diletakkan dalam bangunan. Disebabkan terlalu ramai & terlalu sesak di dalam bangunan, semasa saya baru nak masuk, tetiba polis yang jadi penjaga bangunan ni tak bagi dah kami masuk. Jadi, kami tak dapat masuk:  Sedihnya. Dah la datang dari jauh. Tengok dari luar juga maqam al-Fateh. 
Selepas itu kami menaiki bas menuju ke Masjid Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w.
Siapakah gerangan Abu Ayyub ni? Haaa, ingat tak semasa hijrah Nabi s.a.w ke Madinah, rumah beliau la yg Rasulullah tinggal semasa mula-mula Rasulullah sampai di Madinah. Ketika ramai orang Islam berebut mengajak Rasulullah menginap di rumah mereka semasa p'hijrahan Nabi s.a.w, Abu Ayyub mengheret unta Rasulullah sehingga di depan rumahnya. Lalu Rasulullah bersabda, org yg bermusafir mengikut barangannya. Maksudnya di mana unta & barang Rasulullah berhenti, di situlah Rasulullah akan menginap. Jadi, rumah beliaulah pilihan Nabi s.a.w.
Abu Ayyub al-Ansari @ nama sebenarnya Zaid bin Khalid. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menawan Kota Constantinople. Sanggup berhijrah dari Madinah ke Constantinople & akhirnya tiba di sini pada usia 80 tahun. Betapa bersemangatnya pejuang Islam ini. Wasiatnya sebelum meninggal dunia, jenazahnya dikebumikan sehampir mungkin dengan Kota Constantinople.
Semasa peperangan berlaku antara tentera Islam & tentera Rom merebut kota ini, 2 hari sebelum pelancaran serangan terhadap tentera Rom, semua tentera Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan rohani sangat kuat dalam diri mereka. Subhanallah. Dalam tempoh ini juga, para khatib di semua masjid dikehendaki menyuntik semangat para mujahideen dari kisah Abu Ayyub al-Ansari yg mempunyai semangat yang kental bermusafir dari jauh semata-mata untuk membebaskan kota ini & ingin menjadi pemimpin & tentera yang terbaik. 
Kami zohor di sini namun sebelum itu kami sempat singgah menziarahi maqam beliau di hadapan masjid. Kemudian kami terus bertolak ke tempat seterusnya iaitu Muzium Tentera. Muzium ini telah dibina sejak tahun 1959. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis senjata, helmet, uniform & peralatan yg digunakan tentera Turki sejak abad ke-12 sehingga perang Korea. Terdapat juga banyak lukisan yg menggambarkan & menceritakan keadaan peperangan yang berlaku suatu ketika dahulu di Turki & pelbagai jenis bendera, medal & senjata yang dirampas daripada pihak musuh mereka.
Sebenarnya niat kami pergi ke Muzium ini untuk melihat sejarah sebenar Kota Constantinople tapi muzium ini lebih menceritakan mengenai pemerintah mereka iaitu Mustapha Kamal Attaturk. Sehinggakan disediakan satu bilik yg menceritakan sejarah hidupnya sedangkan utk al-Fateh sekadar ruangan biasa. Kami melihat kesan-kesan sejarah Turki daripada muzium ini.
Tempat lawatan kami yang terakhir di Istanbul ini ialah Taksim Square. Tempat ni terletak di penghujung Istiklal Street iaitu salah satu pusat membeli-belah yang paling sibuk di Istanbul. Dinamakan Taksim sempena nama sebuah bangunan yang menyalurkan air ke beberapa daerah suatu masa dahulu.
Di tengah-tengah Taksim Square, anda akan melihat Monumen Republik setinggi 12 meter yang telah di bina pada 1928 oleh seorang arkitek Itali. Monumen ini sebagai simbol Independence War & asas Republik ini. Terdapat sebuah bangunan yang besar di sekitar tempat ini yg telah dibina pada 1950 iaitu Pusat Kebudayaan Atatturk. Bangunan ini telah dibina semula selepas kebakaran yg berlaku pada tahun 1970. Terdapat konsert, dewan pameran & panggung wayang di dalam bangunan ini. Selain itu, terdapat juga sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Marmara Hotel di sekitar tempat ini. Ada sebuah taman yang cantik di sebelah square ini yg dinamakan Taksim Trip. Di bahagian sebelah kiri Istiklal Street terdapat St. Trias Church yang telah dibina sejak tahhun 1880 dan masih kekal sehingga sekarang. Jika anda melalui Istiklal Street anda akan melihat jalan utk Taksin Tunnel yang menjadi pengangkutan utk rakyat di sini bergerak ke tempat lain. Sangat menarik & seperti biasa rakyat Malaysia sangat terkenal. Ada seorang rakyat Amerika yg belajar di Malaysia menegur kami di tengah-tengah kesibukkan Istiklal Street. Tinggi orangnya. Ni gambarnya:
Jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang dan perut kami pun semakin lapar. Kami telah dibawa ke sebuah restoran kebab untuk merasai kelazatan kebab di Turki.
Malam ini merupakan malam terakhir kami di sini. Sedih tapi kami mesti akur kerana jauh lagi perjalanan & destinasi kami. Rancang nak berjalan-jalan di tepi Laut Marmara di depan hotel kami untuk menikmati pemandangan malam di Turki tapi disebabkan terlalu penat, plan tak jadi.
Esok pagi kami perlu bersiap awal & bergerak ke Attaturk Airport jam 8.00 pagi. Selamat tinggal Turki, Bumi al-Fateh yg kaya dengan sejarahnya yg tersendiri. In syaa ALLAH, ada jodoh kami datang bertandang lagi.
Wallahualam. Moga ALLAH berkati musafir kami ini. 


Hamba-NYA yg byk kelemahan,
Islah Ismail

Lima Dosa Yang Mengundang Lima Bencana.

$
0
0
SEBAB HARGA BARANG NAIK & HUJAN TURUN AIR TAK ADA:
Di penghujung usia dunia ini, pada saaat akhir zaman, perkata mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.
Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.
Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.
2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka meilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."
[HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].

Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.

2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.

3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!
Lihat Video di: Hujan Banyak Air Tak Ada

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!
5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.

سنن ابن ماجه: عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛
1-    لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2-    وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3-    وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4-    وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5-    وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))

Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari bala dan kemurkaan-Nya.
Abu Anas Madani, 3/9/2013 - 27 Syawal 1434H.








ANCAMAN DAJJAL MODEN & WOMEN’S LIB!

$
0
0

ANCAMAN DAJJAL MODEN & WOMEN’S LIB!
Dajjal adalah suatu fitnah yang cukup berat bagi orang yang akan bertemu dengannya, kerana itulah Rasulullah saw telah mengajar kepada kita agar sentiasa berdoa di akhir solat dengan doa ini:
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal".

          Rasulullah SAW telah berwasiat dalam hadisnya agar kita meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada fitnah dajjal diakhir tahiyyat setiap kali menunaikan solat. Dajjal yang ditakuti itu akan muncul di akhir zaman, sebagai salah satu dari tanda-tanda qiamat yang besar. Pada waktu itu ramai manusia yang tidak beriman atau yang goyah imannya di atas dunia ini akan menjadi pengikutnya, mempercayai bahawa ia adalah tuhan.

Mestika J1 Siri 19; Alamat Qiamat; Dajjal, Ya'juj Ma'juj, Imam Mahdi & Akhir Umur Dunia

     Menurut Rasulullah SAW juga, dajjal yang buta sebelah matanya tetapi mempunyai kuasa-kuasa misteri yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya. Dia boleh mendengar dengan telinganya apa yang diucapkan di hujung dunia sana, boleh melihat dengan mata sebelahnya itu apa yang berlaku dalam dunia ini, dia boleh berjalan mengelilingi dunia dalam masa beberapa hari sahaja, boleh mengeluarkan khazanah-khazanah seperti emas dan perak dari perut bumi dengan mudahnya, boleh menurunkan hujan dan menumbuhkan tanam-tanaman, boleh memati dan menghidupkan kembali orang yang telah mati. [Lihat: Nihayah Al-Aalam 249]
     Dari Hudzaifah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya yang kerinting serta dia membawa Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka bagi orang Islam dan beriman kepada Allah SWT."[Hadis riwayat Muslim].
     Maka sesiapa yang lemah imannya akan percaya bahawa dia adalah tuhan yang sebenarnya dan akan sujud patuh mengikut perintahnya, tapi sebaliknya orang yang kuat imannya akan dapat membaca tulisan di dahinya: ‘kaf, fa, ra’, iaitu kafir, dan mereka yakin bahawa ianya hanyalah satu penipuan untuk menguji keimanan manusia.
     Dari Qatadah, beliau mendengar daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak ada seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahawa dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa". [Hadis riwayat Muslim].
     Walaupun dajjal sebenar dengan segala macam fitnah yang akan dibawanya akan muncul di akhir zaman sewaktu hampirnya qiamat, namun Rasulullah SAW telah mengajar umatnya agar beramal dengan doa tersebut, mungkin kerana sebelum itu akan ada fitnah-fitnah –semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua darinya- yang serupa dengannya walaupun lebih kecil berbanding dengan fitnah dajjal yang hakiki.

Dajjal Moden:
           Kali ini kita akan melihat perspektif tentang dajjal moden ini melalui hasil perbincangan di antara Syeikh Ibnu Bulaihid – yang merupakan tumpuan orang-orang Badwi di Najdi dan penduduk sekitarnya yang mahu belajar dan mendengar ilmu darinya – dengan seorang penulis yang terkenal di Arab Saudi iaitu Muhammad Asad yang berasal dari Austria. 
         Beliau datang ke Saudi pada zaman pemerintahan Al-Malik Abdul Aziz dan merupakan seorang sahabat Almarhum yang sangat dihormatinya. Beliau mencatatkan perbincangan tersebut dalam bukunya yang masyhur: ‘The Road to Mecca (Makkah)’.

Buku ini juga telah diterjemahkan ke bahasa Arab dengan judul: ‘At-Torik Ila al-Islam’. Dengan pengalamannya sebagai orang barat (Western man) yang non-Muslim sebelum ini, beliau mengibaratkan huraian dajjal yang disebutkan di dalam hadis itu sebagai satu huraian yang menepati tentang kemajuan teknologi dunia moden hari ini (sebelum datangnya dajjal akhir zaman yang hakiki). Iaitu tentang kehidupan manusia hari ini yang telah luput maruahnya, hilang segala pertimbangan dan kaitan dengan asal-usul kejadiannya.
Katanya: “Tidakkah huraian dajjal di dalam hadis Rasulullah di atas tadi begitu jelas sebagai satu penghuraian yang tepat tentang kemajuan teknologi moden hari ini?
1)      Ianya bermata satu, iaitu hanya melihat kepada satu aspek kehidupan sahaja iaitu kemajuan / perkembangan material (material progress), ia tidak peduli akan perkembangan rohani (spiritual side).
2)      Dengan bantuan mesin / alat-alat ciptaan yang canggih membolehkan manusia melihat dan mendengar tanpa batasan melebihi kemampuan semula jadinya, juga boleh melalui jarak atau sempadan yang tidak terhad dalam masa yang singkat. Ini terbukti dengan ciptaan telefon, kapal terbang, jet, satellite, internet dan sebagainya.
3)      Kemajuan sains juga boleh mengadakan hujan tiruan, menumbuhkan tanaman dengan cepat dan mengeluarkan khazanah-khazanah yang tidak disangka dari perut bumi seperti emas, perak, bijih dan minyak dari dasar laut tanpa apa-apa kesukaran.
4)      Teknologi perubatan pula boleh menyembuhkan orang sakit tenat yang seolah-olah telah mati, manakala peperangan dengan alat-alat canggih yang dicipta melalui sains moden (contohnya bom nuklear) boleh memusnahkan banyak nyawa manusia dalam masa yang singkat sahaja.
          Kemajuan dan kecanggihan material ini sungguh memukau dan berkuasa sehinggakan orang yang tidak beriman atau lemah imannya akan mempercayai itulah tuhan dalam bentuknya. Inilah yang dikatakan bertuhankan wang, emas dan kehidupan semata-mata untuk mengejar kepuasan nafsu kebendaan dan material. Bukannya menyedari dan menginsafi bahawa kemajuan tamadun (civilization) manusia serta perkembangan teknologi dan sains itu adalah anugerah dari tuhan, tetapi sebaliknya semakin ramai manusia di dalam kejahilan mereka mula memikirkan bahawa itulah akhir halatujunya dan sesuatu yang wajar diburu dan dipuja.
         Tetapi mereka yang sedar akan Penciptanya, tujuan kewujudannya di dunia ini, akan bertambah kuat imannya dan sesungguhnya jika mengikut dajjal bererti menafikan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Atas kesedaran erti dajjal inilah juga antara sebab-sebab yang membawanya ramai manusia kepada Islam, Ad-Din yang haqiqi. Bagi yang celik, kehidupan kafir Barat telah menjadi satu dunia kehidupan dajjal yang memukau dan menyesatkan.
        Kemajuan ini tidak mampu lagi mengadakan satu keseimbangan di antara keperluan fizikal manusia, kehidupan masyarakat dan keinginan rohaninya. Etika keagamaan tiada lansung kepentingan di dalam kamus hidupnya, bahkan  hanya dikira sebagai satu muzik latar yang menenangkan, boleh untuk menemani tetapi tidak sesekali untuk mempengaruhi kehidupan ‘sebenar’ mereka.
        Kehilangan segala pedoman agama, mereka tidak mendapat faedah dari segi moral akan cahaya ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh kemajuan sainsnya yang agung itu.
Ayat al-Quran ini sangat sesuai sekali bagi menghurai keadaan mereka itu:
قال الله تعالى: {مثلهم كمثل الذي استوقد نارا فلما أضاءت ما حوله ذهب الله بنورهم وتركهم في ظلمات لا يبصرون. صم بكم عمي فهم لا يرجعون }. ( البقرة : 17-18)
Ertinya: {Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan membiarkan mereka di dalam kegelapan, tidak dapat melihat. Mereka tuli, bisu, buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).} [Al-Baqarah: 17-18].
          Kerana buta dalam keangkuhan inilah yang meyakinkan mereka bahawa hanya kemajuan tamadun merekalah yang akan membawa cahaya dan kebahagian dalam kehidupan di dunia ini. Mereka menyebarkan slogan materialistik Western way of life”, satu kepercayaan bahawa semua masalah kehidupan manusia di dunia ini boleh diselesaikan dikilang-kilang, makmal-makmal dan dengan perangkaan statistik semata-mata.

Wanita dan Dajjal:
        Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling ramai lari keluar mengikut dajjal.
Rasulullah SAW juga telah bersabda:
"ينزلُ الدجالُ في هذهِ السبخةِ بمرقناةٍ فيكونُ أكثرَ من يخرجُ إليه النساءُ، حتى إن الرجلَ ليرجعَ إلى حميمِه وإلى أمِّه وإلى ابنتِه وأختِه وعمَّتِه فيوثقُها رباطًا مخافةَ أن تخرجَ إليه"
Maksudnya: “Dajjal akan turun dari daerah dataran bergaram yang bernama Marriqanah. Yang paling ramai akan menjadi pengikutnya adalah kaum wanita, sehinggakan seorang lelaki akan bersegera pulang ke rumahnya untuk melihat/menjaga isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan dan ibu saudaranya, kemudian diikatnya mereka kerana bimbang jika mereka keluar (lalu) bertemu Dajjal dan menjadi pengikutnya.” [HR. Ahmad (7/190) dan disahihkan oleh Ahmad Syakir].

          Akhir zaman itu telah tiba sekarang. Ini sekali lagi bertepatan dengan fenomena manusia hari ini, di mana kaum wanita tidak lagi lekat diam di rumah, tetapi turut keluar dari rumah dengan pelbagai tugasan dan tujuan, samada yang harus atau tidak. Tetapi tidak dapat dinafikan keluarnya wanita dari rumah hari ini adalah lebih banyak menjurus kepada kesan negatif daripada yang positif.
          Di tengah perpecahan dan keruntuhan dunia Islam sekarang ini, kita dapat menyaksikan betapa banyaknya kekuasaan yang hendak menarik, sekaligus mengeluarkan wanita dari agama dan Syariat Nabinya ke jalan yang amat jauh dari jalan yang diredhai Allah, diantaranya adalah lantangnya suara seruan kepada kebebasan wanita.
          Lalu keluarlah kaum wanita ini yang kononnya disokong oleh mereka yang berfikiran liberal, menuntut dan memperjuangkan sesuatu yang diluar fitrah dan tabie kejadian mereka. Para penyeru kebebasan wanita mutakhir ini, bertambah lantang dan berani, berusaha sedaya upaya menodai kehormatan dan kedudukan para wanita yang telah diangkat oleh Islam.
         Semua ini pada umumnya adalah untuk menyeret wanita supaya mempunyai kedudukan yang setaraf dengan kaum lelaki, agar wanita meninggal serta menanggalkan hijab (pakaian dan tudung) muslimahnya, agar wanita bekerja di sektor-sektor pekerjaan yang dulunya khas untuk kaum lelaki, agar wanita berhias secantik mungkin, agar bertambah ayu, seksi, feminin dan menawan  ketika keluar dari rumahnya.
Mereka para pejuang kebebasan wanita ini mahu agar para wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam segala bidang kehidupan, baik dalam pendidikan, pekerjaan, ekonomi mahupun dalam pemerintahan.

          Sedangkan hak wanita sudah amat sempurna di dalam Islam. Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam bidang pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, politik dan kemasyarakatan. Panduan umum al-Quran dan al-Sunnah terhadap kedudukan wanita adalah sama dengan lelaki dari segi kemanusiaannya, iaitu kedua-duanya mempunyai sama hak dan sama kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama sebagaimana firman Allah Taala:
Maksudnya: {Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa.} [Surah al-Nisa’:1].
          Hak-hak ini semua tidak terdapat dalam fahaman mereka yang menamakan dirinya “fahaman moden”, yang menyeru ‘Kebebasan Wanita’ itu. (Bahkan sebaliknya) mereka mengatakan bahawa Islam menghilangkan hak-hak wanita dan memenjarakannya di dalam rumah.


          Apakah kerana Islam tidak menjadikan wanita sebagai “barangan murah” yang dapat dinikmati oleh setiap pandangan mata dan pemuas nafsu mereka yang rosak moral itu? Inikah kebebasan yang mereka perjuangkan? Dan inikah hak yang mereka tuntut?
Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:
ما تركت بعدي في الناسِ، فتنةًأضرُّعلى الرجالِ من النساءِ
Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah kaum wanita.” [HR Muslim].
          Maka dengan itu dajjal moden telah muncul untuk menguasai nafsu manusia. Manusia sudah mulai melangkah, bertindak sendiri merealisasikan segala tanda-tanda yang disebut oleh Rasulullah SAW itu.
Sekali lagi marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi dan diselamatkan dari fitnah dajjal ini, samada yang nyata iaitu Dajjal yang hakiki atau dalam apa-apa bentuk penjelmaannya sekalipun. Sesunguhnya ia adalah satu fitnah yang amat dahsyat!!! Amin.
Wallahu a’lam. 

Oleh: Ummu Anas Madani, Madinah. 9.99.
Edit semula pada: 27 Syawal 1434H. (PSD, 3/9/2013)

Petikan Tazkirah, Motivasi, Tips Ringkas.

$
0
0

REHAT YANG SEBENAR.

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

مستريح ومستراح عنه

"Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya".

 Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?

Baginda menjawab:

العبد المؤمن يستريح من نصب الدنيا وأذاها إلى رحمة الله، والعبد الفاجر يستريح منه العباد والبلاد والشجر والدواب

"Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.
Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi]
(ARAR, 17/9/2013 - AAM)

*****

Tangisan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Ummati!, Ummati!”.

Nabi saw sentiasa mendahului masalah umat melebihi diri Baginda sendiri
 (al-ithaar
الإيثار -
). Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah swt serta merta. Maka setiap nabi telah berdoa semasa di dunia. Namun, Nabi saw telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat kelak bagi menyelesaikan masalah umatnya.
عبد الله بن عمرو المحدث: أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ تلا قولَ اللهِ عزَّ وجلَّ في إبراهيمَ:
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [إبراهيم: 36] الآية
 وقال عيسى عليه السلام : (إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم)[المائدة: 118]
فرفعَ يديهِ وقال اللهمَّ!أُمَّتي! أُمَّتي! وبكى.
فقال اللهُ عزَّ وجلَّ: يا جبريلُ! اذهب إلى محمدٍ، - وربُّكَ أعلمُ -، فسَلهُ ما يُبكيكَ؟
 فأتاهُ جبريلُ عليهِ الصلاةُ والسلامُ فسَألهُ. فأخبرهُ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بما قالَ. وهو أعلمُ.
فقال اللهُ: يا جبريلُ! اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ: إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُكَ. رواه مسلم رقم: 202.
Abdullah bin ‘Amru ra meriwayatkan bahawa:  Rasulullah SAW telah membaca ayat al-Quran tentang Nabi Ibrahim yang bermaksud:
{Wahai Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Ibrahim: 36]
 Baginda kemudian membaca ayat tentang Nabi Isa yang telah berkata:
{Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [al-Maidah:118]
Baginda kemudian mengangkat kedua tangannya sambil berkata: “Wahai Tuhanku, Umatku! Umatku!” Sambil menangis.
Allah swt pun berfirman: “Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad, beritahu kepadanya: Kami akan berikan apa yang engkau redhai dengan umat-mu dan kami tidak akan menyusahkan-mu.” [HR: Muslim]
Perhatian: Adapun riwayat yang menyebut Nabi SAW berdoa dengan “Ummati!” ketika Baginda hampir wafat adalah hadis yang tidak sahih,
Lihat Penjelasan di: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=421493534615354&set=a.200059786758731.41200.195471310550912&type=1&theater
http://www.saaid.net/Doat/mongiz/3.htm


Khutbah AAM: Sejarah Kewafatan Nabi SAW: http://youtu.be/i4XqLzxPfCs
1-Wafatnya Nabi SAW merupakan musibah yang besar bagi umat ini.
2- Ucapan akhir Baginda ialah "Ila ar-Rafiiq al-A'la ((اللهم الرفيق الأعلى. Bukan "ummati".
3- Baginda Wafat di atas pangkuan Sayyidah 'Aisyah, bukan Fatimah r.ah.
*Semak fakta, jangan sebarkan cerita palsu...


*****
Penyebaran Hadis Palsu:
Memandangkan banyaknya kata-kata nasihat, motivasi dan tazkiran melalui internet yang disebarkan, samada FB, WhatsApp, twitter dan lain-lain.. yang dikaitkan dengan Hadis atau Sunnah Nabi SAW, maka ana rasa terpanggil untuk memberi panduan kepada para pembaca;
1-      Sebelum nak share kepada orang lain baca dulu sampai tamat.
2-      Sekiranya disebut hadis, pastikan sumber yang diambil sahih atau bersifat authentic. [contoh yang banyak disebar sehari dua ni hadis tentang Kaabah akan diruntuhkan. Memang ada hadis sedemikian tetapi cerita yang ditulis itu sudah bercampur gaul dengan banyak cerita yang tidak benar]
3-      Iklan-iklan perniagaan yang dikaitkan dengan sunnah, tak perlu disebarkan sebelum disahkan oleh para asatizah yang ada ilmu dalam bidang tersebut.
Nasihat ini diberi atas dasar bimbang takut terjatuh ke lembah dosa besar yang  mudah dibuat sebagaimana dalam kuliah ini: Dosa Besar 14; BERDUSTA ATAS ALLAH & RASUL.  http://youtu.be/1ROWcy-O4F8
AAM, 14 Syawal 1434H.

*****
Imam Al-Auza’ie dengan Penguasa Yang Zalim.
Telah berkata Imam al-Auza'ierahimahullah: "Setelah selesai Abdullah bin Ali (bapa saudara as-Saffah) daripada melakukan pembunuhan terhadap Bani Umayyah, dia mengutuskan agar aku datang mengadapnya.

Dia telah melakukan pembunuhan pada hari itu seramai 70 orang lebih.

Lalu aku masuk menemuinya. Lantas dia berkata :"Apa yang mahu kamu katakan tentang darah Bani Umayyah?"

Maka aku berkata : "Adalah bagi mereka ke atas dirimu terdapat perjanjian."

Dia menjawab: "Engkau jadikanlah untukku dan mereka tiada sebarang perjanjian."

Sekali lagi Abdullah bin Ali bertanya kepada al-Auza'ie: "Apa yang mahu kamu katakan tentang darah Bani Umayyah?"

Aku berkata : "Haram!, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam telah bersabda :"Tidak halal (haram) darah seseorang muslim itu melainkan disebabkan oleh salah satu daripada tiga perkara..."

Kata Imam az-Zahabi dalam memberikan ta'liq (komentar) terhadap peristiwa di atas: "Abdullah bin Ali adalah merupakan seorang pemerintah yang diktator, penumpah darah dan susah dibawa berunding.

Walaupun dalam situasi begini, Imam al-Auza'ie tetap bertegas menyatakan kebenaran di hadapannya seperti yang kamu saksikan.

Beliau tidak bertindak seperti sebahagian daripada kalangan para ulama as-su' (ulama jahat) yang bermuka-muka memuji dan memperelokkan segala tindakan pemerintah yang melakukan kezaliman dan pembantaian terhadap rakyat. Bahkan mereka sanggup menukarkan hakikat kebatilan itu menjadi perkara yang hak. Semoga Allah memerangi dan membunuh mereka! Mereka ini juga bersifat berdiam diri sekali pun mereka mampu untuk menyatakan kebenaran!!"
Sumber: 12/7 سير أعلام النبلاء
[Terjemahan: Abu ‘Ammar Madani (A’AM)– AAM, 7 Syawwal 1434H]

*****
Istiqamah.
"Jangan berundur semula ke belakang setelah bergerak maju ke hadapan."
Di antara doa Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam :
"اللهم إني أعوذ بك من الحور بعد الكور"
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada berundur semula ke belakang (tidak melakukan amal soleh) setelah bergerak maju ke hadapan (melaksanakan amal soleh)."
Al-Haur bermaksud berundur ke belakang dan kembali semula kepada keadaan asal.
Al-Kaur bermaksud maju ke hadapan dan terus bergerak dalam perjalanan.
Makna doa Nabi Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia ini ialah Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam sentiasa suka maju ke hadapan. Baginda suka untuk meneruskan perjalanannya menuju kepada Allah. Baginda tidak suka untuk berundur, kembali semula ke belakang dan berhenti daripada melakukan amal soleh.
Saya ingin memperingatkan saudara-saudaraku yang mulia supaya beramal dengan doa yang penuh dengan hikmah ini khususnya setelah perginya bulan Ramadhan.
Saya ingin membisikkan di telinga setiap daripada kalian beberapa perkara berikut:
Apakah perkara yang sewajarnya dilakukan selepas Ramadhan?
Apakah perancanganmu selepas Ramadhan?
Adakah kamu masih dalam keadaan melakukan ibadah, melaksanakan ketaatan, berzikir, beramal dan berdoa supaya sentiasa maju ke hadapan dalam melaksanakan perkara-perkara tersebut?
Atau pun kamu sedang berada di dalam keadaan berundur dan kembali semula ke belakang?
Berhentilah seketika, berfikir dan bermuhasabahlah, perbaiki dan perbetulkanlah semula langkahmu.
Uruskanlah perkara tersebut dengan bersungguh-sungguh, secara benar dan bermujahadahlah.
Sentiasalah kamu mengulangi doa yang mulia ini.
Saudaraku yang mulia, ayuhlah kita bersama-sama ke arah berlumba-lumba untuk maju ke hadapan dan melaksanakan ibadah dengan cara yang terbaik.
Sumber : FB Asy-Syeikh Dr. Solah 'Abdul Fattah al-Khalidi.
[Terjemahan: Abu ‘Ammar Madani, 4 Syawal 1434H].

*****
Kewajipan Menyanyangi & Mencintai Sahabat Nabi SAW;
Rasulullah saw bersabda:
“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Kata Ulama': Allah SWT telah selamatkan tangan kita dari darah para Sahabat, Maka bersihkan lidah dan hati kita dari menyentuh (mencerca) kehormatan mereka!!
[AAM, 3 Syawal 1434H]

*****
Istiqamah selepas Ramadhan.

Ketika sahabat Nabi saw, Huzaifah bin Al-Yaman ra hampir wafat, Abdullah bin Mas'ud ra duduk dekat kepalanya dan minta agar diwasiatkan (nasihat) kepadanya.



Kata Huzaifah: Apakah telah datang kepada tuan keyakinan (kebenaran ajaran Islam)? 
Jawab Ibn Mas'ud: Ya, dengan kemuliaan Tuhanku. 
Kata Huzaifah: Maka aku beri peringatan kepadamu jangan berubah pendirian (tidak istiqamah), kerana Agama Allah hanya satu".
Demikianlah sepatutnya sikap kita, rajin beribadat di bulan Ramadhan dan meneruskannya selepas Ramadhan. Semoga diqabulkan oleh Allah semua amalan yang baik.
(AAM, Jumaat 02 Syawal 1434H).

*****
Faedah Kuliah Dr Abdul Basit Abdul Rahman @Abu Anas Madani (4:49)

Tangisan Nabi SAW

Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma meminta Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan tentang perkara yang pelik / ganjil yang beliau terlihat selama bersama dengan Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam.

Belum sempat bercerita, lalu Aisyah Ra menangis kerana teringatkan kenangan itu.
Aishah Ra berkata:

كل أمره كان عجبا

"Semua amalan yang Nabi saw buat adalah pelik /ajaib."

1. Nabi seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab, Walaupun Nabi mahu beribadat kepada Allah, Nabi saw tetap meminta izin pada isterinya Aisyah ra.

2. Nabi saw insan yang kuat menangis. Masa Nabi solat basah janggut nabi saw kerana menangis dan bila Nabi saw sujud basah bumi kerana nabi saw menangis, dan ketika Nabi saw baring mengiring Nabi saw terus menangis dan basah badannya.

3. Nabi saw sangat adil kepada semua isteri-isterinya.

4. Nabi saw sangat suka beribadah dengan Allah, dan sangat kurang tidurnya demi beribadat pada Allah.

5. Semasa waktu subuh masuk, bilal melalui rumah Nabi untuk melaungkan azan. Bilal ra ternampak Nabi saw menangis. Bila bertanya "Wahai Rasulullah apakah yang menyebabkan tuan menangis? Bukankah Allah telah mengampuni dosa mu semunya, mengapa engkau menangis lagi?

Jawab Nabi saw: " Waihaka ya Bilal/apalah kau ni Bilal, apa yang telah melarang aku menangis, pada malam ini telah turun ayat quran.

Allah berfirman:

{ إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ } ( آل عمران : ١٩٠ (

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang berfikir” ( Ali 'Imran : 190 )

Berkata Nabi saw: Wahai Bilal celakah bagi sesiapa yang membaca ayat ini tetapi tidak merenung atau berfikir tentang kejadian ciptaan Allah.

Selapas Bilal mendengar, Bilal pula menangis.

Allahumma salli wa sallim 'ala nabiyyina Muhammad wa 'ala aali Muhammad.

[Danial Madani - 14 Ramadhan 1434H.]

*****
Imsakiah Ramadhan.
Ramai yang bertanya tentang IMSAK?
Kenapa bila datang bulan Ramadhan akan keluarlah Taqwim Khas yang ada Imsak. Semua pakat berlumba menyebarkannya, YB, syarikat-syarikat besar, peniaga kecil bahkan orang perseorangan. Masing-masing menggunakannya untuk iklan mereka.

Soalnya perlukah kepada imsakiah ini?
Jawabnya tak perlu. Sebenarnya sudah cukup dengan taqwim yang ada di rumah masing-masing tu, ada yang dibeli dan ada yang diberi percuma.
Malangnya taqwin banyak, waktu solat dah ada, tapi masih ramai lagi umat Islam di negara ini tak sampai-sampai juga ke Masjid, rumah Allah. Walaupun mereka dipanggil pula dengan nama Allah dan nama Nabi Muhammad saw tetap tidak menyahutnya, tapi bila dibawa air rambut Nabi (kononnya) ramai yang pakat berebut nak beli.

Apakah Hukum Imsak ini?
Jawabnya secara baik dan sederhana ialah: Imsak bermakna menahan diri dari makan dan minum. Masa yang diambil ialah 10 minit sebelum masuk waktu subuh dan masih boleh makan. Tujuannya ialah agar orang sedang makan boleh habiskan makan dengan segera, atau orang yang belum makan segeralah berbuat demikian, yang lekat boleh minum air.

Ibaratnya yang simple: Waktu Imsak ialah seperti LAMPU KUNING di traffic light, boleh jalan tapi mesti berhati-hati dan bersedia untuk brake bila dah masuk waktu Subuh.

Perhatian: Kepada para pencetak Taqwim Imsak sila letak penjelasan bahawa Imsak itu untuk berhati-hati sahaja dan masih boleh makan lagi sehingga subuh.
Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan seperti sekarang.

Selamat Berpuasa & Beribadat.

Akhukum, Abu Anas Madani.
9 Ramadhan 1434H.

*****
Kelebihan – Fadhilat Istighfar (Minta Ampun Kepada Allah).
Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri rahimahullah mengenai langit tidak hujan.
Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya.
Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata: Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak.
Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang: Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!
Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:
Ertinya:“Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” [Surah Nuh: ayat 10-12].

Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” [surah al-Anfaal : 33].
1. Allah menjelaskan nikmat keberadaan Nabi Muhammad SAW, sehinggakan azab secara umum dapat dicegah. Tidak seperti kaum-kaum lain yang Allah turunkan azab terus kepada mereka.
2. Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab didunia dan di akhirat.
Maka, janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt… Astaghfirullah…Astaghfirullah…. Astaghfirullah….

Dan jangan lupa bahawa anda merupakan orang yang mendapat ganjaran orang yang beristigfar disebabkan peringatan anda.
Moga-moga Allah mengampunku dan kamu, dan seluruh orang-orang Islam.

Jazakallahu Khaira Akhi Khairol Amin Mohd Salleh atas terjemahan ini.
 
AAM, 4 Ramadhan 1434H.

جاء رجل إلى الحسن البصري فقال له : إن السماء لا تمطر .فقال له الحسن : استغفر الله .ثم جاءه أخر فقال له : اشكو الفقر .فقال له الحسن : استغفر الله .ثم جاءه أخر فقال له : امرأتي عاقر لا تلد .فقال له الحسن : استغفر الله .
فقال الحاضرون للحسن البصري : أو كلما جاءك شاكي ، قلت له : استغفر الله .
فقال الحسن البصري : ألم تقرؤا قوله تعالى: {فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفارا، يرسل السماء عليكم مدرارا،ويمددكم بأموال و بنين، ويجعل لكم جنات ويجعل لكم أنهارا}.
** كـــان في الأرض أمانان من عذاب الله ...
رفع الأول و بقى الثاني .. ؟ ؟فأما الأول : فكان "رسول الله "صلى الله عليه وسلم".( ... و ما كان الله ليعذبهم وأنت فيهم ... )
وأما الثاني: فهو "الإستغفار " .( ... و ما كان الله معذبهم و هم يستغفرون ... )( ... فقلت استغفروا ربكم أنه كان غفارا ... )فلا تترك الاستغفار أبدا ...
استغفر الله ... استغفر الله ... استغفر الله ... استغفر الله ... استغفر الله . . .
====
*****

13 Faedah dan pelajaran kuliah Subuh di Masjid Muaz Jabal Setiawangsa KL
Pagi 27 Sya'ban 1434H. Oleh Dr Abu Anas Madani:
1. Menyambut Ramadhan dengan hati yang ikhlas dan mengalu-alukannya.
2. Memperbetulkan niat berpuasa hanya kerana Allah.
3. Menjaga kualiti solat sunat tarawih adalah menjadi keutamaan tanpa berkelahi mengenai jumlah bilangan rakaat kerana ianya hal yang luas.
4. Mengadakan tazkirah selepas solat sunat tarawih lebih baik bagi mengelakkan jemaah yang mahu pulang awal kerana bukan semua jemaah mampu untuk menunggu tazkirah.
5. Solat sunat tarawih bersama imam sehingga imam selesai adalah sunnah dan lebih baik kerana akan mendapat ganjaran qiyam solat sepanjang malam.
6. Bersederhana dalam berbuka puasa, tidak perlu grand yakni besar-besaran dan membazir. Bulan ramadhan adalah bulan mendidik jiwa agar mengurangkan makan.
7. Mendoakan ibubapa yang telah meninggal dunia tanpa men'swasta'kan pada orang lain. Berdoa sendiri sebagai anak lebih baik.
8. Nabi saw beritahu doa anak soleh itu membantu ibubapa yang telah meninggal, maka sewajar dan selayaknya seorang anak mendoakan sungguh-sungguh untuk ibubapanya dan mengambil peluang pada bulan ramadan ini untuk berdoa.
9. Sepatutnya seorang anak menitiskan air mata dan menangis memohon ampun untuk ibubapanya jika dia benar-benar menyayangi mereka.
10. Setiap hari pada bulan ramadhan adalah hari keampunan, hari rahmat dan hari pelepasan dari api neraka. Maka tidak perlu menunggu pembahagian 3 itu.
11. Hadis Nabi saw, “Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunka dosa sebelumnya” sudah cukup untuk di jadikan hujah setiap hari adalah hari keampunan.
12. Tadabbur ayat quran yang akan dibacakan imam tarawih, tanya imam ayat manakah akan di baca pada malam tersebut supaya makmum dapat baca dan tadabbur lebih awal. Cara ini akan membantu makmum khusyuk dalam solat.
13. Malam Lailatul qadar di rahsiakan oleh Allah tetapi di beri alamat oleh Nabi saw kepada sahabat-sahabatnya yang mana akan berlaku pada hari-hari ganjil pada 10 malam terakhir.
Wallahualam bissawab.
Danial Madani.

*****

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa padanya. Ketika itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan telah dibelenggu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas dari mendapat kebaikannya maka dia telah terhalang dari rahmat Allah”.

[HR: An-Nasaie No 2106, Lihat: Sahih Sunan An-Nasaie]
****
إذا رأيت المبتلى فاعلم أنه ليس بينك وبينه إلا رحمة الله ولطفه، فيُروى في الحديث: (لا تظهر الشماتة لأخيك فيرحمه الله ويبتليك)
Apabila engkau lihat orang kena bala ujian, maka ketahuilah bahawa antara anda dengannya tidak ada yang menghalangnya melainkan rahmat Allah ‘azza wa jalla dan kasihan belas-Nya. Telah diriwayatkan: “Jangan engkau zahir rasa suka saudaramu ditimpa bencana, maka Allah Memberi rahmat kepadanya dan mengenakan bala ke atasmu”.
****

قال الحسن البصري رحمه الله:
( من دعا لظالم ببقاء فقد أحب أن يُعصىٰ الله). "فانظر كيف كان عاقبة الظالمين".

Berkata Syeikh Al-Hasan Al-Basri -rahimahullah-:
“Sesiapa yang mendoakan agar orang zalim terus kekal, maka dia sebenarnya suka orang menderhaka kepada Allah”.

***
قال الشافعي رحمه الله:
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
فإن كلمته فـرّجت عنـه ... وإن خليته كـمدا يمـوت.
Berkata Imam Asy-Syafie rahimahullah:
Apabila orang safih (tidak cerdik) bercakap jangan kau jawab – Kerana sebaik-baik jawapannya ialah diam.
Jika engkau bercakap dengannya engkau telah melepaskan darinya (kecelaruan) –  Dan kalau engkau biarkan dia begitu (marah atau sakit hati) akan matilah (hujahnya).
****


Doa Mohon Perubahan Ke Arah Yang Lebih Baik;
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ketenangan yang boleh menolongku untuk menerima perkara yang memang tidak boleh (dan tidak perlu) diubah lagi.
Anugerahkanlah kepadaku keberanian yang boleh membantuku untuk mengubah perkara yang boleh dan wajib diubah.
Dan berilah kepadaku hikmah kebijaksanaan yang dapat membantuku untuk membezakan perkara yang wajib dan yang tidak wajib, serta perkara yang boleh dan tidak boleh diubah (ditukar). Aamin.
Imam Ahmad rhm telah bertanya kepada beberapa orang pelajarnya: “Dari mana kamu datang?” Mereka menjawab dari majlis Abi Kuraib (beliau ini seorang yang suka mengkritik Imam Ahmad). Imam Ahmad berkata: “Tulislah apa yang kamu belajar darinya, kerana beliau adalah seorang syeikh yang soleh.” Para pelajar itu memberitahu bahawa Abi Kuraib selalu mengkritiknya (Imam Ahmad). Beliau menjawab: “Apa aku nak buat, seorang Syeikh yang soleh telah diuji Allah (memberinya bala) dengan membenciku.” [Tarikh Dimasyq: 55/58]. [Solusi Isu 28]
***

Tawadhu’ Imam Ahmad.
Berkata Imam Ahmad rhm pula: “Tidak ada orang yang mengembara (untuk mencari ilmu) ke Khurasan sama seperti pergi berguru dengan Ishak bin Rahawih. Walaupun pandangannya banyak berbeza dengan kami dalam beberapa hukum/masalah, ini kerana di antara sesama manusia (ulama' dengan ulama') itu pastilah sentiasa ada perbezaan pendapat.”

Ini menunjukkan Imam Ahmad amat terbuka fikirannya, beliau memuji dan menghormati Syeikh Ishak, walaupun mereka pernah berbeza pendapat dalam beberapa masalah. Ini kerana kefahaman seorang ulama'/tokoh itu bukanlah satu wahyu mutlak yang tidak mungkin salah lagi; tetapi mereka mengeluarkannya secara ijtihad semampu ilmu dan dalil yang mereka dapati. [Solusi Isu 28]

Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan hamba-Mu ini suatu hari menjadi pembela golongan / perkara yang batil, Janganlah Engkau jadikan hamba-Mu ini bekerja dalam dosa (maksiat), juga mempertahankan hawa nafsu. Dan Peliharalah hamba-Mu ini dari sikap ta’asub (kepada kebatilan), jahil atau tergelincir dari jalan yang benar.
****
إذا اعتاد الظهر الانحناء شق عليه الاعتدال، وإذا اعتادت النفس العبودية شقت عليها الحرية.
Apabila belakang telah biasa dengan membongkok, sukarlah untuknya berdiri tegak, demikian juga apabila jiwa telah biasa diperhambakan sukarlah ke atasnya untuk hidup merdeka.

إذا ربط بين الحاكم والعالم حبلٌ من المال ارتخت حبال الحق والعدل.
Apabila harta menjadi ikatan antara para ulama’ dengan pemerintah maka longgarlah tali ikatan hak kebenaran dan keadilan.

****
الابتلاء يلحق (الناهي عن المنكر) أكثر من (الآمر بالمعروف) لهذا يترك بعض المصلحين النهي ويكتفي بالأمر طلباً للسلامة فتتشوّه الرسالة.
Ujian ke atas orang yang “Melarang kemungkaran” lebih besar dari orang yang “Menyuruh yang Ma’ruf”; kerana itu sebahagian orang soleh meninggalkan kerja nahi munkar dan berpada dengan menyuruh yang baik sahaja untuk menjaga keselamatan, maka dia telah mencalarkan tugas membawa risalah (yang sepatutnya menjalankan 2 tuntutan serentak). Semoga Allah anugerahkan kekuatan kepada kita dalam memikul 2 tugas ini... [2/8/2013]
***

حسبنا الله ونعم الوكيل
Alhamdulillah, wash sholaatu was salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala aalihi wa shohbihi.
Kalimat ini termasuk zikir sederhana, namun mengandung makna yang luar biasa. Zikir ini menandakan bahwa seorang hamba hanya pasrah pada Allah dan menjadikan-Nya sebagai tempat bersandar.
Allah Ta’alamenceritakan mengenai Rasul dan sahabatnya dalam firman-Nya,
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan, “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. ” (QS. Ali ‘Imron: 173)
Kata Ibnu ‘Abbas, bahawa “hasbunallah wa ni’mal wakiil” adalah perkataan Nabi ‘Ibrahim ‘alaihis salaam ketika beliau ingin dilempar ke dalam api. Sedangkan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan kalimat tersebut dalam ayat,
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,” maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (HR. Bukhari no. 4563)
****
TGNA:
Persaraan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada memimpin kerajaan Negeri Kelantan adalah suatu yang mengharukan, namun itulah Sunnatul hayah. Rakyat Malaysia tanpa mengira parti patut berterima kasih kepada TGNA atas sumbangannya dalam bidang politik di negara ini, tidak boleh dinafikan beliau banyak melakukan tajdid dan islahat dalam pentadbiran Kelantan ke arah yang lebih Islamik serta membuka minda masyarakat tentang gaya pentadbiran menurut Islam.. JazahulLahu khairan kathira ‘anna wa ‘anilmuslim... [6/5/2014]
****
Sayyidina Omar berkata:
"Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, hiduplah di bawah pengawasan mereka (pasti kamu akan selamat). Mereka umpama hiasan diwaktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya.
Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu yang takut kepada Allah SWT. Jangan kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pandangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusanmu".
[Mukhtasar Minhaj al-Qasidin (Pustaka Salam) 1/193]

****
Berkata Yahya Bin Muaz rahimahullah:
“Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata kepadanya: {Ingatlah aku dalam doa kamu} [kerana sahabat yang baik akan sentiasa medoakan sahabatnya tanpa perlu dipinta], dan kamu hidup bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya (kerana nak jaga hatinya) atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya”.
بئس الصديق تحتاج إلى أن تقول له: "اذكرني في دعائك"، وأن تعيش معه بالمداراة، أو تحتاج أن تعتذر إليه)
[Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin -Pustaka Salam- 1/194. AAM 05 Rajab 1434H]

***

Ke mana matahari pergi?
Hadis riwayat Abu Zar ra.:
Bahwa pada suatu hari Nabi saw. bersabda: Tahukah kalian ke mana matahari pergi? Para sahabat menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Rasulullah saw. bersabda lagi: Matahari berjalan hingga berakhir sampai ke tempat menetapnya di bawah Arsy, lalu menjatuhkan diri bersujud. Dia (matahari) terus dalam keadaan begitu hingga difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari pun kembali, sehingga di waktu pagi terbit lagi dari tempat terbitnya. Kemudian berjalan, hingga berakhir pada tempat menetapnya di bawah Arsy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan begitu, sampai difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari kembali, sehingga di waktu pagi muncul dari tempat terbitnya. Kemudian ia kembali berjalan tanpa sedikit pun manusia menyadarinya, hingga berakhir pada tempat menetapnya itu di bawah Arsy, lalu difirmankan kepadanya: Naiklah, terbitlah dari Barat. Maka pagi berikutnya, matahari terbit dari sebelah Barat. Rasulullah saw. melanjutkan: Tahukah kalian kapan itu terjadi? Itu terjadi saat: Tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.
(Shahih Muslim No.228)
****


Bagaimana anda tahu bahawa anda telah ketagih internet (FB - twit dll)?
sila semak jika anda termasuk dalam ciri-ciri dibawah;
1-     Mencari Akses Internet di tempat kerja (para perkerja), atau di sekolah (Guru / murid) bahkan di masjid. (Ketika sedang mendengar kuliah atau berzikir).
2-     Berjaga malam sehingga terabai masa untuk ibu bapa, anak-anak dan keluarga.
3-     Melayari internet walaupun ketika makan.
4-     Ada simptom Gangguan saraf (mungkin tangan bergerak-gerak seolah-olah sedang menaip) dan kurang tidur serta fikiran bercelaru.
5-     Kemerosotan hubungan sosial: seorang pemuda melihat keluarganya hanya apabila tiba waktu makan, dan selau marah-marah.
6-     Hubungan dengan keluarga & kawan  rengang, tidak semesra dahulu, bila jumpa pun mata dan tangan masih melekat di HP.
7-     Apabila bangun dari tidur yang dicari adalah gajet (laptop/kom/HP/ipad dsb) dan bangun beberapa kali waktu malam dok cek sms atau fb.
[Nasihat dari Dr. Salam Al-Audah – AAM 10 Rajab 1434H]

****
Berkata Sheikh Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah:
1-Tinggalkan tabiat banyak (An-Nazor) memandang kepada perkara yang tidak perlu, Kamu akan mendapat taufiq kepada sifat KHUSYU’.
2-Tinggalkan tabiat banyak berkata-kata dengan perkara yang tidak perlu, Kamu akan mendapat taufiq kepada HIKMAH (Bijaksana).
3-Tinggalkan tabiat banyak makan, Kamu akan mendapat taufiq kepada kemanisan beribadat.
قال عبد الله بن المبارك رحمه الله: اترك فضول النظر تُوفَّق للخشوع.. واترك فضول الكلام تُوفَّق للحكمة .. واترك فضول الطعام تُوفَّق للعبادة.
[AAM, Jumaat 14 Rajab 1434H]
****


((لقد رأيت رجلايتقلبفيالجنة، فيشجرة قطعها من ظهر الطريق كانت تؤذي الناس)) مسلم
Sabda Nabi SAW: Aku lihat seorang lelaki bersenang-senang dalam syurga, (sebabnya hanya( kerana dia telah menarik pokok yang berada di tengah jalan menyakiti manusia (yang melalui di jalan itu)”. [HR: Muslim]
Pengajaran Hadis: 1- Syariah Islam Syumul ajarannya, termasuk menjaga alam sekitar.
2-Amalan yang sedikit pada pandangan manusia tetapi besar di sisi Allah.
3- Luasnya rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya.
***


Jalan Menuju Kebahagiaan; Tujuh Wasiat Kepada Abu Zar ra.
Abu Zar Al-Ghifari r.a berkata: “Kekasihku Rasulullah saw telah menasihatiku dengan tujuh perkara:
    Aku diperintahkan agar menyayangi fakir miskin dan bergaul dengan mereka.
    Aku diperintahkan agar tidak memandang orang yang lebih tinggi (kaya) dariku, dan agar memandang keadaan orang-orang yang lebih rendah dariku.
    Aku diperintahkan agar menyambung silaturahim, walaupun orang yang aku datangi itu berpaling dariku (menghindar dariku, menjauhiku, dan tidak mempedulikan aku, atau sombong terhadapku).
    Aku diperintahkan agar tidak meminta sesuatupun dari orang lain.
    Aku diperintahkan agar mengatakan perkara yang haq kepada orang lain walaupun ianya pahit.
    Aku diperintahkan agar tidak mempedulikan celaan sesiapa pun.
     Aku diperintahkan memperbanyakkan bacaan : لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِالله  kerana kalimat itu diturunkan langsung dari sebuah khazanah yang khusus di bawah ‘Arasy”.
[HR: Ahmad – Sanadnya Sahih]
AAM, 4 Sya’ban 1434H.
****
كان عمر بن الخطاب رضي الله عنه يقول: ( رحم الله امرأً أهدى إلي عيوبي ) وكان يسأل سلمان عن عيوبه، فلما قدم عليه قال: ما الذي بلغك عني مما تكرهه.
قال: أعفني يا أمير المؤمنين فألح عليه، فقال: بلغني أنك جمعت بين إدامين على مائدة وأن لك حلتين حلة بالنهار وحلة بالليل.
قال: وهل بلغك غير هذا ؟ قال: لا، قال: أما هذان فقد كفيتهما.
Teringat kepada kata-kata yang disandarkan kepada Sayyidina Omar bin Al-Khattab ra: “Semoga Allah merahmati sesiapa yang menyampaikan kepadanya keiabanku (kelemahanku)”.
****
Berkata Al-Fudhail bin ‘Iyad – Rahimahullah– :

قال الفضيل بن عياض اياك أن تدل الناس على الله ثم تفقد الطريق

 واستعذ بالله دائما أن تكون جسرا يعبر عليه الى الجنة ثم يرمى بك الى النار

Janganlah kamu menjadi orang yang mengajak manusia ke jalan Allah. Kemudian kamu sendiri kehilangan jalan itu (tidak beramal dengan apa yang didakwahkan).
Sentiasalah meminta perlindungan dari Allah daripada menjadi jambatan yang digunakan orang untuk menyeberang ke syurga kemudian ianya dicampakkan ke dalam neraka.
[AAM, Jumaat 12 Sya’ban 1434H]
****
قال ابن القيم يرحمه الله:«لا تستطل أوصاف القوم!، فالمتروك والله أكثر من المذكور!.
كاد القرأن أن يكون كله في شأنهم لكثرتهم على ظهر الأرض وفي أجواف القبور، فلا خلت بقاع الأرض منهم لئلا يستوحش المؤمنون في الطرقات، وتتعطل بهم أسباب المعايش وتخطفهم الوحوش والسباع في الفلوات، سمع حذيفة رضي الله عنه رجلا يقول: "اللهم أهلك المنافقين"، فقال: "يا ابن أخي لو هلك المنافقون لاستوحشتم في طرقاتكم من قلة السالك!!".». "مدارج السالكين 1/ 469 - 470 ".  انظر: http://www.tafsir.net/vb/tafsir1944/
****
إنّه سترُ من ستره! - فالحمد له سبحانه!!.
قال مالك بن دينار رحمه الله :«أقسم لكم، لو نبت للمنافقين أذناب ما وجد المؤمنون أرضاً يمشون عليها»، "حلية الأولياء 2/ 376 ".
Ini suatu tutupan yang Allah sembunyikan, Al-Hamdulillah..
Berkata Malik bin Dinar rahimahuLlah: Aku Bersumpah (Dengan Nama Allah) bagi kamu, Sekiranya Setiap orang munafikin akan tumbuh ekor (tanda munafik) nescaya tidak ada lagi bagi orang mukmin bumi untuk berjalan atasnya (bebas dari munafik).. Semoga Allah Selamatkan kita dari sifat yang sangat keji ini!!
****
Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: “Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi sallallah 'alaihi wasallam tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi sallallah 'alaih wasallam berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu”. [Hadis riwayat al-Bukhari (jld. 5, hlm. 2056) dan Muslim (jld. 6, hlm. 109)]










Catatan Rehlah Haj (1) 1434H.

$
0
0

Abu Anas Madani: Catatan Rehlah Haj 1434H. (1)

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله الذي جعل الكعبة البيت الحرام مثابة للناس وأمناً، والصلاة والسلام الأتمان الأكملان على خير البرية أجمعين، وخاتم رسله الأكرمين، وعلى آله وصحبه ومن تبعهم إلى يوم الدين، أما بعد.


Alhamdulillah, sekali lagi syukur yang tidak pernah putus dan setingi-tingginya kepada al-Mun’im ‘Azza wa Jalla atas limpah kurnia-Nya memilih hamba-Nya yang haqir lagi faqir kepada keampunan-Nya, sekali lagi untuk mendapat peluang sebagai dhuyuf-Nya bagi tahun 1434H ini. 

Rehlah atau pengembaraan Suci.
Tidak ada satu pun pengembaraan di atas muka bumi ini sebaik menuju ke Baitullah al-Haram. Rehlah yang diberkati iaitu rehlah haji dan umrah.
Setiap jemaah yang telah mendaftarkan diri untuk mengerjakan haji menanti dengan penuh kerinduan dan pengharapan untuk menjadi tetamu Allah swt. Apabila sahaja keputusan telah diterima mereka akan melaksanakan sujud syukur kepada Allah swt seolah-olah mereka telah mendapat anugerah yang besar daripada Allah swt. Bagaikan mereka telah menerima kad jemputan dari Allah swt untuk menziarahi rumah yang paling mulia, negeri yang dicintai oleh Nabi saw, tempat terawal wahyu diturunkan, menjadi kiblat solat umat Islam dan ganjaran pahala solat seratus ribu kali ganda serta pelbagai fadhilat dan kelebihan lagi.
Demikianlah keadaan al-‘abdu al-faqir Abu Anas apabila dijemput untuk bersama dalam kafilah haji Ash-har Travel pada tahun ini, walaupun keuzuran dibahagian lutut yang nampak tidak begitu mengizinkan untuk melaksanakan haji. Tetapi demi untuk menyertai jemaah haji ini, pengorbanan tetap diteruskan.

Maka pada pagi selasa 01 Oktober 2013 bersamaan dengan 25 Zulqa’dah 1434H berangkatlah AAM bersama rombongan dari KB pada jam 11:50 pagi ke KLIA setersnya ke Kelana Jaya – penginapan dan proses keberangkatan macam biasa -. Lihat rehlah tahun sebelumnya:
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/10/catatan-rehlah-haj-1432h-1.html

Pada jam 1:30 pagi Rabu (02/10/2013) terbang dengan KT 57 (SV5217), kapal charter dari Spanish (Pullmantur Air).
Alhamdulillah sampai di KAAIA Jeddah sedang molek azan subuh (4:58am), jadi sempat solat Subuh berjamaah di terminal haji. Setelah itu beratur untuk cop paspot di kaunter imigresen dan ambil barang, dapatkankan tiket bas dan terus ke tempat menunggu jemaah haji Malaysia.
Oleh kerana rombongan Ash-Har ada 56 orang dalam group ini, maka 12 orang kena naik bas lain. Perjalanan begitu lancar dan kami selamat tiba di Makkah, check-in Hotel Al-Zahabi Al-Khalil, Al-Misfalah pada jam 11:30 pagi..
Selepas semua sudah dapat bilik dan makan tengah hari, ada jemaah yang pergi sendiri menyelesaikan ibadat Umrah (Tawaf, Saie, bergunting), ada yang pergi pada waktu Asar dan majoriti jemaah di bawa waktu malam selepas solat Isya’.
Keadaan di Makkah pada masa ini masih tenang, jem tidak begitu teruk, Tetapi yang menjadi kelam-kabut dan serabutnya ialah orang tidak ikut disiplin atau akhlak, selamba duduk di tengah jalan, depan pintu dan pelbagai karenah lagi

Sedikit Maklumat Dari Makkah.

Akibat daripada pembinaan dan pembesaran yang sedang dijalankan di dalam Masjidil Haram, telah berlaku kesesakan yang agak teruk. Ini kerana sebahagian besar daripada kawasan Masjid terutama di tempat tawaf tingkat atas, bermula dari bahagian Hajarul Aswad sehingga ke Rukun Hijir Ismail masih di dalam pembinaan.
Lalu sebagai alternatifnya, orang ramai menjadikan sebahagian besar ruang Sa’ei sebagai tempat solat, menjadikan kawasan ini begitu penuh dan sesak. Laluan untuk masuk ke dalam masjid melalui ruang ini juga telah menjadi agak sukar.
Bagi mereka yang menggunakan kerusi roda juga terpaksa menghadapi kesesakan dan kesukaran.
Untuk naik tawaf ke tingkat atas sahaja Ada ketikanya mereka terpaksa beratur hampir satu jam, dalam barisan yang begitu panjang sehingga ke pintu istana.
Semua ini belum lagi pada waktu kemuncak haji. Jika waktu puncak ibadat nanti, tak dapatlah dibayangkan bagaimana, hanya Allah sahaja yang dapat menolong dan mempermudahkannya.
Jadi sememangnya tindakan Kerajaan Arab Saudi, yang mengurangkan kuota haji bagi tahun ini sebanyak 20% adalah sesuatu yang wajar dan perlu. Ianya amat penting untuk kebajikan para jemaah haji dan keselesaan mereka sendiri.
Diharap para jemaah haji pada tahun ini dapat bersabar dan bertimbang rasa menghadapi semua keadaan ini, demi maslahah dan kebaikan bagi masa depan, insya’Allah.

Rahsia Haji Yang Terabai.
Memahami rahsia dan hikmah ibadat haji adalah merupakan manfaat yang besar dan sangat tinggi nilainya. Allah swt telah mendahulukan sebutan menyaksikan manfaat bagi orang yang mengerjakan haji sebelum menyebut nama Allah swt sebagaimana dalam firman-Nya:
لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: {Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.} [Surat al-Haj: Ayat 28].

Apabila manusia jahil atau tidak mengetahui hikmah rahsia sesuatu amalan yang besar, ia akan menyebabkan amalan itu dipandang kecil kerana mereka akan menunaikannya tanpa ruh dan melakukan tidak mengikut kehendak Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Maka apabila manusia meninggalkannya tiadalah mereka mendapat faedah dari ibadat tersebut kecuali sangat sedikit.
Kesan daripada itu, sebagaian besar dari jemaah haji yang kembali dari menunaikan haji hanya membawa balik riwayat-riwayat cerita sahaja, tetapi tidak membawa kesan dari haji yang dilaksanakan. Contohnya dalam penjagaan solat, menutup aurat, meninggalkan riba dan rasuah dan lain-lain pelanggaran arahan Syara’.
Bagi penduduk Makkah pula, sebahagian mereka menganggap ahli jemaah haji yang datang hanyalah rezeki semata-mata daripada Allah dan dengan itu menyebabkan sebahagian penduduk Makkah merasakan jemaah haji yang datang ini tidak perlu diberi layanan istimewa menjadi tetamu Allah. Maka bumi yang berkat ini menjadi seakan-akan bumi perniagaan semata tanpa ruh ibadat haji yang sebenar.
Akan bersambung....

Akhukum, Abu Anas Madani,
Makkah. Al-Misfalah, 29/11/1434H – 05-10-2013.






Doa pada Hari Arafah

$
0
0

Doa pada Hari Arafah Untuk Jemaah Haji Atau Semua? 
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, doa ini paling cepat diterima atau diqabulkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Sehinggakan kita diperintahkan untuk berterusan dan mengambil berat untuk melakukan ibadah yang satu ini pada hari Arafah. Lebih-lebih lagi untuk orang yang sedang berwukuf di Arafah.
Dari ‘Aisyah ra, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ؟
Maksudnya: “Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu Allah berbangga dengan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [HR. Muslim no. 1348].
Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda,
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”].
Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau dikabulkan. (Lihat Tuhfatul Ahwazi, 10: 33).
Persoalannya, apakah keutamaan doa ini hanya khusus bagi mereka yang wukuf di Arafah? Apakah termasuk juga keistimewaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadat haji? 

Ulama’ berbeza pandangan dalam masalah ini; Ada ulama’ yang mengatakan bahawa mustajabnya doa tersebut adalah umum, baik bagi yang menunaikan haji mahupun yang tidak. Ini kerana keutamaan yang ada adalah keutamaan pada hari Arafah. 
قال الباجي رحمه الله: قوله: (أفضل الدعاء يوم عرفة) يعني: أكثر الذكر بركة ، وأعظمه ثواباً ، وأقربه إجابة. ويحتمل أن يريد به الحاج خاصة ؛ لأن معنى دعاء يوم عرفة في حقه يصح ، وبه يختص وإن وصف اليوم في الجملة بيوم عرفة فإنه يوصف بفعل الحاج فيه ، والله أعلم . انتهى . "المنتقى شرح الموطأ " (1 / 358) .
Berkata Al-Baji rahimahullah: Makna Hadis “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah” ialah: Zikir yang paling banyak berkat, paling besar pahala dan paling hampir dengan ijabah (diperkenan/diterima).
Pandangan yang kedua (Ihtimal) maksudnya ialah khas untuk jemaah haji sahaja, kerana makna doa pada hari Arafah untuk mereka memang sah, dikhususkan untuk mereka, walaupun disifatkan hari secara umumnya dengan nama Hari Arafah. Maka ianya disifatkan dengan perbuatan jemaah haji pada hari tersebut, wallahu a’lam”. [Al-Muntaqa’ Syarah Muwatto’ 1/358].
Bagi jemaah yang berwukuf, waktu untuk berdoa bermula pada siang hari 9hb itu, selepas matahari tergelincir ke barat (masukwaktu solat Zuhur) sehingga terbenamnya matahari (maghrib). Maka bagi mereka yang sedang berada di Arafah  ia bererti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.
Dalil bagi yang mengatakan ia adalah umum untuk semua ialah: Bahawa doa pada hari Arafah dilihat kerana kemuliaan hari tersebut, bahkan dapat kita lihat sebahagian dari salaf yang membolehkan ta’rif. Ta’rif adalah berkumpul di masjid untuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah. Antara yang melakukan seperti ini adalah sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma yang berkumpul pada petang Arafah mengajar tafsir Al-Quran (bukan berdoa beramai-ramai).
Imam Ahmad juga membolehkannya walau beliau sendiri tidak melakukannya. Syaikh Soleh Al Munajjid -semoga Allah memberkati umur beliau- menerangkan: “Hal ini menunjukkan bahawa mereka menilai keutamaan hari Arafah tidaklah khusus bagi orang yang haji saja. Walau memang berkumpul ramai-ramai seperti ini untuk berzikir dan berdoa pada hari Arafah tidak pernah ada asalnya dari Nabi SAW.
Oleh kerana itu Imam Ahmad tidak melakukannya. Namun beliau memberi keringanan dan tidak melarang kerana ada sebahagian sahabat yang melakukannya seperti Ibnu ‘Abbas dan ‘Amr bin Harith radhiyallahu ‘anhum.”
[Syaikh Soleh Al Munajjid, Al-Islam Soal wa al-Jawab fatawanya no. 70282 - http://twitmail.com/email/397041104/59/false].
Para salaf dahulu saling ingat-memperingati pada hari Arafah untuk menyibukkan diri dengan ibadah dan membanyakkan doa serta tidak banyak bergaul dengan manusia. ‘Ata’ bin Abi Rabah berkata kepada ‘Umar bin Al Warud, “Jika engkau mampu mengasingkan diri pada siang hari Arafah, maka lakukanlah.” [Ahwal Al-Salaf fi Al-Hajj, hal. 44].
Kesimpulannya, rahmat Allah swt sangat luas, perbincangan ulama’ ini menunjukkan kepada amalan berzikir dan berdoa pada hari Arafah ada dilakukan oleh sebahagian ulama’. Ada pula sebahagian yang lain melarangnya kerana berkumpul pada Hari Arafah hanya dikhususkan kepada jemaah haji yang berada di Arafah.
Maka apa yang sepatutnya ialah kita galakkan masyarakat Islam yang tidak mengerjakan haji agar berpuasa, menghidupkan sunnah puasa pada hari Arafah sebagaimana sabda Nabi SAW:
))صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم[
Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah, aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
Doa orang yang berpuasa ketika berbuka puasa juga salah satu antara waktu mustajab doa.
Semoga Allah memudahkan kita untuk banyak melakukan amal ibadat di awal bulan Zulhijjah, menyibukkan diri dengan pelbagai amal kebajikan padanya, insya'Allah.

Akhukum, Abu Anas Madani,
Makkah, 4 Zulhijjah 1434H / 9 Oktober 2013M.

Catatan Rehlah Haj (2) 1434H

$
0
0

Abu Anas Madani: Catatan Rehlah Haji 1434H (2).

Alhamdulillah, selamat sampai di Makkah pagi Rabu 26 Zulhijjah 1434H (02/10/2013). Setelah selesai mengerjakan umrah; tawaf, saie, bercukur atau bergunting maka selesailah ibadat ini bagi orang ingin mengerjakan haji tamattu’. Bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad, maka mereka melakukan tawaf qudum (tawaf selamat sampai) dan melakukan saei haji, kemudian kekal berada dalam ihram hingga selesai tahallul awwal nanti.
Sila Baca Siri 1 di: Rehlah Haji 1434 (1).
Siri 3 di: Rehlah Haji 1343H (3)

Tugas Abu Anas ke Makkah selain untuk ibadat sendiri ialah untuk membimbing jemaah haji yang bersama dalam Pakej Ash-har Travel khasnya. Bersama dengan kami juga tahun ini ialah kumpulan JKIM (Jawatankuasa Kebajikan Islam MAS “Malaysia Airlines”) yang terdiri dari kakitangan MAS dan pasangan mereka seramai 50 orang.
Mudah-mudahan dengan sedikit bimbingan dan motivasi para jemaah terbimbing dalam melakukan ibadat mereka di Tanah Suci.
 
Tajuk pertama kuliah di Makkah ialah: “Anda di Makkah” memperkenalkan kelebihan dan adab berada di Tanah Haram.
Jemaah dinasihatkan agar banyak beribadat setakat yang mampu, jangan terlampau nanti terjejas kesihatan, sukar pula sewaktu nak menunaikan ibadat haji nanti.

*********
REHAT,
Kerehatan itu ibarat fatamorgana. Setiap kali kita menghampirinya, ia semakin jauh menghilang.
Dan kita takkan sampai kepadanya melainkan di Syurga.
Oleh itu, usahlah kita memburu kerehatan, tetapi ayuhlah memburu Syurga.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H- aam)

*********
Fadhilat Beramal pada 10 hari terawal Bulan Zulhijjah

Jangan sampai diremehkan dan diperkecilkan IBADAT!
Sepuluh hari awal daripada bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang mempunyai kelebihan, sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Nabi S.A.W.

Ini kerana pada hari-hari tersebut terkumpul pelbagai jenis ibadah.

Namun, ibadah tersebut mestilah dilakukan IKHLAS kerana Allah.

Bukan untuk diperlihatkan (RIYA') atau diperdengarkan (SUM'AH).

Nabi SAW bersabda:
من سمع الناس بعمله سمع الله به سامع خلقه وحقره وصغره
"Sesiapa yang memperdengarkan amalannya kepada manusia, maka Allah akan memperdengarkan dengannya kepada yang mendengar daripada makhluk-Nya, MEMPERLEKEHKAN DAN MEMPERKECILKANNYA" [Musnad Ahmad (6509) - Sahih]
Jangan jadikan amalan yang HEBAT dan BESAR di sisi ALLAH SWT menjadi amalan yang diremehkan dan diperkecilkan.
Ya Allah, kurniakanlah kami ikhlas dalm beribadah kepadaMu. #Arar.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H).
***************
Peringatan Bagi Mereka Yang Ingin Melakukan Ibadat Korban.

*********
Pada Pagi 4 Zulhijjah / 9hb Oktober 2013:
Ustaz Shamsudin Abdul Rahman (JARUM) datang menziarahi jemaah Ash-Har, dan ustaz pula bersedia untuk menjelaskan kesesatan dan kejahatan penganut agama Syiah kepada jemaah Ashhar di hotel Az-Zahabi, Makkah. Pendedahan kesesatan ini sangat penting untuk mengawal Aqidah Umat Ini. Jazahullahu khaira.

Antara buku ajaran Syiah yang di mutalaah sempena haji ini ialah;

***********
Sembunyikanlah!
AMAL KEBAJIKAN.
Orang soleh pada zaman dahulu, apabila mereka melakukan amalan yang baik, mereka bersusah-payah menyembunyikannya.
Ayyub As-Sikhtiyani (wafat 131H) pernah memberikan satu nasihat yang sangat berharga dalam perbahasan ini. Beliau berkata:
ليتق الله الرجل، فإن زهد فلا يجعلن زهده عذابا على الناس،
فلأن يخفي الرجل زهده خير من أن يعلنه
"Seorang lelaki hendaklah bertaqwa kepada Allah. Jika dia hidup dengan zuhud, janganlah dia menyebabkan orang lain merasakan kesengsaraan daripada zuhudnya itu.”
Dia menyembunyikan zuhudnya itu lebih baik daripada dia menzahirkannya.
[Lihat: Siyar A'lam Nubala 16/15-26]

Perkataan beliau ini dilaksanakan oleh beliau sendiri.

Sallam memberitahu: Ayyub melakukan qiyamullail sepanjang malam tetapi beliau menyembunyikan qiyamullailnya itu. Apabila dekat waktu Subuh, beliau mengangkat suara, seolah-olah beliau baru bangun dari tidur.

Abu Hazim Salamah bin Dinar (wafat 140H) berkata:
اكتم حسانتك كما تكتم سيئاتك
"Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana kamu menyembunyikan perbuatan jahatmu"[Lihat: Siyar A'lam Nubala 6/96-103]

Al-Khatib Al-Baghdadi rh meriwayatkan dalam Tarikh Baghdad (10/200) bahawa Abdul Rahman bin Abi Laila melakukan solat (sunat) di rumahnya. Jika ada orang masuk ke rumah, beliau akan berteleku di tilamnya (seolah-olah dia sedang berehat).
Contohilah mereka wahai para ahli ibadah! #ARAR 16/5/2013.
(MAKKAH, 5 Zulhijjah 1434H, aam)
*********
Muhasabah diri;
BESAR JUGA FITNAH FB NI DALAM IBADAT KITA.
Di Zaman kita hari ini pula semua ibadat nak beritahu kepada orang;
Tengah Solat ambil gambar.
Tengah Tawaf dan Saei ambil gambar,
Tengah melontar ambil gambar.
Tengah Menyampaikan Salam Kepada Rasulullah SAW pun ambil gambar.
Bahkan ketika sedang berdoa ambil gambar. Menangis dalam doa atau dalam sujud pun cerita kepada orang.
*Semuanya untuk dimasukkan dalam fb!!
Bahaya: Nanti Hidupku & Matiku untuk FB!!
اللهم أصلح أحوالنا ونياتنا.

**********
Hujan Di Arafah hari Rabu 4/12/1434H.
Hujan turun lebat di Arafah dan kawasan sekitarnya.
Menurut maklumat petugas di Arafah, banyak juga khemah yang terbalik,banyak juga khemah yang runtuh, dan ada barang-barang yang hanyut dibawa air hujan.
Lihat video; Watch سيول صعيد عرفةل" on YouTube –

Biasalah hujan di Makkah dan sekitarnya akan menjadi banjir kilat, mungkin disebabkan oleh system perparitan yang tidak disediakan memandangkan jarang hujan di sana.
Khemah yang terbalik itu biasanya sekejap sahaja dibaiki oleh pihak Muassasah. Alhamdulillah.
Doakan semoga Hari Arafah nanti semuanya selamat sejahtera.

Berita Palsu:
Cepatnya tersebar dan rajinnya orang bekerja menyebarkan cerita palsu kononnya kerajaan Saudi menghantar balik jemaah haji kerana banjir dan lain-lain.
["Dukacita dimaklumkan bahawa Arab Saudi telah menutup kemasukkan Jemaah haji di seluruh dunia akibat berlakunya ribut taufan di Arafah. Jemaah yang telah tiba di Jeddah pun diarah pulang ke negara masing2."]

Laporan dari Makkah;
Ahli keluarga jemaah haji jangan bimbang, alhamdulillah kami di Makkah dalam keadaan & suasana yang baik.
Jangan percaya kepada sms palsu yang mengatakan jemaah diarah pulang kerana banjir. Ada berita yang mengatakan bahawa Arab Saudi mengarahkan jemaah haji berpatah balik ke tanah air semasa tiba di Jeddah adalah TIDAK BENAR.
Jemaah yang tak dapat visa haji dan tak boleh datang ramailah di Kuala Lumpur sana. Jangan cuba menggunakan kejadian alam untuk menutup kelemahan dan alasan.
Saya perbetulkan message tersebut bahawa TIADA SAMA SEKALI arahan dari Arab Saudi menutup kemasukan jemaah haji untuk berwukuf di Arafah. Peristiwa berlaku adalah hujan lebat dan banjir kilat. Semua dalam keadaan sedia kala sekarang. Khemah ada yang tumbang kerana masih belum dipasang dengan sempurna. Para petugas sedang membaiki hari ni. Tiada kemalangan jiwa dan semua jemaah haji berada di Makkah.
Kemasukan jemaah haji memang ditutup seperti tahun-tahun lepas dimana seminggu sebelum wukuf semua penerbangan dari seluruh dunia sudah habis dan airport haji ditutup sementara.

Lihat juga *Catatan Abu Anas haji tahun 1430H, berlaku hujan lebat di Arafah dan Jeddah, sila baca di;

Matof
Alhamdulillah tanggal 5 Zulhijjah tempat tawaf (Matof) yang asal di atas bangunan masjidil Haram yang dibaiki telah dibuka kepada Toifiin (orang tawaf) walaupun belum siap sepenuhnya. Ini untuk menerima kemasukan jemaah yang semakin ramai.
Manakala tempat tawaf sementara yang berbentuk bulat di tengah-tengah medan dan mengganggu pandangan itu, tetap dikekalkan!! Tetapi ianya hanya dikhaskan untuk orang yang menggunakan kerusi roda bersama seorang pengiring sahaja yang dibenarkan.
(AAM, Masjidil Haram, 5 Zulhijjah 1434H).

***********
HAJI MABRUR.
Unta Yang Menunaikan Haji
Orang yang ingin menunaikan haji hendaklah memastikan perbelanjaan hajinya adalah daripada harta yang halal dan suci.
Seorang penyair berkata:
إذا حججت بمال أصله دنس - فما حججت ولكن حجت العير
Jika engkau melaksanakan haji dengan harta yang kotor pada asalnya,
Maka, tidaklah engkau menunaikan haji; hakikatnya yang menunaikan haji adalah UNTA (YANG DITUNGGANGI).

لا يقبل الله إﻻ كل صافية - ما كل من حج بيت الله مبرور
Allah tidak menerima kecuali yang SUCI BERSIH,
Tidak semua yang menunaikan haji ke Baitullah itu hajinya mabrur.

Maksudnya, dia tidak mendapat pahala dan hajinya tidak diterima oleh Allah Ta'ala disebabkan perbelanjaannya yang kotor.
Maka, keadaannya adalah sama seperti orang yang tidak pergi haji.
Jadi, yang pergi haji adalah unta yang ditunggangnya.
Carilah harta yang halal dan bersih untuk menunaikan haji. Semoga Allah berikan haji yang mabrur. #Arar.
(Makkah, 6 Zulhijjah 1434H. AAM)

*************
Tazkirah; Ihram Hati.

 6-12-1434 خطبة الشيخ صالح آل طالب

Muqaddimah Khutbah Masjid Haram hari ini;
Keluhan orang yang tak dapat pergi haji:
يا راحِلين إلى البيت العتيقِ لقد *** سِرتُم جُسومًا وسِرنا نحن أرواحًا
إنـا أقَمنـا على عُذرٍ نُكابِدُه *** ومن أقـامَ على عُذرٍ كمن راحَا
Wahai golongan yang berangkat ke Bait al-Atiq (Kaabah) sesungguhnya **
Kamu pergi dengan jasad kamu dan kami pergi dengan jiwa kami.
Kami tinggal di kampung dengan keuzuran yang menghalang**
Dan mereka yang tinggal kerana keuzuran sama (pahalanya) seperti mereka yang pergi.

خرجَت أمُّ أيمن بنتُ عليٍّ من مصر وقتَ خُروج الحُجَّاج والجِمالُ تمرُّ بها وهي تبكِي وتقول:
"هذه حسرةُ من انقطعَ عن الوصول إلى البيت؛ فكيف تكونُ حسرةُ من انقطعَ عن ربِّ البيت؟!".
Ummu Aiman binti Ali rh keluar dari Mesir ketika jemaah haji berangkat menuju ke Makkah, apabila rombongan melintasi di hadapannya, dalam keadaan menangis beliau berkata:
“Ini adalah kerugian bagi mereka yang terputus dari sampai ke Baitullah.
Maka bagaimana pula besar kerugian bagi mereka yang terputus hubungannya dengan Tuhan kepada Baitullah”.

 (AAM, Jumaat 6 Zulhijjah 1434H).

وفي هذا يقول ابن رجب الحنبلي رحمه الله:
من فاته هذا العام المقام بعرفة، فليقم بحقه الذي عرفه. من عجز عن المبيت بمزدلفة، فليبيت عزمه على طاعة الله وقد قربه وأزلفه. من لم يمكنه القيام بأرجاء الخيف، فليقم بحق الرجاء والخوف. من لم يقدر على نحر هديه بمنى، فليذبح هواه هنا، وقد بلغ المنى. إن حُبستم العام عن الحج فارجعوا إلى جهاد النفوس، أو أُحصرتم عن أداء النسك فأريقوا على تخلفكم من الدموع ما تيسر، فإن إراقة الدماء لازمة للمحصَر، ولا تحلقوا رءوس أديانكم بالذنوب، فإن الذنوب حالقة الدين ليست حالقة الشعر، وقوموا لله باستشعار الرجاء والخوف مقام القيام بأرجاء الخيف والمشعر، ومن كان قد بعد عن حرم الله فلا يبعد نفسه بالذنوب عن رحمة الله، فإن رحمة الله قريب ممن تاب إليه واستغفر، ومن عجز عن حج البيت أو البيت منه بعيد، فليقصد رب البيت، فإنه ممن دعاه ورجاه، أقرب إليه من حبل الوريد.

**********
HAJI, dahulu & sekarang.
Beberapa titik penting pertemuan dengan para pendakwah dari beberapa negara... berkisar tentang:
Haji: Antara Semalam dan Hari ini.
1. Perjalanan haji... Jemaah haji dahulu perjalanan menggunakan kapal laut ambil masa berbulan-bulan. Ada yang berjalan kaki ambil masa setahun. Jemaah haji hari ini hanya mengambil masa beberapa jam mula bertolak dari tempatnya sehingga sampai ke Makkah.
2. Keamanan perjalanan... Selain masa perjalanan yang panjang para jemaah terdedah kepada banyak bahaya sepanjang perjalanan samada berupa bencana alam atau kezaliman penyamun di tengah perjalanan.
Kerana itu masyhur di kalangan orang terdahulu perkataan:
"JEMAAH HAJI: Perginya umpama hilang; Pulangnya bagai baru dilahirkan".

3. Persiapan rohani... Seorang yang berihram dari miqat dahulu mengambil masa beberapa hari sebelum sampai ke Makkah. Justeru mereka bertalbiah pagi dan petang, siang dan malam sepanjang perjalanannya.
Talbiah adalah lambang peng-Esaan terhadap Allah dan memiliki kesan yang amat besar terhadap mereka yang mengucapkannya. Berbeza dengan perjalanan sekarang yang belum sempat menghabiskan 100 kali talbiah, Ka’bah sudah ada di hadapan mata...
4. Kemudahan... Tentu saja kemudahan yang ada sekarang adalah nikmat yang besar dari Allah sehingga manusia yang berhaji berada dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dahulu. Masjidil haram yang luas, khemah di mina dan Arafah, tandas, petunjuk arah qiblat, bekalan makanan dan minuman dan lain-lain.
Seorang pendakwah dari Indonesia berkongsi pengalaman melakukan Haji era 80-an apabila beliau bermimpi dan bangun dalam keadaan berjunub. Amat payah untuk mendapatkan air sehingga beliau terpaksa membeli beberapa botol minuman dan menggunakannya untuk mandi.
Semoga kita dapat mengambil faedah dari perbezaan ini dan mengambil manfaat dari nikmat yang dikurniakan tanpa melupakan sudut-sudut yang memberikan kelebihan kepada para jemaah haji dahulu. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada jemaah2 haji kita dan seluruh dunia HAJI yang MABRUR serta menerima segala amalan kebaikan dari kita sehingga akhirnya Allah mengganjari kita dengan SYURGA yang kekal abadi di akhirat sana...
#Ust. Hasyimi, Makkah 7 Zulhijjah 1434.
(Makkah, 12/10/2013, AAM).

Akhukum Abu Anas Madani.


Sila Baca Siri 1 di: Rehlah Haji 1434 (1).
dan Siri 3 di: Rehlah Haji 1343H (3)

Padang Ragutnya Subur Tetapi Malang, Kambing Pula Sakit.

$
0
0

Daripada  Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar kita sebahagian orang Islam, orang Arab dan lain-lain  berbanding dengan sebahagian orang barat.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني
Aku menulis risalah ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.
Aku sebenarnya takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku menulis  tentang mereka dengan penuh kebenaran dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku. 

Demi Allah! Sesungguhnya debu-debu pada kasut Nabi Muhammad bin Abdullah sollallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih ku cintai dari seluruh bumi Amerika dan Eropah dihimpunkan bersama.

Tetapi, mengakui dan mengiktiraf kebaikan orang lain bukanlah suatu yang tercela bahkan ianya merupakan manhaj al-Quran.
Firman Allah Ta'ala:

ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة
Maksudnya: "Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar)..." [Ali Imraan: 113].

Ketika aku berada di Paris, selain merujuk kes kesihatanku dengan para doktor, aku sempat melawat beberapa buah perpustakaan serta melihat dan memerhati gelagat masyarakat di sana. Aku perhatikan pergaulan dan hubungan sesama mereka. Sepanjang itu, aku mendapati wujudnya nilai kesenian sebuah tamadun, tabiat yang indah, jiwa yang lembut, kemesraan sebuah pertemuan, adab yang baik dengan yang lain, tona suara yang tenang, hidup yang kemas tersusun, janji yang ditepati dan ketertiban dalam urusan hidup seharian!
 Nasyid

Ghuraba ( Strangers ) Golongan Yang Membela Kebenaran.

Lantas terlintas persoalan di benakku...

Bagaimana pula halnya dengan kita semua warga Arab?
Ibn Khaldun rahimahullah telah mendahuluiku dengan menyifatkan kita (bangsa Arab) dengan sikap perengus dan kasar.
Walaupun begitu, aku masih berbangga menjadi seorang Arab dek kerana Al-Quran itu berbahasa Arab dan Nabi Muhammad s.a.w juga seorang Arab.
Jika tidak kerana Wahyu itu yang telah mendidik dan mengasuh para pengikutnya, nescaya kita semua masih berada di takuk lama tatkala manusia menyembah berhala Hubal, Lata, Uzza dan Manat yang ketiga dan sekeliannya!
Namun, kita masih lagi punya jiwa yang kering, hambar dan keras mengikut kadar jauhnya kita dari mengamalkan Syariat yang suci.

Kita adalah masyarakat yang pemarah, bengis dan perongos...kecuali mereka yang dirahmati Allah (maka mereka bebas dari sikap itu).

Lihat sahaja sebahagian para masyaikh (guru) dan penuntut ilmu termasuk diriku. Kita kekeringan akhlak yang sempurna, punya nilai diri yang rendah. Terlalu kusam akhlaknya sehinggakan jika ditanya tentang sesuatu kepada sebahagian mereka menyambut persoalan itu dengan masam muka, berpaling dengan tiada menunjukkan minat dan penuh dengan sikap tidak endah.

Para petugas keamanan dari kalangan tentera misalnya. Mereka bersikap sangat kasar dan bengis ketika bertugas. Dengan pakaian seragam mereka itu, menaikkan lagi keangkuhan dan keegoan di khalayak awam.

Dari kalangan para suami pula, berlagak dan berani tidak bertempat. Bengis dan tegas, menakutkan dan menggerunkan bak singa tatkala berhadapan dengan para isteri. Tetapi bila di luar sana sangat lemah lembut, sopan dan mesra alam pula sifatnya!

Tidak ketinggalan juga para isteri. Sebahagiannya umpama kala jengking yang menyengat dan ular yang berbisa!

Begitu juga di kalangan para penjawat awam yang memikul amanah rakyat. Perwatakan mereka persis Namrud bin Kan'aan. Penuh takabbur dan sombong. Bila menyapa seringkali mereka berasa hebat. Tatkala duduk di khalayak ramai mereka seolah-olah bertambah mulia dan gah dengan jawatan yang dipegangnya.

Pegawai-pegawai polis seringkali berbicara dengan bahasa yang kesat, pedih dan menyakitkan.

Para ustaz dan guru sangat tawar dan hambar dengan para pelajar....

Sesungguhnya semua ini menyebabkan kita sangat perlu kepada perubahan. Kita berhajat kepada sebuah sekolah khusus (Maahad Tadrib Latihan) mendidik manusia tentang akhlak mulia.

Kita sangat berhajat kepada institusi yang mampu melahirkan para penjawat awam yang punya perwatakan penuh rahmat, kasih sayang, sopan santun dan tawadhuk.

Kita berhajat kepada sebuah markaz melatih para tentera bersopan dengan masyarakat awam.

Kita perlukan kolej khas dan bengkel yang mampu mengajar para suami dan isteri seni kehidupan berumahtangga.

Umat hari ini ternyata perlu kembali kepada perlaksanaan Syariat yang tuntas dan tepat agar dapat kita keluar dari belenggu kehambaran dan kekerasan jiwa yang jelas terlihat kusamnya di wajah dan pergaulan kita.

Di Negara-negara Arab seringkali kamu akan bertemu dengan masyarakatnya yang  berwajah seolah-olah penuh debu dilitupi warna hitam dan gelap gelita kesan dari tekanan, sikap takabbur, bongkak, dongkol, bebal dan keluh kesah.
Kita sebenarnya telah menyempitkan diri kita sendiri, manusia dan kehidupan seluruhnya!

Kerana itu kita akan mendapati sikap pengguna jalanraya yang melanggar peraturan lalulintas, menjadi sebab kesesakan dan seringkali bertikam lidah, berbalah dan berkelahi sesama sendiri.
Keadaan dan tabiat ini telah dipersetujui akan sebabnya oleh teman-teman para pendakwah tatkala soalanku kepada mereka:
"Apakah puncanya semua ini?" Lalu jawab mereka :
الحضارة ترقق الطباع!
"Ketamadunan yang telah melembutkan tabiat kemanusiaan."

Berbeza halnya di sini (Perancis). Jika kita bertanyakan arah jalan kepada seorang warga Perancis, dia akan segera keluar dari kenderaannya dengan membawa sebuah peta menuju ke kereta kita. Setelah itu dia akan menerangkan semuanya dengan jelas sedang kita masih berada di kerusi pemandu di dalam kereta kita.

Tatkala kita berjalan di sebuah laluan, lalu hujan mulai turun. Anda akan mendapati seseorang akan membuka payung untuk melindungi kita dari terkena hujan.

Begitu juga misalnya ketika sedang berebut atau bersesak di hadapan pintu masuk hotel mahupun hospital, pasti akan ada insan yang memberi laluan diiringi kata-kata yang penuh sopan dan menyenangkan.

(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w diamalkan dan direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.

Sedangkan jika ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan hinaan. Ke mana hilangnya manhaj Al-Quran yang  mengajar kita dengan ayat- ayat seperti:
«وقل لعبادي يقولوا التي هي أحسن » ،

Maksudnya: {Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...}. [Al-Israa': 53].

« وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما » ،
Maksudnya: {Apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.} [Al-Furqan: 63]

« فاصفح الصفح الجميل »
Maksudnya: {...serta layanlah mereka dengan cara yang elok.} [Al-Hijr: 85]

 «ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في الأرض مرحاً إن الله لا يحب كل مختال فخور، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير»
Maksudnya: {Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}. [Luqman: 18 -19].

Begitu juga sebagaimana di dalam Hadith:
وفي الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن »
"Orang-orang  yang mempunyai rahmat (kasih sayang) akan dirahmati dan disayangi Ar-Rahman." [HR: Abu Daud]
و « المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده »
"Seorang muslim itu adalah orang yang selamat orang Islam yang lain dari bahana lidah dan tangannya." [Muttafaq Alaih].
و « لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»
"Janganlah kamu bermusuh, janganlah berhasad dengki, jangan menjadi batu api, jangan memutuskan silaturrahim. Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara." [Muttafaq Alaih].

Kita punya Syariat yang bersifat Rabbani lagi penuh keberkatan namun sangat lemah perlaksanannya.

Telah berkata seorang cendiakawan India :
 المرعى أخضر ولكن العنز مريضة
"Padang ragut subur tetapi malang kambingnya pula sakit."

Akhirnya aku bermohon agar sesiapa sahaja yang membaca risalahku ini perlu berusaha sedikit demi sedikit membuat perubahan sikap dan paradigma. Ubahlah sikap sesama masyarakat sekeliling, keluarga, manusia seluruhnya samada Islam atau lainnya.

Wajib atas kita memperbaiki hubungan dan meningkatkan kualiti pergaulan dengan manusia...kerana kitalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia...

Alihbahasa: Abu Fatih Al-Mubaraki.
Dibaca oleh: Abu Anas Madani.
Pondok Sungai Durian.
Tarikh: 3 Muharram 1435H – 7/11/2013.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة)

بقلم د. عائض القرني

أكتب هذه المقالة من باريس في رحلة علاج الركبتين وأخشى أن أتهم بميلي إلى الغرب وأنا أكتبُ عنهم شهادة حق وإنصاف ، ووالله إن غبار حذاء محمد بن عبد الله ( صلى الله عليه وسلم ) أحبُ إليّ من أميركا وأوروبا مجتمِعَتين .

ولكن الاعتراف بحسنات الآخرين منهج قرآني ، يقول تعالى: « ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة».

وقد أقمت في باريس أراجع الأطباء وأدخل المكتبات وأشاهد الناس وأنظر إلى تعاملهم فأجد رقة الحضارة ، وتهذيب الطباع ، ولطف المشاعر ، وحفاوة اللقاء ، حسن التأدب مع الآخر ، أصوات هادئة ، حياة منظمة ، التزام بالمواعيد ، ترتيب في شؤون الحياة !

أما نحن العرب ؟؟؟
فقد سبقني ابن خلدون لوصفنا بالتوحش والغلظة ، وأنا أفخر بأني عربي؛ لأن القرآن عربي والنبي عربي ، ولولا أن الوحي هذّب أتباعه لبقينا في مراتع هبل واللات والعزى ومناة الثالثة الأخرى . ولكننا لم نزل نحن العرب من الجفاء والقسوة بقدر ابتعادنا عن الشرع المطهر.

نحن مجتمع غلظة وفظاظة إلا من رحم الله !

فبعض المشايخ وطلبة العلم وأنا منهم جفاة في الخُلُق ، وتصحّر في النفوس ، حتى إن بعض العلماء إذا سألته أكفهرَّ وعبس وبسر!

الجندي يمارس عمله بقسوة ويختال ببدلته على الناس !

ومن الأزواج زوج شجاع مهيب وأسدٌ هصور على زوجته وخارج البيت نعامة فتخاء!

ومن الزوجات زوجة عقرب تلدغ وحيّة تسعى !

من المسؤولين من يحمل بين جنبيه نفس النمرود بن كنعان كِبراً وخيلاء حتى إنه إذا سلّم على الناس يرى أن الجميل له ، وإذا جلس معهم أدى ذلك تفضلاً وتكرماً منه

الشرطي صاحب عبارات مؤذية!

الأستاذ جافٍ مع طلابه !

فنحن بحاجة لمعهد لتدريب الناس على حسن الخُلُق !

وبحاجة لمؤسسة لتخريج مسؤولين
يحملون الرقة والرحمة والتواضع!

وبحاجة لمركز لتدريس العسكر اللباقة مع الناس !

وبحاجة لكلية لتعليم الأزواج والزوجات فن الحياة الزوجية!

المجتمع عندنا يحتاج إلى تطبيق صارم وصادق للشريعة لنخرج من القسوة والجفاء الذي ظهر على وجوهنا وتعاملنا !

في البلاد العربية يلقاك غالب العرب بوجوه عليها غبرة ترهقها قترة ، من حزن وكِبر وطفشٍ وزهق ونزق وقلق

ضقنا بأنفسنا وبالناس وبالحياة!

لذلك تجد في غالب سياراتنا عُصي وهراوات لوقت الحاجة وساعة المنازلة والاختلاف مع الآخرين ، وهذا الحكم وافقني عليه من رافقني من الدعاة ، وكلما قلت: ما السبب ؟

قالوا: الحضارة ترقق الطباع !

نسأل الرجل الفرنسي عن الطريق ونحن في سيارتنا فيوقف سيارته ويخرج الخارطة وينزل من سيارته ويصف لك الطريق وأنت جالس في سيارتك !

نمشي في الشارع والأمطار تهطل علينا فيرفع أحد المارة مظلته على رؤوسنا!

نزدحم عند دخول الفندق أو المستشفى فيؤثرونك مع كلمة التأسف.

أجد كثيراً من الأحاديث النبوية تُطبَّق هنا ، احترام متبادل ، عبارات راقية ، أساليب حضارية في التعامل.
بينما تجد أبناء يعرب إذا غضبوا لعنوا وشتموا وأقذعوا وأفحشوا ، أين منهج القرآن: «وقل لعبادي يقولوا التي هي أحسن » ، « وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما » ، « فاصفح الصفح الجميل»
« ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في الأرض مرحاً إن الله لا يحب كل مختال فخور ، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير»
وفي الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن»
و « المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده»

و « لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»

عندنا شريعة ربّانيّة مباركة لكن التطبيق ضعيف.

يقول عالم هندي:
(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة)

اتمنى ممن قرأ هذه الرسالة أن يغير من تعامله ولو الشيء اليسير .مع المجتمع من حوله،مع أهله، مع جميع الناس، مسلم أو غيره .

يجب أن نرتقي بتعاملنا مع الناس.
فنحن خير أمة أخرجت للناس...

Catatan Rehlah Haj (3) 1434H

$
0
0

Abu Anas Madani: Catatan Rehlah Haji 1434H (3).

TARWIYAH:
Keadaan di Makkah malam ini (7hb Zulhijjah);
Jemaah sudah ada yang mula berangkat ke Mina untuk menghidupkan Sunnah Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) berada di Mina esoknya.

Rasulullah SAW sewaktu Hajjatul Wada';
Berangkat ke Mina pada pagi hari Tarwiyah, melakukan solat zuhur, asar, maghrib, isya' dan subuh (5 waktu) pada waktunya yang tertentu tanpa jamak, dan yang 4 diqasarkan 2 rakaat.
Lihat Siri 1 di: Rehlah Haji 1434 (1)
Lihat Siri 2 di: Rehlah Haji 1434 (2).


Pagi hari 9 Zulhijjah Baginda berangkat ke Arafah.
قال صلى الله عليه وسلم:
))خذوا عني مناسككم)). ((الحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة((.

Alhamdulillah jemaah Ash-Har yang bersama ana semua berada di Mina pada hari Tarwiyah, menghidupkan sunnah haji ini.
Di Mina kami isikan masa dengan solat, zikir, tazkirah serta kuliah dan lain-lain aktiviti.
Demikian juga pada hari raya dan tasyrik selepasnya.
اللهم اجعل حجنا حجا مبرورا....

Buku-buku Murajaah & Mutalaah Musim Haji 1434H

 ********
9 Zulhijjah 1434H Hari Wuquf.
Selepas solat subuh jemaah dibawa dengan bas ke Arafah.
Sampai di Arafah jemaah berehat seketika.
Kemudian ana bagi tazkirah Dhuha; ulangkaji Khutbah Rasulullah saw di Arafah pada 1424 tahun yang lampau.
[Pagi Arafah Sebelum Waktu Wuquf]

Selepas solat zuhur, jemaah bermunajat, berdoa, berzikir memohon segala hajat, agar diampunkan dosa dan segala kesalahan.
Fenomena Zikir Munajat seperti biasalah di Arafah, Muzdalifah dan Mina… terus berkumandang, istimewa lagi apabila ada bersama dengan kami Sheikh munajat sendiri… Allahul musta’aan.
[baca catatan tahun 1430H sudah diceritakan dengan detail di:

**************

Doa pada Hari Arafah Untuk Jemaah Haji Atau Semua? 
Sila Baca di: Doa Hari Arafah

DI ARAFAH.
1424 Tahun Lalu
((Seorang Yahudi berkata kepada Umar radhiyallahu anhu: Wahai Amirul Mukminin, ada SATU AYAT yang kamu baca di dalam Al-Qur'an, jika ayat tersebut itu diturunkan kepada kami Yahudi, nescaya kami akan menjadikan hari tu sebagai HARI RAYA.
Umar ra berkata: Ayat yang mana?
Yahudi itu berkata:
"اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا"
Bermaksud: {Pada hari ini AKU telah SEMPURNAKAN AGAMA kamu, dan AKU telah LENGKAPKAN NIKMAT-KU, dan AKU telah REDHA ISLAM sebagai AGAMA.} [Al-Maidah:3]
Umar ra berkata: Kami mengetahui hari dan tempat turunnya ayat tersebut kepada Nabi SAW. Ia turun ketika Baginda berada di ARAFAH pada hari Jumaat.)) [Muttafaqun Alaih]

Berpegang teguhlah dengan AGAMA ISLAM yang telah diredhai dan disempurnakan oleh Allah Taala pada 1424 TAHUN yang lalu.
Agama Islam telah sempurna.
Agama Islam telah sempurna.
Agama Islam telah sempurna.

Ingatlah, sesuatu perkara atau urusan yang bukan daripada agama ISLAM 1424 TAHUN yang lalu, maka ia bukan daripada agama Islam pada hari ini.

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agama dan ketaatan kepadaMu.
#arar.
(AAM, Mina, Maktab 74, Pagi Hari Arafah 1434H)

*******
Mina - منى
Kenapa dinamakan Mina?
J1: Kerana banyak darah hadyu, korban atau dam ditumpahkan di sini.
J2: Tempat Manusia berkumpul ketika haji.
J3: Cita-cita atau harapan.
Ceritanya: Apabila Jibrail nak berpisah dengan Nabi Adam di Mina, Jibril bertanya: Apakah cita-cita tuan? Jawab Adam: Aku mengharapkan Syurga.
Kata Imam Nawawi: J1 yg betulnya.
(AAM, Mina, Yaum an-Nahr, 1434H).

*****
HARI RAYA
Hari Raya di Mina, Jemaah beribadat dan berehat di Khemah.
Pada petang hari ini, kami ke Jamarat, melontar Jamrah Al-Aqabah dan bercukur atau bergunting. Selesai tahallul Awwal.
Alhamdulillah, semua jemaah haji lelaki yang bersama Abu Anas bercukur kepala (100%), terima kasih kerana memilih yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ((Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah?
Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah?
Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting)). [HR: Bukhari & Muslim].
Manakala perempuan hanya perlu menggunting sekadar seruas jari dari hujung rambut.
(AAM, Mina, 11 Zulhijjah 1434H).

*****
Forum Perdana di Mina 11 Zulhijjah;
Pihak Tabung Haji telah memilih tiga orang ustaz sebagai ahli panel forum:
     1-    Dato’ Daud Che Ngah. 
     2- Abu Anas Madani 
     3- Habib Ali Zainal Abidin dan Ustaz Shukri Ramli sebagai moderator.
Tajuk: Anggaplah Peluang Haji Hanya Sekali! Maka lakukanlah amalan Ibadat Haji Yang Terbaik....

Isi perbincangan;
1- Jemaah perlu mendapat ilmu & motivasi yang cukup sebelum datang.
2- Di Makkah, para pembimbing perlu berusaha menyampaikan maklumat yang sahih, zikir, cerita dan rahsia atau hikmah ibadat (rahsia) haji selain hukum hakam.
3- Kesedaran jemaah yang ingin berubah perlu diisi dengan tarbiyah dan bimbingan & suntikan semangat yang berterusan.
4- Memperkenalkan kelebihan Tanah Haram, Makkah, Muzdalifah & Mina. Biar jemaah sedar di mana mereka berada!
Bukan hanya tengok bangunan tinggi atau longgokkan sampah-sarap.
5- Perancangan rapi, 300 minit di Arafah ketika waktu wuquf perlu diisi dengan zikir, istighfar, munajat & taubat.
*(bukan zikir munajat dengan suara kuat yang menganggu jemaah lain beribadat).
5-Malangnya, masih ramai lagi yang melakukan haji malboro.. bukan haji mabrur.
اللهم تقبل منا حجنا انك انت السميع العليم.

****
Madrasah Haji:
Selain Madrasah Ramadhan, Madrasah Haji adalah yang madrasah yang paling menyentuh hati dan perasaan.
Saya perhatikan, semenjak pulang dari wukuf di Arafah, ahli jemaah banyak yang berubah, dari segi semangat, kata-kata, sikap, dan mereka menjaga amalan-amalan sunat.

Memang benar, Madrasah Haji adalah madrasah yang hebat yang mampu mengubah diri seseorang. Jiwa kembali kepada fitrah, hati kembali kepada ketenangan, diri kembali kepada mengabdikan kepada Tuhan. Di sanalah paling banyak manusia mengadu segala resah dengan Tuhannya, sehingga mengalirlah air mata, menangis mengingati diri, hamba yang penuh dosa dan noda.

Ketika sesi taaruf di Mina, kebanyakan ahli jemaah sebak dan menangis. Kebanyakan mereka berkata, "Kali ini saya baru saya kenal siapa diri saya sebenarnya, hamba Allah yang hina lagi banyak dosa."
" Ya Allah berilah kami kesempatan lagi menyahut seruan Mu. "

Nafar Awwal (12 Zulhijjah 1434H);

Alhamdulillah, selesai amalan Haji di Mina...
ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم.
Firman Allah SWT;
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ لِمَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Maksudnya: "Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua (nafar awwal), maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (Ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya." [Al-Baqarah: 203].
(AAM, Makkah 12 Zulhijjah 1434H)

*********
Selepas Haji:
Ana sempat meninjau pembangunan Masjidil Haram yang masih dalam pembinaan.
Perancangan Pembangunan Makkah sehingga tahun 1462H insya' Allah.
*Sempat atau tidak, atau dah kiamat? Allahu a'lam, perancangan perlu dibuat!

المخطط الشامل لمكة المكرمة والمشاعر المقدسة



Penjunjung Jemaah Haji Uzur:
Bila lihat orang uzur tawaf dengan kerusi roda maka teringatlah kepada cerita lama:
تاريخ مكة: الشًّبرية - الشباري
Syibriyah - Syabari;
Katil atau kotak yang dibuat dari kayu dari Jawa dan diikat dengan tali.
Untuk membawa tawaf orang sakit atau tua yang tak larat berjalan.
Ianya seperti raga atau kotak yang dibuat dari kayu dan tali, orang yang uzur duduk di dalamnya, kemudian diusung atau dijunjung oleh 2 atau 3 orang penjunjung, sekiranya pesakit itu besar maka 4 orang akan membawanya...
Syiar mereka minta laluan ialah: "Khasyab-khasyab!!!" - خشب ertinya kayu. Semua orang akan beri laluan kerana takut kena langgar oleh penjunjung yang biasanya berbadan besar (orang Nigeria).
Syabari ini telah dihentikan khidmatnya sekitar tahun 2008 dan digantikan dengan kerusi roda.
[AAM, Makkah, 15 Zulhijjah 1434H]

Kerusi Saei (Teksi Saei).
Dulu kerusi ini digunakan untuk membawa orang yang uzur melakukan saei... 
Kini sudah tinggal sedikit sahaja, kerana orang guna kerusi biasa yang tidak berhias (macam yang hospital).
(Mas'aa, Makkah. 14/12/1434H, AAM).

*******
UNTA
Pagi ini bersama jemaah Ash-Har, tadabbur ayat tentang unta;
Firman Allah SWT:
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
{(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?} [Al-Ghasyiah: 17].
Sila lihat Surah An Nahli, ayat 5-6 yang menyebut tentang nikmat Allah 'Azza wajalla ke atas hamba-Nya dengan pengurniaan haiwan-.an'aam ni.

Kemudia jemaah dibawa melawat Hudaibiyah, tempat2 bersejarah dan ladang unta. Di sana para jemaah juga sempat minum susu unta yg dan melawat Muzium Haramain.
(AAM, Hudaibiyah, 16/ 12 / 1434H).

****
Dalam banyak haiwan, Allah perintahkan kita perhati kepada kejadian UNTA, kenapa?
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ( عجائب الإبل )


Unta adalah makhluk Allah Ta'ala yang besar sebagai tanda kekuasaan Allah Azza wa Jalla sebagaimana firman-Nya, "Apakah kamu tidak perhatikan kepada unta bagaimana ia dijadikan?" (Al Ghasyiyah: 17).
Dengan seruan sebegini daripada Allah, sudah pasti ia sesuatu yang sangat penting, yang mempunyai kebaikan, pengajaran dan manfaat besar bagi manusia yang mengkajinya. Al-Quran yang mulia penuh hikmah dan pengajaran.
Kita di Malaysia memang sukar untuk melihat unta secara live, mungkin ada jika kita pergi ke zoo yang besar. Tapi ini tidak menghalang kita daripada  menyahut  seruan Allah ini. Kita boleh mendapat maklumat tentang keajaiban unta menerusi buku-buku, laman web, majalah-majalah atau program dokumentari di  TV. Dengan itu kita boleh menggalakkan anak-anak kita dengan bacaan dan maklumat ilmu ini.

Berkata Ibn Kathir, kejadiannya pelik, susunan bentuknya aneh, mempunyai kekuatan dan kehebatan tapi boleh tunduk kepada manusia yang lemah. Ia boleh dimakan, diminum susunya dan kulitnya dimanfaatkan.
Antara keistimewaan unta ialah;
1.     Mempunyai daya ingatan yang kuat walaupun mengembara jauh ke serata tempat, unta pandai dan boleh kembali ke tempat asalnya..
2.     Mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengesan tempat ada air, tempat turun hujan atau tempat tumbuh rumput.
3.     Dapat membezakan suara tuannya dengan suara-suara lain.
4.     Ketika berjalan, unta mengangkat tangan kanan dan kaki kanannya serentak, langkah kedua, kedua tangan kiri dan kaki kiri bergerak serentak juga, untuk keseimbangan.
5.     Unta jantan mempunyai sifat cemburu yang sangat kuat dan tidak mahu unta lain berada berdekatan ketika musim mengawan. Jika tidak, unta jantan tadi akan mengejar dan membunuh unta jantan lain itu..
6.     Untuk menambat unta hendaklah mengikat tangan kirinya supaya tidak bergerak atau mudah duduk, demikian juga ketika nak sembelih atau nak perah susu.
7.     Unta juga mampu berenang dengan tangan dan kakinya.
8.     Bulu badan unta yang tebal bukan sahaja melindunginya daripada suhu panas dan sejuk, tetapi juga mencegah tubuhnya kehilangan air.

9.     Ia dapat menghalang badannya daripada berpeluh dengan cara meningkatkan suhu badan sehingga 41 darjah celcius.

10.   Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu padang pasir.

11.    Mampu menghabiskan 30 – 50 kg makanan sehari jika ada makanan, sebaliknya mampu bertahan hanya makan 2 kg rumput sebulan bila kekurangan makanan.

12.   Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius. 

13.   Ia dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit (yakni kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan berat badannya).

Masya’ Allah, Allah Al-Khaliq, Pencipta yang hebat. Kejadian unta begitu unik, cukup dengan segala kelengkapan untuk berdepan kesukaran dalam persekitarannya di padang pasir yang panas dan sumber air yang begitu terhad.
Demikianlah keajaiban yang Allah tunjukkan pada makhluk-Nya. Semoga kita sentiasa memerhati dan berfikir.
Sumber: الإبل عجائب وغرائب - منتديات النداوي الشعبية
(AAM, Hudaibiyah. 29 Rajab 1434H).



Beberapa Perhatian Untuk di Muhasabah:
Penaja bag kepada jemaah haji Msia tahun 1434H.
Terima kasih di atas sumbangan itu.
Cuma yang saya fikir:
Adakah Bank ini sudah patuh Syariah segala muamalahnya atau masih lagi mengamalkan sistem RIBA?
Kalau dah patuh, alhamdulillah.

Kalau belum patuh syariah, kesian kepada jemaah haji dok kelek ke semua tempat ibadat haji logo yang mengiklankan muamalah riba yang diharamkan oleh Allah 'Azza wajalla.

Pihak pengurusan Tabung Haji perlu peka dengan isu yang sensitif menurut Syariah.
************
Kerusi Roda.
Fenomena baru juga bagi jemaah Malaysia, suka solat jamaah bersama suami / isteri bersebelahan, sedangkan ruang masih ada untuk jemaah solat secara  berasingan.
*Dulu kita nampak jemaah negara lain. Lo ni orang kita pun dah pandai solat jamaah berduet.

            ********


Fenomena ber "Couple";
Fenomena baru juga bagi jemaah Malaysia, suka solat jamaah bersama suami / isteri bersebelahan, sedangkan ruang masih ada untuk jemaah solat secara  berasingan.
*Dulu kita nampak jemaah negara lain. Lo ni orang kita pun dah pandai solat jamaah berduet.

*Lo ni bukan setakat solat (di Makkah) bercouple, ceramah pun bercouple, macam tak sah kalau buat forum tak dak ustaz - ustazah, atau suami isteri berforum sepentas.

************
Makkah luas, Masjidil Haram pun luas.

Yang jadi masalahnya;
1- Orang suka duduk tengan jalan menuju ke Masjid. Tak mahu masuk ke dalam masjid.

2- Kalau Masuk masjid pun suka duduk dekat pintu.

3- Fenomena baru juga bagi jemaah Malaysia, suka solat jamaah bersama suami / isteri bersebelahan.

Benarlah apa yang dikatakan;
Pepatah Arab menyebutkan:

لعمرك ما ضاقت بلاد بأهلها - ولكن أخلاق الرجال تضيق

Demi sesungguhnya, sebuah negeri tidak sempit kerana (bilangan) penghuninya;
Namun, SIKAP PENGHUNINYA - yang menyempitkannya.
Wallahu alam.
(AAM, Makkah. 21 Zulhijjah 1434H).

************

Sebelum Berpisah.
Sebuah majlis perpisahan, Tazkirah & Makan malam jamuan anak unta (Hasyi).
Jemaah haji Ash-Har Travel 1434H  telah dibawa dengan bas ke Muzdalifah, المشعر الحرام
Semoga peristiwa ini menjadi suatu kenangan memori rehlah haji.


***********


Wada' Makkah (Haji 1434H).

Amalan terakhir jemaah haji ialah TAWAF WADA'.

Saat perpisahan dengan Makkah, Kaabah.
Mungkin hikmahnya ialah mereka yang tidak merasai kepahitan berpisah tidak akan mengetahui apakah kemanisan bertemu.

Setiap orang akan bertanya dirinya:
Adakah kita akan bertemu lagi?
Ataupun ini merupakan perpisahan abadi yang kita tidak akan bertemu lagi?

Disaat itu jiwa dan perasaan akan gementar, air mata akan mengalir, lidah akan berdoa:
اللهم لا تجعل هذا آخر عهدنا في هذا المكان الطاهر، وارزقنا العودة بعد العودة، عاجلا غير آجل يا كريم
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan inilah kali terakhir aku berada di rumah-Mu ini, rezekikan aku agar dapat kembali lagi menjadi tetamu-Mu".!

لئن أصبحت مرتحلا بشخصي -فروحي عندكم أبدا مقيم.
Walaupun jasadku berangkat meninggalkanmu -
Tapi jiwaku tetap berada di sisimu.

(Abu Anas Madani, Wada' Makkah, pagi Isnin 23 Zulhijjah 1434H).



Akhukum,
Abu Anas Madani, Selamat sampai dari Rehlah haji pada Malam Rabu 1 Muharram 1435H - 5/11/2013.

Siap Catatan Pada: 5 Muharram 1435H – 9/11/2013.

Sila Baca Siri 1: Rehlah Haji 1434 (1)
Sila Baca Siri 2: Rehlah Haji 1434 (2)
Doa Hari Arafah: Doa Pada Hari Arafah.
Viewing all 55 articles
Browse latest View live